December 20, 2013

Hari yg Bosan

Seharian dirumah mcm org tak betul. Duduk dirumah mungkin hepi bagi org yg memang merancang utk bercuti atau spend time dirumah, lagi2 bersama suami atau anak2. Tapi tidak bagi aku yg TERPAKSA bercuti ni. Seharian dirumah hari ni sgt membosankn, sorang2 dibilik....dan sesekali diruang tamu bersama mak aku menonton tv, yg aku sendiri pun tak tahu apa yg aku tonton. Sangat membosankn.


Hati terasa sakit, tensen, dan bosan jer. Kalau 2-3 jam tak apa lah jugak, ini seharian. Mungkin aku frust sebb aku tak dpt pegi keja hari ni. Lepas tu terkulat2 dirumah. Takder sapa menemani, selain mak aku. Itupun nasib baik mak aku ada dirumah, kalau tak....aku sorg2 mngadap tv dan makan. Mcm tak biasa sorg2 kan.

Keta aku di workshop beberapa hari. Aku pun malas nk menyusahkn sesiapa, walau aku tahu Insyaallah ada insan yg sudi membantu kalau aku mengadu. Tak apa lah, aku belajar utk berdikari tanpa mengharap sesiapa selain Allah, Insyaallah aku mampu. Syukurlah Iq dan nani memahami situasi yg aku hadapi ni...

No comments: