November 19, 2013

Pesawat Tatarstan Rusia Terhempas

MOSCOW - RUSIA. Anak Presiden Tatarstan, Rustam Minikhanov antara tersenarai salah seorang daripada 50 penumpang maut dalam nahas pesawat Boeing 737 Tatarstan Airlines, semalam.

Jurucakap Agensi Penerbangan Rusia, Sergei Izvolky berkata, pesawat terhempas ketika cuba mendarat di Lapangan Terbang Kazan, Rusia.

Kumpulan perisikan Rusia dan Boeing melakukan pemeriksaan terhadap pesawat Boeing 737 di Kazan.

“Irek Minikhanov dan Ketua Agensi Perisikan Tatarstan, Alexander Antonov disahkan berada dalam pesawat yang dalam penerbangan dari Moscow ke Kazan,” katanya.

Menurutnya, nahas berlaku sejam selepas pesawat berlepas dari Lapangan Terbang Domodedovo.

“Juruterbang menangguhkan pendaratan pertama dan cuba melakukan pendaratan kedua sebelum ia terhempas dan meletup. Belum dapat dipastikan mengapa pesawat gagal mendarat ketika cubaan pertama,” katanya kepada AP.

Beliau berkata, nahas juga meragut semua 44 penumpang dan enam anak kapal yang dibawanya. - Sinarharian







A woman lays flowers at a list of the recent Tatarstan Airlines plane crash victims in the international airport of Russia's Volga city of Kazan. (AFP/Roman Kruchinin) - http://www.channelnewsasia.com/news/singapore/singapore-leaders-express/891178.html

No comments: