November 20, 2013

Korban Banjir Vietnam Meningkat

HANOI - VIETNAM. Angka korban akibat banjir disebabkan hujan lebat di Vietnam sejak 14 November lalu terus meningkat kepada 41 orang dan hampir 80,000 penduduk diarahkan berpindah.

Agensi Kawalan Banjir dan Ribut berkata, banjir itu telah menjejaskan lebih 400,000 kediaman, namun paras air semakin surut membolehkan ramai penduduk pulang ke rumah.

Penduduk semakin terdesak mendapatkan bantuan susulan banjir dan ribut melanda hingga mengorbankan puluhan nyawa sejak kelmarin. Foto: Reuters

Menurut laporan ABC News, kematian dicatatkan di enam wilayah utama di mana Binh Dibh merupakan daerah paling teruk terjejas dengan korban nyawa mencecah 18 orang dan lima lagi masih hilang.

"Selain itu, banjir turut mencederakan 74 orang dan memusnahkan 4,300 hektar sawah padi dan tanaman lain," katanya. - sinarharian




 




No comments: