November 13, 2013

Taufan Flilipina Lebih 10 Ribu Terbunuh

Taufan Haiyan yg memusnah dan membunuh Rakyat Filipina beberapa hari lepas. Dan masih ramai yg dilaporkan hilang. Kini taufan tersebut menghala ke Vietnam melalui Laut China Selatan. Lebih-kurang 600 000 rakyat Vietnam di kawasan yg dijangka terlibat sudah berpindah setelah diberi amaran awal. Semoga bencana ini membawa kita berfikir bahawa kemusnahan itu bisa terjadi sekelip mata. Dalam lalai dan leka, Allah SWT menarik kembali jiwa dan segala nikmat serta kegembiraan kita yg sementara itu. Azab Allah lah bagi manusia yg lalai dan zalim. Tidak mustahil ini adalah balasan Filipina membantai umat Islam disana.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

TAUFAN Haiyan membawa angin kencang membadai tengah Filipina, di wilayah Leyte, Tacloban dan Pulau Samar sejak kelmarin, setakat ini mengorbankan lebih 10,000 orang dengan ribuan penduduk dilaporkan masih hilang. Pengkaji cuaca menjangkakan taufan itu melintasi Laut China Selatan dan sampai ke Vietnam hari ini.



Vietnam siap sedia Laman web kerajaan melaporkan, pihak berkuasa di 15 wilayah Vietnam meminta bot nelayan pulang dan hampir 300,000 orang dipindahkan ke kawasan selamat di Da Nang dan Quang Nam. “Lebih 600,000 penduduk di wilayah utara dipindahkan. Sekurang-kurangnya empat orang dilaporkan terbunuh, ketika menyelamatkan diri daripada ribut semalam,” memetik laporan itu. 


Pusat Ramalan Kaji Cuaca tempatan melaporkan, taufan ganas itu dijangka ‘singgah' ke selatan Hanoi hari ini, kira-kira jam 3 petang waktu tempatan. Operasi bantuan Taufan Haiyan membadai Filipina sejak kelmarin itu merupakan paling kuat dalam sejarah. Ia menyebabkan jambatan runtuh, bangunan ranap dan jalan terbelah termasuk kemusnahan teruk di Lapangan Terbang Tacloban. 


Datuk bandar Tacloban melaporkan, keadaan di bandar itu semakin tenat apabila tiada bekalan bersih, elektrik terputus dan keperluan makanan terhad. “Angka kematian kini mencatatkan lebih 10,000 orang maut. Kira-kira 70 ke 80 peratus kawasan di wilayah Leyte musnah.

Kebanyakan kematian disebabkan lemas atau terperangkap di bawah runtuhan," katanya. Menurutnya, di wilayah Samar Timur, lebih 300 orang ditemui maut dan 2,000 dilaporkan hilang di bandar, Basey.




Sementara itu, Timbalan Ketua Pihak berkuasa Penerbangan Sivil John Andrews berkata, gambaran udara menunjukkan, tenggara Manila umpama padang jarak padang tekukur apabila taufan raksasa itu memusnahkan keseluruhan bandar. “Mayat boleh dilihat di tengah jalan, tiang elektrik patah, pokok tumbang, bumbung kediaman runtuh dan rumah ranap.



Kira-kia 580 kilometer di tenggara Manila pula banjir melanda dengan ribuan kenderaan terkandas,” katanya. Rangkaian komunikasi terputus Jurucakap agensi bencana kebangsaan, Mejar Rey Balido mengesahkan, hampir 480,000 orang kini diarah berpindah ke tempat perlindungan sementara. 



Menurutnya, kini seramai satu juta penduduk berada di tempat perlindungan sementara di 37 wilayah sebelum ribut itu dijangka membadai kawasan tersebut hari ini. Operasi SAR Taufan Haiyan membawa angin dan hujan berterusan berkelajuan antara 235 kilometer sejam (km/j) dan 275 km/j dengan ombak setinggi 15 meter. 


Pentagon kelmarin, mengumumkan kerajaan Amerika Syarikat (AS) bersiap sedia menghantar anggota penyelamat dari tentera laut dan udara dalam usaha melakukan operasi mencari dan menyelamat (Sar) mangsa.




Dalam satu kenyataan, Setiausaha Pertahanan Chuck Hagel berkata, dua helikopter lengkap dengan keperluan alatan menyelamat disediakan selepas kerajaan Filipina meminta bantuan.



Sehingga petang semalam, Haiyan berada 709 kilometer di barat San Jose, wilayah Occidental Mindoro membawa angin kelajuan 185 kilometer sejam sehingga 220 kilometer sejam. - Sinarharian 11 Nov 2013

No comments: