November 18, 2013

Misteri: Hilang di Villa Nabila?

Macam pernah aku dengar rumah/villa Nabila ni? Yer, memang pernah aku baca pun mengenai villa ini yg kononnya dikatakan misteri dan byk kisah seram yg terjadi disini. Semoga adik yg hilang ni akan ditemui segera oleh keluarga mereka.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Johor Bahru: Polis Johor menafikan dakwaan kehilangan 23 remaja yang dikatakan memasuki sebuah kawasan villa tinggal di Jalan Skudai, dekat sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, pihaknya hanya menerima satu laporan berhubung kehilangan seorang remaja berusia 16 tahun sejak Sabtu lalu.

LOKASI di mana seorang remaja dilapor hilang setelah memasuki rumah tinggal yang dikenali sebagai rumah Nabila. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

"Laporan itu dibuat ibu mangsa jam 1 pagi tadi dan beliau dimaklumkan rakan anaknya, mangsa didakwa telah memasuki kawasan villa tinggal berkenaan.

"Bagaimanapun, unit anjing pengesan dan pihak bomba yang melakukan siasatan di kawasan villa itu sejurus menerima laporan, tidak menemui remaja terbabit," katanya. - myMetro


Gambar jejaka2 pemburu hantu yg aku kutip dari gambarhantu.blogspot. Kalau korang nk tahu kisah yg lebih mistik dan seram di villa Nabila itu kata nyer, click jer blog gambarhantu tu.
Lagi kisah villa Nabila itu disini.

No comments: