November 20, 2013

Awak Ni Kedekut

'Nama awak apa?' Tanya pakcik cafe mmu ketika aku ke gerainya pagi tadi utk membeli air. Bukan kali pertama dia tanya nama aku.

'Suzi'. Jawabku ringkas. 'Ish, susah pakcik nak ingat. Dah banyak kali tanya pun tak ingat²...' Sambung pakcik tu lagi. Aku senyum.

'Kata orang tua², kalau nama susah nak ingat, maksudnya awak ni kedekut." Kata pakcik tersebut bersungguh². Kali ni aku ketawa kecil. Nurul disebelah aku pun tergelak mendengar kata² pakcik tersebut. 'Kalau nama tu langsung tak ingat disebut, atau susah nak ingat, maksudnya orang tu Tangkai Jering.' 'Ishhh...ada plak macam tu.' Bisik hati aku. = Tangkai Jering - Sgt Kedekut.

Kali ni aku dah tak mampu menahan ketawa. Setelah membayar harga makanan dan minuman tersebut kami pun berlalu. [Ada ke patut keropok lekor seringgit tiga ketul? Minggu lepas masih 4 ketul] Huh.

Kesimpulannya aku ni seorang yg kedekut lah? Haha....aku tak tahu nak ckp apa. Lucu rasa.

'Apalah, orang yg nyanyuk lupa nama kita, kita plak yg dikata kedekut' Kata Nurul. Aku membalas luahan Nurul, 'Itulah, orang yang tak ingat nama kita, kita pulak yg disalahkan.' Hahaa. Kami sama² tergelak.

No comments: