December 10, 2013

Menyesal Bernafsu Songsang

Menyesal Nafsu Biseksual

Namun, saya bersyukur kerana tidak pernah melakukan seks sama ada dengan wanita mahupun lelaki. Cuma sebelum ini, naluri saya turut tertarik kepada lelaki, membuatkan diri menjadi tertekan disebabkan rasa berdosa.

Saya mengaku kerap menatapi laman lucah gay demi memuaskan nafsu. Syukur, Allah masih sayangkan saya dan saya terpanggil untuk menginsafi diri.

Bermula pada malam tahun baru lalu, saya terdetik untuk melakukan solat sunat taubat dan bertekad untuk tidak mengulangi perbuatan keji itu. Saya tidak lagi melayari laman lucah dan berhenti melakukan onani.


Malah saya juga tidak pernah ada teman wanita istimewa kerana takut tidak mampu melawan nafsu.

Namun kadangkala terasa perit untuk melawan gelora nafsu. Buat masa ini saya masih mampu melawan kehendak songsang itu. Dang Setia, bantulah saya supaya tidak kembali melakukan kesilapan dulu.

Saya sentiasa berdoa semoga Allah menunjukkan jalan untuk menjadi lelaki normal yang hanya tertarik kepada wanita. Saya mohon pada Dang Setia serta pembaca ruangan ini, doakanlah saya kembali menjadi lelaki sejati. - myMetro

INSAN LEMAH
Kedah


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Walaupun aku bukan Dang Setia myMetro, sebaliknya adalah Dang Suzi milokaw, tapi aku nak meluah jugak sedikit pandangan utk lelaki ini dan mereka² yg mempunyai keinginan nafsu sonsang. Bertaubatlah, dan insaflah. Ingatlah mati bila² saja menjemput kita. Keseronokkan yg sementara ini tidak akan menyelamatkan kita dari siksa kubur dan akhirat. Kembalilah kpd jalan yg lurus, jalan yg di Redhai Allah SWT. Sesungguhnya mati itu pasti, bertemu Allah itu pasti, jadi jgn sia² waktu yg diberikan.

Berhentilah menonton bahan lucah. Allah masih sygkn anda sebb itulah anda masih selamat dari melakukan zina mahupun hubungan sesama jenis. Insyaallah. Cepat²lah mendirikn rumahtangga, isteri anda adalah nikmat yg sebenar. Halal dan diberkati Allah dunia-akhirat.....

No comments: