December 13, 2013

Kemalangan di Lebuhraya Kajang, Jalan Reko

Baru masuk office. On the way datang keja tadi aku singgah di gerai kat rumah aku, kakak gerai tu ckp ada kemalangan teruk berhampiran simpang jalan reko. Aku dan customer yg ramai tu hanya tersenyap, ada juga yg bertanya bagaimana keadaan. Dalam fikiran aku 'mesti jem', nasib baik aku keluar lebih awal hari ni. Rupanya ada accident plak. Kalau keluar lambat, confirm sampai lambat ke office.

Masuk saja lebuhraya kajang depan Miros tu, terus jalan sesak...btol lah, jem. Bisik hati aku. Tak lama terperangkap dlm jem tu lalu disebelah kereta yg kemalangan tersebut, kereta tersebut berada di lorong paling kanan. Ya Allah, sungguh sebak perasaan aku melihat kereta tersebut, remuk teruk takder rupa kereta dah...macam tin yg di hancur²kan cerminnya dan besi buruk.

Aku tak tahu bagaimana keadaan mangsa, masa aku lalu tadi hanya ada kereta dan serpihan dan orang ramai serta polis yg sedang berada di tempat kemalangan tersebut.

Aku doakan semoga mangsa kemalangan tersebut sekiranya dia saudara muslim kita maka Allah akan ringankan segala urusannya, jika dia tercedera tidak kira sama ada teruk atau tidak semoga Allah ringankn kesakitannya...aminn. Takziah kpd mangsa dan keluarga. Kemalangan memang mengejutkan dan menyedihkan. Ingatlah akan Allah sentiasa, jangan lalai dan leka ketika memandu. Kerana kecuaian kita akan menyebabkan kita sendiri dan orang lain menanggung bala. Tetapi, jika kita telah berhati² tapi masih berlaku maka itu adalah ujian dari Allah bagi menguji iman hambaNya.

No comments: