October 20, 2013

Isteri Ketagih Pil Khayal

Aku hanya ingin meminta nasihat, pendapat dan mungkin kata-kata hikmah yang boleh membuatkan aku berubah kerana aku benar-benar ingin berubah. Aku sudah berkahwin dan dikurniakan seorang anak.

Aku mula terlibat dengan pil khayal selepas habis sekolah menengah. Aku sudah cuba untuk berhenti tetapi ternyata ianya sukar.
 
 
Pertama kali aku cuba berhenti disebabkan aku ingin berkahwin. Selepas beberapa bulan melahirkan anak, aku kembali menagih semula. Suamiku ada cuba melarang tetapi aku tetap berdegil.
 
Suamiku pula seorang yang lemah lembut dan akhirnya terpaksa menuruti kehendakku. Kali kedua aku cuba juga untuk berhenti tapi hanya mampu bertahan selama setahun sahaja.
 
Aku kembali menagih lagi sehingga sekarang. Walaupun aku seorang penagih, tetapi aku masih menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang isteri dan juga ibu. Aku juga tidak keluar rumah tanpa izin suamiku. Tempatku hanya di rumah bersama suami dan anakku. Cuma aku sekarang sukar untuk membuang tabiat burukku ini.
 
Diharap ada sesiapa yang dapat memberi nasihat atau petua untuk aku berubah. - siraplimau,com

4 comments:

Anonymous said...

Nasib puan seperti saya.saya seorg perokok tegar kaki minum arak.sejak sekolah lagi saya mula merokok dn minum arak.tambahan pula hampir 3 thn saya bekerja dikelab malam.saya mula kesan ketagihan arak dn rokok bila saya berkahwin.mak bapak saya pun meyuruh saya berenti merokok dan minum arak.pada mulanye suami saya xkisah dgn tabiat saya krn dia kenal saya pun didlm kelab.lama2 dia dpt kesan saya dah ketagih arak.saya cuma dpt bertahan selama seminggu je.bila ketagihan arak saya dtg tangan saya akan mengeletar.Dan rasa nk demam.bila dpt 1atau 2 tin bir baru saya akan ok.suami amat memahami situasi saya.hampir 2thn dia sabar dgn perangai saya.kadang2 saya keluar dgn kwn2 balik mesti mabuk.akhir nya saya berubat cara tradisional dgn seorg ustazah.walaupon malu saya terpaksa berubah demi rumahtangga kami.hampir setahun baru saya pulih dari ketagihan rokok Dan arak..

Anonymous said...

Ramai pompuan skrg terjebak dgn gejala social mcm ni.aku jgk mengalami masalah seperti ni.isteri aku seorng penagih syabu hampir 5 thn.walaupon dia bekerjaya tetapi pengaruh kwn yg suka berclubbing.
Dlm tempoh bertunang dia berjanji nk berenti menagih dn berenti merokok.tapi sehingga bekawin dia masih lagi menagih syabu dn merokok.mungkin da jodoh aku bekawin dgn perempuan seperti dia.krn sayang saya sabar dgn tabiat dia.xde sape yg tau hal isteri saya menagih syabu kecuali adik perempuan dia.adik perempuan dia jg merokok.
Selepas bekawin dia cuma dpt bertahan selama sebulan.bila gian dia dtg dia xblh kawal diri.jadi cepat marah.deman muntah2 dan makin kuat merokok dn berperangai mcm org gila.krn syg dn xmau org tau.saya meyuruh kwn perempuan dia yg juga penagih antar bekalan dirumah.dn dirmh dia melepaskn gian.
akhir skali saya bawa berjumpa doktor.atas nasihat Dr.dia Cuba berenti menagih secara beransur-ansur.dn tahun ketiga bekawin dia berenti sepenuhnye dr menagih syabu..

Anonymous said...

Pompuan skrg mana susah cari yg bersih bro.yg bertudung pon merokok dn kaki ice...sabar je la...

Suzi said...

terima kasih atas komen² saudara semua. kisah ini sy petik dari siraplimau.com. smoga rumahtangga saudara/saudari dan kita semua diberkati serta mendapat sakinah.. Insyaallah.