November 30, 2013

Isteri Tabah Dan Setia Menjaga Suami Koma

Ya Allah....jadikanlah aku seperti isteri lelaki ini. Setia dan tabah walau apa pun jua halangan dan ujian yg menimpa. Janganlah hati kami berdua berubah ketika diuji. Kekalkan ikatan suci ini hingga ke akhir hayat kami. Aminn. Sedih dan terharu aku membaca kisah pengorbanan isteri ini yg tetap sabar, tenang dan tabah menjaga suami yg dikasihi. Semoga suaminya kembali sembuh. Amin. :"(

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


GUA MUSANG - Seorang isteri tidak pernah merasa jemu, malah tetap tabah menjaga suaminya yang masih koma dan terlantar di rumah sewanya di Kampung Tiong, di sini, akibat kemalangan jalan raya sejak lebih setahun lalu.

Naspaleha Najib 47, tidak rela membiarkan suaminya Mohd Hanapi Mat, 54, terlantar begitu sahaja dan berjanji akan menjaganya hingga keakhir hayat.

Mohd Hanapi masih koma disamping Ab Aziz (dua dari kiri) melihat jenis susu yang diperlukan bagi menjaga kesihatannya.

Beliau juga rela mencatukan makanan bersama sembilan anak demi untuk menjimatkan perbelanjaan bagi membeli susu untuk suaminya itu yang memerlukan lebih 10 tin sebulan.

“Sejak hari kejadian lagi saya bersama anak hanya makan sekali sehari kerana bukan sahaja tidak mencukupi perbelanjaan, tetapi bimbang kesihatan suami jika diutamakan kepada pembelian keperluan lain kecuali bekalan susu untuk dia.

“Mujurlah mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM400 sebulan dapat belanja beli susu walaupun belum mencukupi,” katanya selepas menerima kunjungan Adun Galas, Ab Aziz Yusof dan Pentadbir Mukim Dun Galas, Sheikh Razali Sheikh Ahmad, petang kelmarin.

Pada kunjungan ziarah Ramadan itu, Ab Aziz juga menghulurkan sumbangan termasuk wang dan barang keperluan dapur bagi meringankan beban tanggungan Naspaleha menyara suami dan anak-anaknya terutama persiapan menyambut Aidilfitri nanti.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 pagi 9 Julai tahun lalu, Mohd Hanapi juga bekerja sebagai pengawal keselamatan HGM cedera parah di kepala selepas motosikal ditungganginya terbabas sebelum terbalik.

Kejadian berkenaan berlaku di Jalan Kampung Tiong tidak jauh dari rumahnya ketika perjalanan pulang selepas menghantar anaknya ke sekolah dalam keadaan hujan renyai-renyai dan dikejarkan ke HGM sebelum dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Malangnya, hospital berkenaan mengesahkan Mohd Hanapi mengalami kecederaan dalam kepala dan tidak dapat jamin akan pulih menyebabkan masih koma sampai sekarang.

Menurut  Naspaleha, dia juga sudah memohon jasa baik pihak pengurusan anak syarikat Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) supaya tidak menuntut bayaran sewa rumah yang tidak mampu dibayar sejak lebih setahun lalu.

“Alhamdulillah perkara itu mendapat pertimbangan Kesedar, lagi pun suaminya juga bekas kakitangan agensi kerajaan pusat itu sebelum bersara awal dan bekerja pula sebagai pengawal keselamatan,” katanya.

Katanya, dia bersama anak-anak juga terpaksa melupakan persiapan menyambut Aidilfitri untuk tahun kedua tahun ini kerana tidak mampu membuat persiapan itu disebabkan semakin dicengkam kemiskinan. - sinarharian

No comments: