October 23, 2013

Isteri Tetak Kepala Suami Dgn Parang

Asyik-asyik pasal isteri? Pasal suami jahat, zalim, kejam xder ke? Ada...banyak....tapi dah selalu sgt kisah suami kejam, zalim, dan curang. Jadi, penulis Milokaw (penulis lah sgt - pengopy dan paste) inginkan kelainan dgn menampilkan kisah isteri yg ganas dan kejam pula. Sesekali makan keropok lekor apa salanyer...hari² pisang goreng panas pon boring gak kan. Nanti Insyaallah pasal kisah kekejaman lain plak yer.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SEGAMAT - Disebabkan perasaan cemburu, seorang isteri tergamak menetak suaminya menggunakan parang dalam kejadian di kuarters kediaman pekerja ladang di Jementah, Ahad lalu.

Mangsa, Azlan (bukan nama sebenar) berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi, dia diserang dan ditetak kerana isterinya mengesyaki dia mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.

“Isteri saya salah faham kerana wanita yang dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan saya itu merupakan rakan lama ketika bersekolah di Muar.

"Kami kerap berhubung, namun dia juga sudah berkeluarga.

“Mungkin disebabkan berang kerana hubungan saya dengan rakan saya terlalu mesra, timbul perasaan cemburu pada isteri sebelum berlaku sedikit pertengkaran sebelum dia (isteri) terus masuk ke dapur,” katanya.

Azlan menerima tujuh jahitan di kepala selepas ditetak menggunakan parang oleh isterinya.

Azlan pada mulanya tidak mengesyaki tindakan isterinya ke dapur agak terkejut apabila isterinya itu kembali dengan membawa sebilah parang sebelum menghayun ke arahnya.

Menurutnya, dalam kesakitan, dia berlari keluar rumah dan mujur jirannya bertindak segera menghubungi Balai Polis Jementah sebelum membawanya ke Klinik Kesihatan Jementah.

"Saya kemudiannya dikejarkan ke Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk rawatan lanjut.

"Akibat kejadian itu, saya cedera di kepala dan belakang badan, selain mendapat tujuh jahitan di kepala.

“Mujur saya dapat merampas parang daripada tangan isteri lebih awal.

"Kalau tidak mungkin nyawa saya akan melayang atau mendapat kecederaan yang lebih teruk,” katanya.

Azlan kemudiannya membuat satu laporan polis kerana bimbangkan keselamatan dirinya pada masa akan datang.
Parang ini hanyalah hiasan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

“Suspek ditahan reman di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan sehingga 24 Oktober ini untuk membantu siasatan.

"Kami juga merampas sebilah parang digunakan suspek ketika serangan,” katanya. - sinarharian

No comments: