November 25, 2013

Serangan Hendap di Pattani, Songkhla

PATTANI - THAILAND. Seorang penduduk tempatan maut selepas ditembak dalam serangan hendap di daerah Saiburi, selatan Thailand.

Ketua Polis Saiburi, Jirasate Dao Ngern berkata, mangsa dikenali sebagai Samilee Maming, 37 tahun.
“Mangsa ditembak sejurus keluar dari rumahnya di bandar Trohborn. Penyerang dipercayai bersembunyi di tepi jalan sebelum melepaskan tembakan yang mengenai kepala dan dadanya.

Beberapa kawasan sekitar masjid musnah dalam kejadian bom tepi jalan di Ban Nikhom Thepha.


"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya pada Bangkok Post.

Sementara itu, empat anggota tentera cedera parah selepas terkena letupan tepi jalan di daerah Thepha wilayah Songkhla.

Media tempatan melaporkan, mangsa Abyuth Dorrawtae, Phisuth Inprom, Rattanachote Rattana dan Suthichai Buathong kini keadaan kritikal dan sedang dirawat di hospital Thepha.

“Letupan berlaku di hadapan sebuah masjid di Ban Nikhom Thepha daerah Thepha ketika kesemua anggota berkenaan sedang melakukan kawalan keselamatan,” menurut laporan itu. - sinarharian

No comments: