December 11, 2013

Lelaki Gila Seks Rogol Remaja

Hulu Klang: Dia sudah mempunyai tiga isteri dan 10 anak, namun masih belum puas melayani kehendak nafsu apabila tergamak merogol remaja baru berusia 13 tahun.

Taktik lelaki berusia 55 tahun itu ialah menjadikan mangsa anak angkatnya dan mengumpan dengan wang apabila memberi belanja RM300 sebulan selain selalu menambah nilai kad prabayar telefon bimbit gadis berkenaan.

Gambar myMetro

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Maz, 13, berkata, dia mengenali lelaki terbabit yang dipanggil ‘papa’ melalui beberapa rakan sekolahnya tahun lalu.

Menurutnya, rakan memberitahu lelaki itu baik hati dan suka mengambil pelajar sebagai anak angkat.

Bagaimanapun, katanya, pada pertengahan Oktober lalu, suspek membawanya ke sebuah hotel di kawasan Selayang, dekat sini, kira-kira jam 8 malam dan memaksanya mengadakan hubungan seks.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Aku memang x beli metro, jarang beli newspaper. Baca online jer. Kepada adik ni bersabarlah, semoga pakcik gila seks ni akan di dakwa dan tidak akan dilepaskan. Pengajaran disini, tak kira siapa pun ajak ke hotel jangan ikut dan jangan percaya.

No comments: