November 19, 2013

Misteri Villa Nabila: Remaja di Temui Bersama Kekasih

Kecoh satu Malaysia. Menyusahkan orang ramai betul lah. Villa Nabila jugak yg disalahkan. Walhal terlebih miang ke apa lepak dengan makwe?  Telefon ada, tak reti² nak telefon mak-ayah inform kat mana? Tak reti² balik rumah sendiri? Sekolah dulu dik, jgn merisau dan menyusahkan mak-bapak. Ni pihak polis, keselamatan, jiran-tentangga, raja, ustaz, bomoh, anjing pengesan, susah hati kehilangan kau.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JOHOR BAHRU: Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Shariff mengesahkan remaja berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang kononnya disorokkan di Villa Nabila ditemui bersama teman wanitanya di Desa Mutiara pada jam 12 tengah malam tadi.

Remaja yg kononnya hilang bersama ibunya (Menyusahkn mak-bapak)

Sehubungan itu beliau berkata orang ramai dinasihatkan menghentikan khabar angin mengenai villa berkenaan kerana menganggu tugasan polis.

"Rumah berkenaan adalah milik persendirian jadi kita tak boleh sita. Bagaimanapun kita terpaksa bertindak buat kerja kerana ia mengakibatkan kesesakan teruk di hadapan kediaman itu.

"Hentikan juga penyebaran di laman sosial. Malah kita akan serahkan kepada SKMM untuk mengambil tindakan kepada pemilik akaun laman sosial yang menyebarkan maklumat palsu," katanya. - myMetro
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/19

Gambar bawah, polis dan orang ramai berkumpul di kawasan Villa Nabila kerana kehilangan remaja tersebut



Lagi gambar² Villa nabila dibawah yg menjadi tumpuan seketika (Sebelum ini hanya paranormal yg suka menjejakkan kaki disini)






No comments: