December 02, 2013

Jefri Chua Lelaki Cina yg Cintakan Ulama

Siapakah Jefri Chua? Beliau adalah anak kelahiran Terengganu. Anak jati kaum Tionghua. Aku mula mengenali dirinya melalui sekeping gambar yg mempunyai beribu² like, gambar seorang lelaki yg berjalan kaki dari masjid Kuala terengganu ke masjid Rusila, Marang atas kejayaan Pas ketika pilihanraya kecil di Sg.Limau Kedah tanpa sebarang penaja.

Dilakukannya sebagai tanda kegembiraan menyambut kemenangan perjuangan Islam disana. Terharu aku rasa. Lalu tanpa berlengah, aku cepat² add facebook Tuan Jefri ni. Rupanya bukan aku seorang yg add dia, malah beratus² atau ribu kot. Limit kawan fb hanya 5k, tak pasti anda masih boleh add tuan Jeff atau tidak.


Semua ni gambar² tuan jefri yg aku ambil di fb. Gambar atas ni macam pelakon Hong Kong plak kan. Tuan jefri ni selalu dengar ceramah Islam. Selalu ke masjid ketika solat mahupun ceramah. Disubuh hari pun tuan jeff rajin mengunjungi masjid. Malah sangat rajin dan aktif dalam melakukan aktiviti kemasyarakatan Islam. Mencuci atau membersihkan kawasan masjid juga adalah biasa baginya. Masa budak² khatan di Terengganu pun tuan Jeff sibuk membantu. Alhamdulillah.


Agak menarik kerana seorang yg bukan beragama Islam tetapi begitu bersemangat dan begitu cintakan ulama² yg berada di dalam PAS.



Hudud. Apa komen tuan jeff berkenaan isu ini?

Katanya, masyarakat bukan Islam di negeri ini termasuk kaum Tionghoa sebahagian besar telah memahami pengertian hukum hudud tersebut.

“Isu hudud yang dimainkan oleh Umno-BN hanya untuk takutkan orang bukan Islam khususnya kaum Tionghoa (Cina), tapi sebenarnya tidak jadi halangan kerana orang Cina pun sudah memahami hudud.


“Orang buat salah kes jenayah kenalah (hudud) kerana itu hukum Tuhan untuk orang Islam sahaja. Kita (bukan Islam) diberi pilihan untuk terima (hudud) atau tidak..apa masalah,” soalnya.

Malah, beliau turut melahirkan rasa kehairanan apabila orang Melayu yang mengaku Islam sendiri tidak boleh terima hudud tersebut. - Petikkan jawapan hudud ni aku ambil dari http://marangkini.wordpress.com/





Aku doakan semoga Tuan Jeff, isteri dan anak²nya akan terbuka hati mereka untuk Islam. Tuan jeff sgt minat mendalami ilmu agama. Ramai yg mendoakan agar beliau dan keluarga memeluk Islam. Semoga khabar gembira itu akan muncul juga. Amin.

No comments: