November 30, 2013

Budak 11 Tahun Rogol Kanak-Kanak 6 Tahun

Polis siasat kes kemungkinan sebagai Perogol paling muda di Malaysia.
Oleh: R.S.N Murali Mstar Online

Bila manusia tidak lagi berpegang pada tali Allah, maka berlakulah kerosakkan dimuka-bumi ini. Bala bencana maksiat dan pelbagai lagi kehancuran akan terjadi disebabkan kezaliman dan kejahilan manusia itu sendiri. Bagaimana tidak? Jika pewaris nabi (alim-ulama) pun di persenda, dikeji, dan dihina? Takziah kpd kedua2 keluarga kanak2 ini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

MELAKA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun telah didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di rumah pengasuh kanak-kanak itu.


Insiden itu dilaporkan berlaku pada 7 November lalu dan laporan perubatan yang baru sahaja dikeluarkan menunjukkan selaput dara kanak-kanak itu koyak.

Polis kini menyiasat kes yang boleh menjadi sebagai perogol yang paling muda di negara ini.

Kedua-dua kanak-kanak itu berada di rumah pengasuh pada kira-kira pukul 2 petang apabila seorang jiran, yang hanya mahu dikenali sebagai Shima, 43, menyedari bahawa rumah di Alor Gajah itu senyap tidak seperti biasa.

Pengasuh itu pergi ke kedai runcit berhampiran, maka jiran tersebut memasuki rumah melalui pintu belakang dan pergi untuk menyiasat. Secara tiba-tiba kanak-kanak perempuan berkenaan keluar dari bilik dengan tergesa-gesa dengan ketika itu tidak berpakaian sepenuhnya.

"Dia menangis dan kelihatan terkejut," kata Shima.

Selepas menenangkan kanak-kanak perempuan itu di bawah, jiran telah memeriksa rumah tersebut dan budak lelaki itu, yang merupakan anak tirit kepada pengasuh kanak-kanak terbabit, bersembunyi di sebalik pintu bilik yang lain. "Dia hanya memakai seluar," kata Shima.

"Dia memberitahu saya bahawa dia sedang bersiap untuk menghadiri kelas agama."
Mengesyaki sesuatu yang tidak kena, jiran yang kemudian menelefon ibu gadis itu , 35, dan menceritakan kejadian itu.

Apabila ibu meminta anaknya menceritakan apa yang terjadi, dia menjawab bahawa budak itu telah baring di atasnya dan kemudian dia merasakan sakit yang amat sangat pada kemaluannya.

Ibu kanak-kanak perempuan itu kemudiannya membuat laporan polis pada hari yang sama.
Polis kini sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Kanak-kanak perempuan itu, merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik, telah dihantar ke rumah pengasuh kerana dia merupakan seorang anak kecil berbanding adik-beradik yang lebih tua dan lebih muda daripadanya. Dua kanak-kanak lain sedang tidur pada waktu tengah hari ketika kejadian itu berlaku.

Pengerusi Malacca Action Group for Parents in Education (Magpie), Mak Chee Hin percaya budak itu mungkin boleh bertindak sedemikian berdasarkan apa yang telah dilihat dalam filem lucah, mungkin di Internet.

"Adalah sukar untuk mempercayai bahawa seseorang yang berusia 11 tahun boleh pergi sampai ke tahap itu," katanya.

Terdapat beberapa kes kanak-kanak meniru perbuatan buruk yang mereka telah melihat di laman web tertentu, katanya. Mak meminta supaya penapis web dan menyekat perisian diharuskan untuk mengelakkan kanak-kanak daripada mengakses laman web yang tidak sesuai seperti lucah atau lain-lain.

"Atau kita harus menetapkan umur minimum untuk melayari laman web," katanya.

Cara Mudah Tutup Jerawat

Tak pasti apakah ini idea yg beras bernas? Mungkin bagi mereka yg suka bermake up atau bersolek tebal. Tidak bagi aku. Bagi yg berminat bolehlah mencuba idea dibawah. Bagi pendapatku, yg lebih penting ialah menyembuhkan jerawat2 dan kesan parut tersebut, dan kalau agak kritikal seperti dibawah eloklah berjumpa pakar. Bermake up hanya akan menambahkan lagi kerosakkan kulit sedia ada, sementelah kita tahu barang kosmetik sememangnya mempunyai bahan kimia yg sangat tinggi.


Beban Hutang Rakyat Malaysia Semakin Kronik



Pendatang Vietnam Makan Kucing Rakyat Malaysia

Apasal bodoh sangat pendatang Vietnam ni? (bukan semua) Lapar sangat? Tahulah orang Vietnam pun lebih-kurang Filipina. Mereka ni suka memakan kucing dan anjing. Masa aku duduk Seri Kembangan anjing dan kucing selalu menjerit2 kesakitan di keheningan malam seperti diserang. Selepas itu, kawasan tempat tinggal kami sudah jarang kelihatan kucing dan anjing berkeliaran.......hilang begitu saja.

Syukurlah sekarang aku duduk Kajang dikawasan melayu yg cintakan kucing.

Lihatlah betapa comel bulus-bulus ini..tergamak mereka memakannya?!

Petikan dan kisah aku ambil dari DK facebook.

'DK - hari ni sy nak kongsi cerita sedih. Picture (atas) adalah kucing milik kawan sy yg juga cat lover.
Si ibu yg hilang dari rumah dah dijumpai hari ini. Tapi...jumpa kepala ja dalam tong sampah. 
Soal punya soal,dapat tahu vietnam makan.
Apa punya buta perot,mangkaq ubi,bodo piang pnya manusia p makan binatang comey camni.
Berlaku area wangsa maju..
Hati2 lah semua cat owner,jgn biar kucing kita keluar tanpa pengawasan.

Gambar si comel tersebut ketika kecil - gambar di kongsi oleh sahabat DK.

Ramai yg meluah rasa marah. Salah satu komen sahabat DK en.Mohd Haslin yg aku copy paste.

'ini lah masalah negara kita species makan kucing pun dibenarkan tinggal di bumi malaysia. saya pernah terlihat geng vietnam ni tangkap kucing di tempat saya kebetulan tengah lepak dengan geng2 kita orang tangkap belasah kaw kaw vietnam ni cuma tak masukkan dlm guni jer'. 

Aku faham, negara miskin yg pernah dijajah seperti Vietnam, Cambodia (antara contoh), rakyatnya memakan apa saja termasuk lipas, cengkerik, kala-jengking, lipan mahupun ular, kerana mereka dihimpit kemiskinan yg melampau. Jadi menu seperti kucing, anjing dan tikus merupakan salah-satu menu yg lazat buat mereka. 

Tetapi, ini Malaysia. Rakyat Malaysia cintakan kucing,  tidak makan kucing. Tidak makan anjing. Tetapi membelai dan menjaga kucing penuh kasih-sayang. Begitu juga anjing, rakyat tempatan Malaysia non-muslim suka memelihara haiwan ini. Jadi tolong, jangan disebabkan sikap pemakan pelahap anda yang buruk dan kejam itu menimbulkan kebencian dihati kami rakyat Malaysia.

Curi Tembikai Untuk Bayar Bil Elektirk

Barang Naik. Bermula tahun depan tarif elektrik akan naik lagi. Tahniah 1 Malaysia. Rakyat melarat dan menderita, apatah lagi jenis nak keja mudah, mencuri. Tak dapat dinafikan ramai yg mencuri, merompak, dan menipu kerana terlalu terdesak dan hidup melarat. Lalu menyusahkan hidup orang lain pula. "Ya Allah, berikanlah kesusahan, kemelaratan, beban dan kepayahan yg kami rasai ini kpd pemimpin2 zalim dan penyokong2nya ya Allah...amin ya rabbal ala min."


Misteri: Hilang Ditelan Samudera?

Takziah kpd keluarga mangsa. Kehilangan mereka yg tidak dapat dikesan pasti menyedihkan keempat2 keluarga tersebut serta rakan-taulan. Semoga tabah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Kuantan: "Kes ini memang unik dan misteri kerana ia tidak meninggalkan sebarang jejak dan membabitkan jumlah mangsa agak ramai iaitu empat orang.

"Faktor alam sekitar dan unsur paranormal turut dikaitkan dalam kejadian ini selepas segala usaha untuk mengesan mangsa masih menemui jalan buntu."

Itu kata Ketua Penguat Kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur, Laksamana Pertama Datuk Nasir Adam mengenai kehilangan empat pemancing di perairan Kuantan, dekat sini pada 20 Februari lalu.

Abdul Karim Zakaria, 41; Baheruzaman Yusof, 40; Ayzzat Rahmat Yaakop, 40, dan Rahmat Chik, 51, 'ghaib' selepas keluar ke laut dari Jeti Cenderawasih, di sini, kira-kira jam 5 petang.

NASIR akui harapan temui mangsa tipis.

Nasir berkata, pihaknya percaya cuaca buruk dengan angin kuat serta ombak setinggi 2.5 hingga 3.5 meter pada hari kejadian membadai bot gentian kaca dinaiki mangsa menyebabkannya karam. - harianmetro

Isteri Tabah Dan Setia Menjaga Suami Koma

Ya Allah....jadikanlah aku seperti isteri lelaki ini. Setia dan tabah walau apa pun jua halangan dan ujian yg menimpa. Janganlah hati kami berdua berubah ketika diuji. Kekalkan ikatan suci ini hingga ke akhir hayat kami. Aminn. Sedih dan terharu aku membaca kisah pengorbanan isteri ini yg tetap sabar, tenang dan tabah menjaga suami yg dikasihi. Semoga suaminya kembali sembuh. Amin. :"(

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


GUA MUSANG - Seorang isteri tidak pernah merasa jemu, malah tetap tabah menjaga suaminya yang masih koma dan terlantar di rumah sewanya di Kampung Tiong, di sini, akibat kemalangan jalan raya sejak lebih setahun lalu.

Naspaleha Najib 47, tidak rela membiarkan suaminya Mohd Hanapi Mat, 54, terlantar begitu sahaja dan berjanji akan menjaganya hingga keakhir hayat.

Mohd Hanapi masih koma disamping Ab Aziz (dua dari kiri) melihat jenis susu yang diperlukan bagi menjaga kesihatannya.

Beliau juga rela mencatukan makanan bersama sembilan anak demi untuk menjimatkan perbelanjaan bagi membeli susu untuk suaminya itu yang memerlukan lebih 10 tin sebulan.

“Sejak hari kejadian lagi saya bersama anak hanya makan sekali sehari kerana bukan sahaja tidak mencukupi perbelanjaan, tetapi bimbang kesihatan suami jika diutamakan kepada pembelian keperluan lain kecuali bekalan susu untuk dia.

“Mujurlah mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM400 sebulan dapat belanja beli susu walaupun belum mencukupi,” katanya selepas menerima kunjungan Adun Galas, Ab Aziz Yusof dan Pentadbir Mukim Dun Galas, Sheikh Razali Sheikh Ahmad, petang kelmarin.

Pada kunjungan ziarah Ramadan itu, Ab Aziz juga menghulurkan sumbangan termasuk wang dan barang keperluan dapur bagi meringankan beban tanggungan Naspaleha menyara suami dan anak-anaknya terutama persiapan menyambut Aidilfitri nanti.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 pagi 9 Julai tahun lalu, Mohd Hanapi juga bekerja sebagai pengawal keselamatan HGM cedera parah di kepala selepas motosikal ditungganginya terbabas sebelum terbalik.

Kejadian berkenaan berlaku di Jalan Kampung Tiong tidak jauh dari rumahnya ketika perjalanan pulang selepas menghantar anaknya ke sekolah dalam keadaan hujan renyai-renyai dan dikejarkan ke HGM sebelum dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Malangnya, hospital berkenaan mengesahkan Mohd Hanapi mengalami kecederaan dalam kepala dan tidak dapat jamin akan pulih menyebabkan masih koma sampai sekarang.

Menurut  Naspaleha, dia juga sudah memohon jasa baik pihak pengurusan anak syarikat Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) supaya tidak menuntut bayaran sewa rumah yang tidak mampu dibayar sejak lebih setahun lalu.

“Alhamdulillah perkara itu mendapat pertimbangan Kesedar, lagi pun suaminya juga bekas kakitangan agensi kerajaan pusat itu sebelum bersara awal dan bekerja pula sebagai pengawal keselamatan,” katanya.

Katanya, dia bersama anak-anak juga terpaksa melupakan persiapan menyambut Aidilfitri untuk tahun kedua tahun ini kerana tidak mampu membuat persiapan itu disebabkan semakin dicengkam kemiskinan. - sinarharian

Isteri Tuntut Cerai Suami Sakit

Oh Tuhan, sedihnya...smoga perkara seperti ini tidak terjadi padaku dan suamiku. Biar apapun halangan dan rintangan yg mendatang smoga ikatan pernikahan ini tetap utuh dlm jagaan Allah SWT..aminn. Tiada komen utk isteri pemuda ini, selain berdoa smoga pemuda ini kembali sembuh dan dpt menjalani kehidupan seperti biasa....Insyaallah, aminn. :"(

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PASIR PUTEH - Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah ungkapan yang menggambarkan nasib malang menimpa seorang pemuda yang terlantar sakit sejak enam bulan lalu, sebelum isterinya menuntut cerai tanpa alasan munasabah.

Abd Manas Mohamed Noor, 31, yang diserang penyakit jantung dan lumpuh kini bergantung harap kepada kedua orang tuanya yang dihimpit kemiskinan.

Akibat penyakit itu, dia pernah koma selama hampir sebulan kini mengalami kekejangan otot, selain tidak sedarkan diri untuk tempoh tertentu.

Semah dan Mohamed Noor menjaga dan menguruskan segala keperluan Abd Manas yang terlantar di rumah mereka di Kampung Tualang Rendah, Selising.

Lebih menyayat hati, apabila dalam keadaan begitu, isterinya yang berusia 40 tahun dikatakan tidak sanggup berkongsi derita lalu mengambil keputusan pulang ke negeri asal, Pulau Pinang bersama anak tunggal berusia lima tahun selepas menuntut cerai daripadanya.

Abd Manas dari Kampung Tualang Rendah dekat sini, pernah bekerja sebagai pemandu lori di kedai alat pembinaan tetapi terpaksa berhenti kerana penyakit yang ditanggungnya.

Dia dimasukkan ke Hospital Tengku Anis (HTA) sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ), Kota Bharu pada 16 Mei lalu, dalam keadaan koma untuk mendapatkan rawatan lanjut. -sinarharian

Selama 28 hari, tidak menampakkan tanda dia akan sembuh dan akhirnya pada 14 Jun lalu, Abd Manas `diminta’ pulang ke rumah oleh pihak hospital dalam keadaan tengkuknya masih berlubang dibaluti tiup plastik.

Kini dia terlantar di rumah dengan hanya sekali sekala dikunjungi kakitangan perubatan untuk memberi rawatan susulan.

Ibunya, Semah Awang Deraman, 55, berkata, dia bersama suami, Mohamed Noor Ibrahim, 62, dan anak-anak lain terpaksa menjaganya walaupun mereka dihimpit kemiskinan.

Menurut Semah, tiada apa yang mampu dilakukan keluarganya sekarang bagi mengubati penyakit yang dialami Abd Manas, selain memberikan kasih sayang.

“Makcik dah tak tahu nak buat macam mana, hanya kasih sayang yang dapat makcik berikan, dia sepatutnya dijaga isteri tapi apa nak buat, nasib malang terus menimpanya.

“Kami pernah berikhtiar dengan mendapatkan khidmat pakar perubatan tradisional, selain tidak putus berdoa tapi ia juga belum menunjukkan tanda-tanda dia akan sembuh," katanya.

Katanya, walaupun Abd Manas menerima bantuan orang kelainan upaya RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, ia hanya meringankan sedikit bebanan ditanggung.

Semah berkata, selain perbelanjaan keluarga, mereka terpaksa menyediakan keperluan Abd Manas seperti bekalan susu, ubat-ubatan serta lampin pakai buang dan jika terdesak, mereka terpaksa meminjam duit jiran. - sinarharian

November 29, 2013

Kesan Al-Quran Kepada Otak dan Organ Manusia

Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya yang panjang dan serius di sebuah klinik di Florida Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim baik mereka yang fasih berbahasa Arab ataupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.

Bunyi yang bergerak dari telinga ke otak akan memberi kesan kepada sel-sel otak. Saintis baru-baru ini mendapati bahawa bunyi dari bacaan Al Quran mempunyai kuasa penyembuhan yang menakjubkan. 

Tuan guru Nik Aziz membaca Al-Quran ketika di bulan Ramadhan - theindiestro.blogspot

Membaca Al-Quran mempunyai kesan menakjubkan pada sel-sel dan mampu mengembalikan keseimbangan mereka, otak adalah organ yang mengawal badan dan daripadanya perintah datang ke seluruh organ-organ badan terutama sistem imun.

Penurunan kemurungan, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, mengubati berbagai macam penyakit merupakan pengaruh umum yang dirasakan oleh orang yang terlibat dalam penyelidikan beliau.

Penemuan doktor psikologi ini tidak menentu. Penelitiannya ditunjang dengan bantuan peralatan elektronik terbaru untuk mengesan tekanan darah, degupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik.

Satu sel kanser meletup dengan menggunakan frekuensi bunyi bacaan dari Al Quran sahaja! Itulah sebabnya membaca Al-Quran mempunyai kesan yang hebat untuk merawat kanser merbahaya dan penyakit yang tidak boleh diubati!

Dari hasil uji kajinya dia membuat kesimpulan, bacaan Al-Quran berpengaruh besar hingga 97% dalam melahirkan ketenangan jiwa dan penyembuhan penyakit. 

 Sel kanser

Kajian Dr. Al Qadhi ini diperkuatkan pula oleh kajian lain yang dilakukan oleh doktor yang berbeza. Dalam laporan sebuah kajian yang disampaikan dalam Persidangan Perubatan Islam Amerika Utara pada tahun 1984, disebutkan, Al-Quran terbukti mampu mendatangkan ketenangan sehingga 97% bagi mereka yang mendengarkannya.

Molekul air membentuk perubahan apabila terdedah kepada bunyi. Bunyi amat memberi kesan kepada air yang kita minum.

Jika anda membaca Al-Quran di atas air, ciri-ciri air akan berubah dan ia akan membawa kesan Al-Quran kepada setiap sel dalam badan yang menyebabkan penyembuhan. Kesimpulan hasil uji kaji tersebut diperkuatkan lagi oleh kajian Muhammad Salim yang diterbitkan oleh Universiti Boston.

Objek penelitiannya terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri dari 3 lelaki dan 2 wanita. Kelima orang tersebut tidak tahu bahasa Arab dan mereka pun tidak diberi tahu bahawa yang akan diperdengarkannya adalah Al-Qur'an.

Virus dan kuman juga bergetar dan sangat dipengaruhi oleh getaran bunyi terutama bunyi Al-Quran, ia menghalang mereka dan pada masa yang sama meningkatkan aktiviti sel-sel sihat dan menghidupkan sel-sel yang terganggu supaya menjadi sedia untuk melawan virus dan kuman. 


Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi dua sesi, yakni membacakan Al-Qur'an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.

Kesimpulannya, responden mendapatkan ketenangan sampai 65% ketika mendengar bacaan Al-Qur'an dan mendapatkan ketenangan hanya 35% ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an. Al-Qur'an memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi.

Hal tersebut diungkapkan Dr. Nurhayati dari Malaysia dalam Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997.

Gambar sebenar sel darah yang telah didedahkan kepada bunyi dan mula berubah medan elektromagnet di sekitarnya, bunyi bacaan Al Quran mengubah maklumat sel ini dan menjadikan ia lebih mampu melawan virus dan kecacatan Akibat daripada penyakit malignan.

Menurut kajian, bayi yang berusia 48 jam yang kepadanya diperdengarkan ayat-ayat Al-Qur'an dari tape recorder menunjukkan respons tersenyum dan menjadi lebih tenang. Sungguh suatu kebahagiaan dan merupakan kenikmatan yang besar, kita mempunyai Al-Qur'an.

Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita. Allah yang telah berfirman, "Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, simaklah dengan baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat" (QS 7: 204). 

 Pelajar Tahfiz - addarain.com

Jika mendengar muzik klasik boleh mempengaruhi kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) seseorang, bacaan Al-Qur'an lebih dari itu.

Selain mempengaruhi IQ dan EQ, bacaan Al-Qur'an mempengaruhi kecerdasan spiritual (SQ). Allah yang telah berfirman, "Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, semaklah dengan baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat" (QS 7: 204).

*Sumber dari khalifahalhidayah.blogspot.com
*Sumber dari detikislam.blogspot.com

Gambar IC vs Facebook



Jangan Membalas Celaan


Sambal Sardin Melampaui Batas

Salam satu Malaysia. Seorg pembeli telah mengupload gambar sardin di facebook kerana tidak berpuas hati dengan harga sambal sardin tersebut. Adakah patut harga sardin yg cenonik ini RM3.50? Mengalahkan harga satu tin sardin. Itulah yg menghantui fikiran kebanyakkan rakyat Malaysia yg semakin tertekan dan tertindas. Sekian berita melaporkan. ~ hari ni mood baca berita.


November 28, 2013

Aku OK Jer..............

(Mengikut kajian kalau perempuan kata 'ok' maksudnya 'tak ok'. Benarkah?)

Kalau marah tu buat kau rasa hepi, marah la. Aku ok jer.....xper marah la. Asalkan kau gembira dan bahagia. Kalau mengata aku tu buat korang rasa gembira, mengata lah. Aku tak marah. Kalau mengumpat aku tu satu kepuasan bagi korang, umpat lah, asalkan hati korang puas. Kalau mencaci dan mengeji aku itu nikmat bagimu, maka....teruslah cacian dan kejian tersebut. Asalkan kamu rasa nikmat.

TAPI

Jangan salahkan aku kalau semua pahala2 korang hilang dan terbang berpindah kat aku. Dan lebih malang lagi, kalau pahala korang memang sikit (sebb byk dosa) lalu tiada pahala yg akan berpindah kat aku, MAKA, dosa aku pula yang korang harus ambil dan tanggung. Bukan aku yg ckp, tapi hadis yg cakap mcm tu. Aku OK jer kalau korang tak puas hati ngan aku pon...........I'm Okay. Tak caya? Tengoklah wajah aku dlm dua keeping gambar di atas....ok kan? Cuma nampak sedih sikit jer..... ~ gambar hitam tu ketika aku belum mandi dgn Clorox, dan yg cerah dan putih mengancam tu plak selepas mandi dgn Clorox bleach baru

November 27, 2013

Ramai Suami Dayus

Adakah anda salah seorg daripadanya?


Zalim: Kaki Meow di Potong Oleh Manusia Zalim

Sedihnya aku tengok gambar ni. Betapa makhluk Allah yg lemah ini diperlakukan dgn begitu kejam. Rasulullah SAW sgt sayangkan kucing. Kucing adalah haiwan yg bersih dan manja. Yg merasa haiwan ini kotor, jijik, dan jahat adalah manusia yg busuk hatinya melebihi bangkai.

'Ya Allah, semoga manusia yg memotong dan menzalimi haiwan yg tidak berdosa ini diberi balasan yg setimpal. Amin'. Kalau manusia yg memotong kaki si comel ini kudung sekalipun aku takkan simpati. Biar dia rasakan bagaimana bila anggota tubuhnya hilang seperti dikerat².


Kalau family aku kat jengka beli ikan, mesti beli lebih supaya boleh digoreng untuk semua si comel yg ada dirumah. Kiranya pasti ada beberapa ekor ikan khas yg telah digoreng untuk digaulkan dgn nasi kepada kucing² dirumah.

Kalau ada kucing kelaparan datang dekat kami di restoran atau gerai, kami akan bagi makan ayam, ikan, atau apa saja yg bersesuaian dgn mereka. Tak miskin dan tak luak pun bagi kucing makan? Sedihnya melihat nasib kucing ini dizalimi....

November 26, 2013

Negara Angola Haramkan Agama Islam

Angola yg terletak di Africa mengharamkan Islam. Sungguh mulia kan perbuatan mereka? 'Angola bans Islam'. Artikel newspaper dibawah ku petik dari fb, dan gambar² berikutnya pula adalah gambar masjid yg dimusnahkan oleh manusia zalim tersebut. Nantikan saja kemusnahan dan bala dari Allah. Nantikan saja tentera² Allah SWT. Sebagaimana Allah mengirimkan ribut dan bala-bencana ke negara² yg menzalimi umat Islam. Insyaallah, amin ya rabbal ala min.






Langsuir Ganggu Penduduk Kampung

PASIR PUTEH - Cerita langsuir mengganggu penduduk yang sebelum ini hanya diketahui penduduk di beberapa kampung di sini dan Jerteh, Terengganu akhir-akhir ini menjadi perbualan hangat apabila isu itu tersebar melalui laman sosial.

Cerita itu menarik perhatian penduduk dari luar kawasan yang memasuki kampung terlibat seperti Kampung Gong Tinggi, Gong Pasir, Kampung Tasek, Gong Lapang (Pasir Puteh) dan Kampung Penaga Putar (Jerteh) secara berkumpulan.

Tinjauan Sinar Harian mendapati ada penduduk mengakui terserempak dengan lembaga berambut panjang yang berterbangan sambil mengilai dengan suara mengerikan tapi ada sesetengah penduduk menafikannya.

Orang ramai meninjau kawasan yang dikatakan penduduk terserempak dengan langsuir.

Rujuk mereka yg layak

Pegawai Agama Jajahan, Ahmad Talhah Ab Rahman berkata, beliau tidak jelas mengenai perkara itu kerana hanya mengetahui cerita mengenai langsuir itu melalui Facebook.

“Susah nak cakap sebenarnya. Tak nak percaya tak boleh juga kerana kita kena ingat Islam juga mengajar umatnya mempercayai perkara ghaib seperti wujudnya jin dan syaitan.

“Cuma jangan kita panik dan terlalu takut kerana ia boleh menjejaskan iman. Kena sama-sama jaga akidah dengan sentiasa merujuk kepada pakar atau orang yang layak membicarakannya,” katanya.

Beliau tidak menafikan ada mendengar cerita mengenai bomoh yang berjaya ‘menangkap hantu’ namun katanya, perlu berhati-hati kerana jin juga mungkin menipu dengan berpura- pura terperangkap.

Ahmad Talhah berkata, sekali pun langsuir didakwa penduduk itu betul, makhluk itu tidak memudaratkan kerana ia mungkin jin yang mahu mengganggu manusia

Suara yang mengerikan

Penduduk Kampung Penaga Putar, Tuan Muda Tuan Mat, 48, berkata, dia melihat kelibat lembaga yang berterbangan sambil mengilai panjang ketika pulang ke rumah dengan menunggang motosikal jam 12 tengah malam, minggu lalu.

Katanya, walaupun tidak nampak dengan jelas ketika dia memberhentikan motosikal, suara lembaga itu menyebabkan bulu romanya meremang dan memaksanya bergegas pulang.

Perasaan takut datang lagi ketika saya tersedar dari tidur pada malam itu. Sebelum ini saya ada dengar orang kampung cerita pasal langsuir tetapi saya tidak percaya sehinggalah saya berdepan dengannya.

"Saya pernah beberapa kali terserempak dengan hantu. Suara langsuir menyeramkan tapi saya tak endahkan,’ katanya.

Sudah dipasung

Seorang bomoh dari Kampung Gong Manak, Ramli Yusof, 41, ketika ditemui mendakwa telah menangkap kesemua empat langsuir yang mengganggu penduduk iaitu dua di Gong Pasir, satu di Gong Tinggi dan satu di Gong Lapang.

Katanya, lembaga dengan ketinggian paras pinggangnya itu ditangkap dengan bantuan seorang rakan tidak sampai 10 minit dengan menggunakan ayat al-Quran.

“Saya ‘memasungkannya’ di satu tempat khusus dan akan ‘menghantarnya balik ke tempat asal’ selepas 40 hari ditangkap. Saya tidak tahu dari mana ia datang kerana inilah kali pertama saya menangkap langsuir.

“Sebelum menangkap, saya membaca jampi di rumah dan ketika itu, penduduk memberitahu terdengar langsuir berteriak seperti kesakitan, bukan lagi mengilai,” katanya yang terlibat dengan aktiviti seperti itu sejak empat tahun lalu. - sinarharian

Derita Mangsa Rogol

MARANG - Selepas menjadi mangsa rogol kira-kira tiga bulan lalu, seorang remaja berusia 19 tahun kini hidup menderita, sering menyendiri dan hilang keyakinan.

Lebih malang, dia menggigil ketakutan apabila didekati mana-mana lelaki biarpun hanya rakan sekerja.

Disebabkan trauma, mangsa yang merupakan seorang jurujual di sebuah pasar raya di Bandaraya Kuala Terengganu lebih selesa mengasingkan diri daripada rakan serumahnya kerana bimbang kejadian menimpanya diketahui ramai.


Rhana. Gambar kecil: Laporan polis yang pernah dibuat Rhana di Balai Polis Kuala Terengganu.

Rhana (bukan nama sebenar) dari Hulu Terengganu mendakwa, dia dirogol awal pagi pada 25 Ogos lalu oleh seorang lelaki yang dikenalinya sejak setahun lalu selepas keluar bersama.

Kata Rhana, dia tidak menyangka lelaki yang dianggap baik itu sanggup melakukan perbuatan terkutuk setelah berjaya memujuknya untuk ke sebuah rumah di Bukit Payung di sini.

Menurutnya, akibat cetek pengalaman dia terperangkap dan akhirnya rebah dengan pujuk rayu lelaki terbabit yang hanya dianggap sebagai kawan biasa.

“Sebelum itu, kami tak pernah keluar bersama, hanya berhubungan melalui SMS walaupun mengenali sejak setahun lalu.

“Saya takut dan tak biasa buat begitu (keluar dengan lelaki) tambahan tinggal menyewa dengan kawan-kawan di Kuala Terengganu,” katanya.

Kata Rhana, dia amat kesal menerima pelawaan lelaki itu untuk keluar minum pada hari kejadian.

Kejadian itu menghantui hidupnya sehingga tidurnya terganggu.

“Saya masih ingat bagaimana lelaki itu mengugut saya ketika berada di sebuah rumah sebelum bertindak merogol saya,” katanya.

Setiap kali teringatkan reaksi lelaki itu ketika menghantarnya pulang ke Kuala Terengganggu pada hari sama, kemarahannya mula membuak-buak.

“Saya sedih dan marah melihat lagak lelaki terbabit yang bersahaja seperti tiada apa-apa yang berlaku ketika dia menghantar saya pulang.

“Saya tak tahu hendak buat apa, hanya fikir nasib diri serta tragedi menimpa saya. Selepas berkongsi kisah dengan dua rakan, saya dinasihatkan agar beritahu ahli keluarga dan saya akhirnya beritahu kakak,” katanya.

Katanya, selepas kejadian diketahui kakaknya, dia kemudian membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu kira-kira jam 2.05 petang sebelum kes tersebut disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Marang.

Bagaimanapun, kata Rhana, dia terpaksa menarik balik laporan dibuat apabila memikirkan perasaan kedua ibu bapanya yang sudah tentu akan menanggung malu dan terkejut.

“Nasihat saya kepada rakan, belajarlah daripada pengalaman orang lain kerana dengan cara itu ia dapat membantu kita menjaga maruah diri dan tidak mudah diperdayakan,” katanya. - sinarharian

November 25, 2013

Serangan Hendap di Pattani, Songkhla

PATTANI - THAILAND. Seorang penduduk tempatan maut selepas ditembak dalam serangan hendap di daerah Saiburi, selatan Thailand.

Ketua Polis Saiburi, Jirasate Dao Ngern berkata, mangsa dikenali sebagai Samilee Maming, 37 tahun.
“Mangsa ditembak sejurus keluar dari rumahnya di bandar Trohborn. Penyerang dipercayai bersembunyi di tepi jalan sebelum melepaskan tembakan yang mengenai kepala dan dadanya.

Beberapa kawasan sekitar masjid musnah dalam kejadian bom tepi jalan di Ban Nikhom Thepha.


"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya pada Bangkok Post.

Sementara itu, empat anggota tentera cedera parah selepas terkena letupan tepi jalan di daerah Thepha wilayah Songkhla.

Media tempatan melaporkan, mangsa Abyuth Dorrawtae, Phisuth Inprom, Rattanachote Rattana dan Suthichai Buathong kini keadaan kritikal dan sedang dirawat di hospital Thepha.

“Letupan berlaku di hadapan sebuah masjid di Ban Nikhom Thepha daerah Thepha ketika kesemua anggota berkenaan sedang melakukan kawalan keselamatan,” menurut laporan itu. - sinarharian

November 24, 2013

Siapakah Ahmad Ammar ?

Kisah pemergian adik Ahmad Ammar 20 tahun, yg mencetuskan fenomena dikalangan rakyat Malaysia yg cintakan Islam. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solehin. Amin ya rabb.

Jenazah berpeluh didahi adalah antara ciri2 husnul khatimah, atau kesudahan hidup yg baik. Itulah antara yg istimewa tentang jenazah ammar.

Bersemadi disebelah maqam para solehin juga merupakan salah-satu keistimewaan bagi umat Islam (jenazah Ammar disemadikan disebelah maqam salah seorang sahabat Rasulullah SAW yg tercinta di Turkey). Smoga Allah menempatkannya bersama hamba yg dicintaiNya.

Gaya bahasa penulis dibawah tidak diubah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

bon voyage my brother
Cerita tentang Allahyarham Akhi Ahmad Ammar. Bismillah...

Gambar Ammar bersama ibu bapanya yg sentiasa tenang menerima berita pemergiannya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Oleh krn rmai yg brtanya dan ingin mngenali lebih dekat siapa Al-Marhum Ahmad Ammar Bin Azam yg baru2 ini mnggemparkn ummah dgn pemergian beliau mnghadap Ilahi.

Maka sy sbg sahabat spengajian beliau di Turki brasa brtanggungjwab utk mmperkenalkn serta mem 'promote' kn sgl kebaikan yg beliau prnah lakukn smasa hayatnya mudah2an ia dikira ilmu brmanfaat yg dtinggalkan beliau (yg mana pahalanya brterusan shingga kiamat).

Harap kpd siapa yg baca, baca lah smp tamat. Maaf ia agak pnjang dan akan mngambil masa paling kurang 20 minit dgn bnyak ayat yg x trsusun.

Beliau ntara student Msia trawal ( beliau batch ke 2, sy ke-4 walaupun smp skrg student msia d Turki x smp 35 org pun) yg mlawan arus perdana apabila mmilih Turki sbg destinasi pngajian setelah SPM. Sbb tu kami pggil beliau Abg Long. 

Agak aneh, seorang yg pernah dinobat sbg pelajar kedua trbaik SPM 2010 di RMC dgn pencapaian 9A1 1A2 mmilih utk smbung d Turki, Negara yg sering dlabel sbg Negara eropah yg 'sakit'. patutnya beliau ke tempat yg lebih brprestij. dah la amb Turki, ingatkn amb medic ke, atau engineering, tgk2 amb sejarah, bidang yg sering diamb oleh student gred C dan D, sjarah Uthmaniyyah plak tu. MashaAllah.
Bila prtama kali sy tnya beliau knapa pilih Turki dan amb sejarah. Jawapan beliau "Turki ni dulu prnah jd pusat Dunia Islam 600 tahun, xde kuasa dunia yg lg lama drpd tu, Negara lain pun respect n tunduk dgn Turki, knapa kita x bngga, tu sjarah kita. kita boleh kmbalikn balik sjarah tu. lpstu kita ni da blaja tinggi2 last2 org yg blaja lebih2 kurang plak control kita. sbb tu ana amb sejarah".

Cukup trsentak dgn jawpan tajam beliau. Beliau seorg yg sgt pndiam, tp skali beliau cakap, smua org nk dgr dan akan ingat ap yg beliau cakap. Beliau jg sgt susah nk gelak ketawa, tp skali beliau ketawa smua org ingat bila dan apa yg buat beliau ketawa.

Beliau jgn haraplah nk brckp dgn perempuan, sgt kekok klu beliau dlm situasi trsebut. prnah skali beliau bwk student msia overseas yg dtg cuti d Turki dn kebetulannya perempuan, oleh krn beliau malu nk bg tahu kt perempuan trsebut, beliau call seorang sahabat kami yg amb master d Turki utk tlg bg tau perempuan tu apa yg dia nk bg tau. Padahal beliau ad dpan prempuan trsebut. MashaAllah begitu skali beliau mnjaga dirinya.



Beliau seorang yg sgt rajin menolong, klu ad prgrm ap2 d rumah, beliau org yg pertama smp utk bantu bentang tikar, sapu2, kadang2 masak dan hidangkan makanan. beliau jgla yg last skali balik sbb nk bantu gulung tikar, sapu2 balik, basuh pinggan dn bungkuskn makanan. Sungguh luar biasa akhlak serta tingkah laku beliau.

Beliau sgt sopan santun, sgt brjaga2 ketika brtanya dn sgt brdisiplin. sbb beliau prnah ckp "dulu mse kecik2 mmng kuat ah main2 tp lpas masuk RMC mmng kna train habis". Sy cukup rapat dgn beliau dan keluarga beliau malah sy mngenali bapa beliau Hj. Azam sudah 10 tahun.

mana tidaknya msa first time sy ngaji dpan org umur 8 tahun, atas prmintaan bapa beliau lah yg ketika itu masih Presiden ABIM, sejak itu lg sy aktif dlm prgrm ABIM dan WADAH sehingga kini.

Sejak sy smp d Turki, klu sabtu ahad, sy akan prgi ke rumah beliau dkt Fetih Mahallesi (hari2 lain sy d asrama Turki) ,mkan sma2, beliau masak, brsukan, brdiskusi smp tulis kt whiteboard dan akan tidur d biliknya. ntara cara beliau ialah sbelum tidur dan bangkit dr tidur, beliau akan tepuk tilam dan baca 3 surah Qul, pd masa tu sy ingat mungkin dr sek. menengah lg kot dia mcm ni.

Beliau sering tidur lewat krn mmbaca buku (buku2 nya bnyak yg dah ghabak dan bnyak tulisan menunjukkan yg mmng beliau mmbacanya). Bulan lpas, sy dminta utk bentang mngenai sejarah Uthmaniyyah di laman Univ. Terbuka Anak Muda (UTAM), beliaulah yg sy jdkn rujukn utama.


beliau pun bg la buku2 dan article2 sbg prsediaan utk sy. Beliau jg cadangkn supaya setiap minggu mesti ad student yg akan present mngenai apa2 ikut bidang masing2. Ketika Eid Adha yg lalu, kami (student Msia) brkump. brsama2 selama sminggu.

dlm seminggu tu ad 1 hari full prgrm dr pg smp mlm. kami dibahagi2 ikut kump. Dtakdirkn Allah, kump sy dketuai oleh beliau. tp yg lawaknya nama kump sy yg beliau bg.oleh sbb beliau sgt suka Sultan Muhammed Al-Fatih, maka nama kump kami yg beliau bg ialah 'Fatih Var Mı?' yg brmaksud Fatih ade ke? sgt kelakar sbb nama kump kami soalan. Jd setiap kali nama kump kami dpanggil, smua akan ketawa trbahak2 trmasuk kami dn beliau sendiri.

Tugasan kami adalah pg ke muzium Atatürk dn buat skit research. Dlm muzium itu, beliau seolah2 jd penceramah apabila sgl gambar2 yg ad dlm muzium trsebut beliau trangkn dgn detail lebih drpd petugas2 muzium trangkn pd kami.

Ad skali tu time mkan mlm d rumahnya, beliau crita pngalaman beliau smasa mngikuti misi kmanusiaan d Syria. Beliau kt,"Ana ni bukannya reti Arab". 

smua org yg mnyertai misi ini tahu bhs arab dn bila tentera Syria tnya dr mna dtg, mrk jwb Syria (walaupun bukan sbnrnya). bla smp turn beliau dtnya, beliau jwb Maliziya, trus x dpt masuk. Alhamdulillah beliau brjaya jg cari jln belakang dn masuk pd waktu mlm scara smbunyi.



Sbelum bliau pg, beliau prnh kt "ana klu tgk prempuan2 Turki ni msti rsa mcm nk kena kwen da ni, x tau sbb apa". ketika beliau brmalam d wad hospital Syria , beliau trdgr bunyi bom yg sgt kuat, trus beliau mengucap dn brsedia utk syahid (krn salah satu tujuan beliau ke Syria jg adlah utk syahid). kemudian x de apa2 brlaku beliau trus tidur. 

Dlm tidurnya beliau brmimpi brtemu bidadari. Ketika hari terakhir beliau d Syria, beliau ad brtanya dgn sorang pemandu di Syria (kbetulan driver tu boleh ckp inggeris skit2) "knapa pemuda2 kt sini brani betul dn nk syahid" driver tu jwb "pemuda kt sini da x pandang da harta bnda dan wanita2, diorg sume hnya tggu syurga dn bidadari syurga, sbb tu diorg nk syahid".

Beliau pun ceritakan apa yg beliau mimpi, driver tu kt "awak ni boleh mati syahid ni".

Sekembalinya beliau ke Istanbul dgn slamat, kami pun (psl baru habis baca buku 'Kemenangan yg Tertangguh oleh sdr Hasbie Muda) gelarkn beliau 'Syahid yg Trtangguh'.

Bila beliau cerita pd kami yg beliau mimpi. kami smua gelak dan kata, "nta ni kuat sgt brgurau". Namun hari2 berikutnya beliau mmng brubah, setiap kali beliau pndang prempuan, tiada apa2 yg drasainya. 'Ajeeb!!!

Prnah jg beliau minta pd sy, "nta tlg ngaji time ana kawen nnti ye" sy pun jwb smbil trsengheh "dah dkat ke? dgn org mna?" Beliau jwb "ana mintak ayah ana carikn, ayah nk cari org bosnia" ktanya smbil brseloroh.
Beliau jg ckp "nnti klu kt ana meninggal kt sini pun nta tlg ngaji jg skit paling2 pun Qul huAllah pun ok la" sy pun jwb "x yah la ckp2 mcm tu".

  
Bbrp hari sblum beliau pergi mngahadap Yang Maha Esa, kami brtemu dlm satu majlis makan malam di Çamlıca. turut dhadiri oleh menteri pelancongan, Dato' Seri Nazri Aziz. Kbetulan bbrp hari sbelum itu pula, sy brkesempatan brtemu dgn Menteri Luar Turki, Dr. Ahmet Davutoğlu (nnti sy terangkn knapa sy selitkan nama Dr. Davut).

Beliau tanya sy mcmna bleh jmp Dr. Davut sbb beliau nk sgt jmp dgnnya. Sy jwb Dato' Seri Anwar Ibrahim yg bwk jmp msa dia dtg Beşiktaş hari tu. Beliau kt Dr. Davut seorang yg sgt bijak.

Gandingan EGD (Erdoğan, Gül, Davutoğlu) shj dah boleh gerunkn musuh2 Turki.

Pd mlm itu beliau brcakap bnyak lebih dr biasa. HasbunAllahu wani'mal wakeel, Wallahi x sy sangka2 itulah prtemuan perpisahan kami di ardhillah ini krn 2 hari slps itu, insan yg sudah sy anggap sprt abang dn murobbi tlh dpanggil mnghadap Tuhannya.

Beliau prgi meninggalkn kami dan ummah buat slama2nya. Saat beliau ingin melintas d jln raya, kaki beliau trgelincir krn jln mmng agak licin, trus dlanggar sebuah ambulan kena bhg bahu bliau (faham2lah ambulan Turki laju mcmna). Kami trus ke hospital utk urusan forensik.

Ibu bapa beliau tiba d airport pd besoknya dgn keadaan yg ckup tenang (sy x prnah melihat wajah setenang mrk yg baru shj kehilangan seorang prmata yg lebih awal dpanggil olehNya, malah beliau mrupkn satu2nya anak lelaki dlm kluarga). Sy masih x dpt trima hakikat ketika itu, ia sprt mimpi.

  
Setelah jenazah dmandikn, kelihatan peluh msih ad pd wajah beliau. Sy knal muka beliau time tidur dn begitu lah wajah yg sama pd ketika itu, mmng rasa mcm nk kejutkn je. Namun Allah lebih mnyayangi beliau.

Ketika jenazahnya d solatkn di Masjid Ayyub Al-Ansaari, ribuan yg hadir. Pd ketika itu, saya yakin beliau seorang yg tiada musuh. Rakan2nya sama2 ponteng klas pd hari itu sbb lecture2 pun x dtg univ. smata2 utk brsama solatkn jenazah beliau.

Saat dkebumikn di prkuburan Eyyüp Sultan Camii, rmai yg x sangka beliau boleh dtempatkn d situ (krn prkuburan tresbut jg ad maqam sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Ayyub Al-Ansaari serta para mukminin yg lain, jd agak luar biasa klu org yg tiada kaitan dgn krajaan tmbahan pula foreigner utk dtempatkn d situ) MasyaAllah.


Ketika itu, kwan2 univ. beliau turut mmakai lencana gambar beliau pd pakaian masing2. Dlm video ini, sbnrnya bukan sy djemput utk bc surah Al-Ikhlas (x sprt yg trtera dlm video), tp sayalah yg minta utk baca. Sy ckap dkat Hoca bhw Al-Marhum prnah minta sy bc pd msa ini. 

Sy pun baca surah Al-Ikhlas sbnyak 3 kali (dlm video tu kali prtama), kali ke2 dan ke 3 sy sebak dan x dpt menahan air mata yg mengalir mengenangkn prmintaan beliau smasa hayatnya yg pd masa itu sy fikir beliau brgurau.

setelah selesai urusan pengkebumian, bapa beliau jmp dn kata pd sy smbil senyum "nnti bc lama2 lg", sy trdiam, hati sy kata pkcik ni x rsa sedih ke, sy lebih emosi dr bapa beliau ketika itu.

Pd keesokan harinya, bapa beliau mndpt pnggilan telepon dr Dr. Davut yg turut mngucapkan takziah. SubhanAllah, siapa sangka org yg teringin sgt beliau nk jmp smasa hidup tp x brkesempatan. Namun saat beliau pergi turut mndpt pengetahuan org itu.

Bbrp hari yg lalu, fakulti beliau d Univ. Marmara tlh menanam sbuah pokok yg dberi nama smpena nama beliau. Papan utama d Marmara Univ tertera "AHMET AMMAR, BİZ ÇOK SEVİYORUZ" yg brmaksud " Kami amat merinduimu Ahmad Ammar".

  
Bapa beliau tatkala melihat suasana trsebut kata pd sy smbil mnggeleng kepala "ini bukan anak yg pkcik didik ni, mesti ad org lain yg didik dia smp ke tahap ini." 

Last skali sblum beliau pergi, status terakhir beliau d FB surah Taubah ayat 111 yg mana Allah brfirman "Sesungguhnya Allah mmbeli org2 mukminin, diri mrk serta harta mrk dgn syurga" ckup mmberi kesan kpd sesiapa shj yg mmbcanya.

Sy redha beliau tetap telah pergi. hnya ilmu, nasihat dan smangat yg beliau tggalkn pd sy. kalau dulu org sebut Fatih var mı? pasti akan ketawa trbahak2, namun kini kalau dsebut lg, hnya wajah beliau yg akan dkenang dan air mata akan mngalir.

Rmai diantara kami ingat apa yg jd pd beliau akan mnjadi kerisauan ibu bapa d luar utk mnghantar anak2 mrk ke Turki. Namun kuasa Allah rupa2nya beliaulah pncetus dan pembuka mata kpd masyarakat utk mula mngenal apa itu Turki dsamping mnjalinkn hubungan yg erat ntara Msia dan Turki.


Sungguh, beliau hebat,hebat, mmng hebat!!!. Moga dgn hnya menonton video ini rmai lg pemuda2 yg akan mengikut jejak wira uthmaniyyah ini. Sy pasti dan akan slama2nya mencemburui beliau.

"Abg Long Ammar Ağabey.Seni çok seviyorum". Doakan beliau dtempatkn brsama para mukminin. Al-Faatihah. MUHAMMAD BiN AHMAD ZAHiD 20/11/2013 İSTANBUL,TÜRKİYE - sumber fb

November 22, 2013

Nenek Rogol Lelaki 40-an

What..? Oh my English. Kecoh seketika seorang nenek merogol seorang lelaki berusia 40-an yang masih teruna katanya. Lelaki tersebut yg berkerja sebagai pemandu lori berasa trauma dan ngeri akan peristiwa tersebut.


"Apa.....kau dah tak ada kudrat ke nak melawan nenek yg merenung penuh ghairah itu? Atau sebenarnya kau berkhayal? Atau sebenarnya?....apa2 jer lah. Yang penting sebagai lelaki kau mampu untuk melawan. Gagah perkasa dan kuat, takkan lah dgn nenek tua seperti itu pun kau tak mampu nak lawan..............? Huh." Itulah persoalan yg bermain dibenakku.

Syukurlah dia berjaya selamatkan diri........(menurut laporan penuh).

Kesan Ribut Haiyan Filipina

Umpama "padang jarak padang terkukur." Allah bisa menghancurkan kesemuanya, namun ditinggalkan sisa yg masih selamat lalu dicurahkan bantuan dari pelbagai pihak. Maha Pemurah Allah yg Maha Berkuasa.