November 18, 2013

Anak Ugut Bunuh Ibu, Simbah Air Panas

KULIM - Berang tidak diberi wang, seorang lelaki berusia 20-an sanggup memukul dan mengugut untuk membunuh ibu kandungnya kelmarin.

Mangsa yang merupakan seorang ibu tunggal berusia 58 tahun dan pesara kerajaan pada mulanya hanya mendiamkan diri walaupun terus diancam anak lelakinya.

Bagaimanapun beberapa hari lalu, suspek mengugut untuk membunuh mangsa dan bimbang nyawanya terancam, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Kob.

Lakonan semula tindakkan anak yg cuba membunuh ibunya

Simpati dengan nasib yang menimpa, mangsa dihantar ke Pejabat Rakan Cop di Labu Besar oleh penduduk kampung bagi tujuan perlindungan.

Ketua Rakan Cop Labu Besar, Ahmad Nordin Ismail berkata, mangsa tiba di Pejabat Rakan Cop kira-kira jam 7.30 petang kelmarin.

Katanya, mangsa memaklumkan, suspek pernah beberapa kali menendang dan mencurahkan air panas kepadanya.

“Menurut mangsa, suspek seorang penagih dan pengedar dadah.

Sebelum ini mangsa pernah dicederakan dengan pelbagai cara termasuk dikurung dalam rumah.

Bagaimanapun kejadian beberapa hari lalu membuatkan mangsa tertekan dan takut balik ke rumahnya.

"Suspek turut mengugut untuk membunuh mangsa dengan menggunakan pisau yang diletakkan di lehernya.

Kini mangsa terpaksa disembunyikan kerana bimbang keselamatannya terancam. Rakan Cop dan anggota polis di kawasan ini cuba menahan suspek beberapa kali tetapi dia berjaya melarikan diri,” katanya. - sinarharian

No comments: