December 03, 2013

Dosa Buat Aku Sedih dan Pedih

Bagaikan langit akan menghempap, dada dan jiwaku terasa sempit mencengkam . Resah gelisah ketakutan. Kesilapan dan kesalahan lalu membuatkan aku dalam kesedihan dan menangis menyesalinya. 'Oh, Tuhan ampunilah daku'. Doa dipanjatkan sebagai meratapi dosa-dosa yg dilakukan...

Semua manusia melakukan dosa dan kesilapan. Aku tahu, tapi aku merasakan dosa yg aku lakukan terlalu besar......tiada yg lebih berdosa selain aku? Ya Allah, aku takut. Takut kiranya dosaku tidak diampunkan. Takut menghadapi kematian. Dosa²ku memburuku...membuatkan jalanku sempit, berliku, dan sulit.


'Siapa yg dapat mengubati ketakutan, kekesalan, kesempitan dada yg aku rasakan ini? Ulama? Ustaz? para solehin? Ibu-bapa? Suami-isteri? Atau diriku sendiri?'

Mungkin itulah yg dirasakan ramai diantara kita. Aku juga pernah rasainya apabila mengenang banyak kejahilan dan kesalahan hidup yg telah aku lalui dan lakukan.

Kembalilah kepada Allah, bertaubatlah kepada Allah, berpeganglah kpd tali Allah, al-quran dan sunah. Basahkanlah wajahmu dengan wuduk, dan lidahmu dengan zikir mengingatiNya. Hati yg tak pernah lupa padaNya. Berdoa, merayu, dan mengadulah padaNya. Minta ampunlah padaNya. Sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. Janganlah berputus asa.

Allah menyayangimu dan menyintaimu, lantaran itulah dicampakkan rasa berdosa dan penyesalan itu. Sedangkan Dia berkuasa mematikanmu dalam kelalaian dan terus hanyut dlm dosa tanpa rasa berdosa dan bersalah. Nah, kau harus bersyukur dan berterima kasih sebenarnya. Allah Menyayangimu.


Aku bukanlah sesiapa untuk menasihati pembaca. Tetapi utk menerima nasihat tidak perlu menunggu dari orang yg sempurna dan baik akhlaknya. Kita takkan menemukan manusia yg sempurna dan bersih dari dosa selain Rasulullah SAW dan para Rasul AS. Terimalah nasihat dari sesiapa pun jua sekalipun yg memberikan nasihat itu adalah seorang bekas pembunuh, perompak mahupun ahli maksiat.

Jangan memandang siapa yg memberi nasihat, tapi pandanglah apa yg dinasihatkan jika kita benar² ingin berubah, bertaubat, dan menjadi hamba Allah yg lebih baik, hamba yg soleh dan solehah. Insyaallah, amin.

No comments: