December 02, 2013

Misteri: Siapa di Tandas Sebelah?

Ni pengalaman aku yg kedua selepas pengalaman misteri zaman kanak² dulu. Seram tak? Nak tau seram ke tak korang kenalah baca kisah ni. Pada aku yg melalui peristiwa ni, masa terjadi tak seram, lepas terjadi baru rasa seram dan misteri. hehe.

Beberapa tahun yg lalu aku terlibat dengan convocation di sebuah university swasta (nama terpaksa dirahsiakan) kerana aku berkerja disitu. Department kami terlibat dgn convocation tersebut. Seawal jam 4.30 pagi kami sudah keluar dari rumah, memandu di keheningan pagi sendirian. Kereta pula hanya jarang², tak seperti jam 7-8 pagi yang jem teruk. Sunyi menguasai suasana.

Gambar hiasan 

Sesampainya penulis di Multimedia University (lupa plak nama rahsia), aku bergegas masuk ke pejabat kami. Kawan² aku semua dah bergegas ke Grand Hall. Tinggal aku bersama 2-3 orang kawan yg masih terkedek² mcm itik.

Tiba² aku rasa nak pergi toilet, masa tu semua orang dah keluar dari department kami, bangunan besar dan gelap. Tak ingat masa tu pukul berapa, sebelum or selepas subuh. Yg pasti korang bayangkan di pejabat sorang², gelap dan tiada orang. Cuma pasang lampu dilorong menghala ke tandas.

Sedang aku menggunakan tandas tersebut yg mempunyai 5-6 pintu, tiba² tandas sebelahku yang tadinya kosong tiada sesiapa ketika aku masuk berbunyi. Masa tu aku pasang air paip, dan orang sebelah pun pasang air paip. 'Oh, kak nor kot' (bukan nama sebenar). Bisik hatiku. Aku pun terus guna toilet tanpa mempedulikan orang sebelah.

Tiba², aku dengar pintu tandas sebelah dibuka. Kemudian terdengar bunyi tapak kaki wanita tersebut berjalan....ketup..ketap...ketup....bunyi tapak tumit tinggi. Sama sepertiku, yg memakai tumit tinggi. Tapi yg anehnya, dia berjalan menuju ke dalam...bukan menghala keluar tandas. Patutnya nak keluar tandas tak perlu lalu dekat tandas aku tu.

Kemudian bunyi tersebut diam.Seolah2 berhenti selepas lalu dihadapan pintu tandasku. Aku tidak mempedulikan keanehan tersebut. Bunyi orang basuh tangan disinki pun takder, kejadahnyer dia berenti didekatku? Oh, kasaq btol pertanyaan. Mungkin nak keringkan tangan ditepi dinding tu kot? Positive thinking. Tapi sunyi jer?

Tandas ini ada iras dengan tandas yang aku ceritakan

Aku keluar dari tandas, didepan cermin aku perhatikan tiada sesiapa. 'Mungkin dah keluar kot' Bisik hati aku lagi. Walaupun tidak mendengar orang membuka pintu utama utk keluar. Pintu tandas semua terbuka. Aku pun keluar dari pintu utama menuju kepada temanku yg duduk menunggu bersama seorang security wanita yg menunggu aku, agak jauh juga jarak dengan tandas.

Sesampainya dekat mereka, 'Kak, tadi sapa yg masuk tandas? Kak nor ke?' Tanya aku penuh confident. Kakak security dan temanku memandang kehairanan.'Mana ada sesiapa, akak tunggu awak la ni. Awak yg last keluar. Akak nak kunci pintu.' Jawab kakak security tu selamba. Sekarang aku plak kehairanan. 'Habis tu siapa yg masuk tandas tadi?' Tanya aku. Mereka berdua speechless kata org putih. Bertambah pelik dan hairan dgn soalan aku. 'Eh, mana ada org.....semua orang dah keluar..awak sorang jer yg belum keluar.' Tambah kakak tu lagi. Aku terdiam. Bertambah pelik dan musykil.

Kami pun keluar dari bangunan tersebut. Kakak tersebut mengunci pintu besar. Suasana gelap di dalam. Aku terus tertanya² siapakah yg menggunakan tandas di sebelah aku tadi..........? Sungguh misteri...

No comments: