December 01, 2013

Misteri: Suara Perempuan Mengilai

Salam satu Malaysia December. Peristiwa ni aku alami sendiri. Bukan copy-paste atau pengalaman orang lain. Peristiwa ini terjadi ketika penulis (aku la tu) masih kanak-kanak. Penulis pun tak ingat masa tu penulis berumur 6 atau 7 tahun, yg pasti kejadian ni masih segar dalam ingatan penulis. (Tak payah penulis2 lah)

Masa tu one sweet day, aku ikut dua orang mak saudara aku visit rumah atuk saudaraku.  Atuk saudara aku ni adik atuk sebelah mak. Tapi kedua2nya telah tiada sekarang. Rumah atuk saudaraku di felda Jengka 8. Rumah blok mana aku tak ingat sebab dah lama aku tak kerumah mereka. Sejak meningkat remaja dan dewasa aku jarang mendengar kabar-berita tentang keluarga atuk saudaraku ini.

Kesemua gambar tiada kena-mengena
 
Nak dijadikan cerita, malam tu selepas makan-malam dan semua orang ready nak tidur, kami semua ketempat tidur masing2. Kami bertiga ditempatkan di ruang tamu. Bilik dah penuh dengan tuan rumah dan anak2 mereka.

Suasana gelap dan hanya diterangi lampu dapur. Suasana sunyi dan sangat sunyi. Korang kalau pernah ke rancangan felda akan tahu, di felda pukul 9 pun dah sunyi-sepi.....bukan macam KL dan Selangor. Apatah lagi kalau pukul 12 atau 1 malam. Sunyi-sepi. Bulan lepas anak jiran sebelah rumah aku di Jengka 16 baru jer menjerit  nampak hantu Pochong katanya. Masa tu dalam pukul 12 kot dia gayut phone kat luar rumah dia. Tapi aku bukan nak cerita pasal dia. Kami dengar kisah tu pun kami gelak jer.

Aku tidur disebelah salah seorang ibu saudaraku. Sebelum ibu saudaraku tidur dia suruh aku berselimut dengannya. Maklumlah selimut tak banyak. Atuk saudara aku tak bagi satu-sorang. Haruslah aku berkongsi dengan ibu saudaraku. Tapi aku menolak, tak mahu berselimut.

Semua dah tidur termasuk aku. Di tengah malam yg hening aku terjaga. Tapi tak tahu pukul berapa sebab cahaya hanya samar-samar. Tak Nampak jam yg tergantung di dinding ruang tamu tempat kami tidur. Aku terjaga sebab terdengar bunyi lolongan anjing yang panjang. OOoooooooouu....OOOooooou dua tiga kali. Bunyi anjing tersebut tidak jauh dibelakang rumah atuk saudaraku. (Mcm real aku buat bunyi anjing).

Dibelakang rumahnya hanya pokok2 besar dan hutan. Ramai jugak peneroka yg suka bercucuk-tanam seperti pokok cili dan sayur2 di kawasan rumah mereka termasuk di belakang rumah yg tanahnya masih luas.

Lolongan anjing tersebut membuatkan tidurku terganggu. Hilang nikmatnya. Mataku kalau boleh dilihat ditempat terang mesti bulat dan segar. Dadaku pula berdegup laju. Kedua2 ibu saudaraku pula lena diulit intan wings mimpi. Aku agak jer dorang bermimpi. Ntah2 tidur tak sedar apa2.

Disaat aku keseraman mendengar bunyi anjing tersebut aku menarik selimut ibu saudaraku, tapi tak berjaya. Ibu saudara aku berkelubung habis...ishh geram pulak aku.

Di saat aku kelam-kabut mendengar bunyi anjing dan menarik selimut itulah kedengaran bunyi lain pula bersahutan dengan anjing tersebut....Heeeehihiiiiihiiiihi....Heehhhihihihihi dua tiga kali jugak hilaian panjang tersebut, hepi bebenor bunyinya (btol ke bunyi mengilai aku type ni?) Terdiam seketika aku. Dahlah baru seram bunyi lolongan anjing, tak boleh tarik selimut, diganggu bunyi mengilai pula. Tapi bunyi hilaian tersebut semakin jauh. Seolah2 dia bergerak, bukan duduk di satu tempat macam anjing tersebut.

Ketika berdebar2 dan ketakutan itu jugaklah, aku sekali lagi terkejut opocot mendengar bunyi jam dinding lama yg berdentum loceng banyak kali, aku tak ingat berapa kali. Tongg...tong...tong....loceng tersebut berbunyi memecah kesunyian malam.

Sejuk dan seram menyelubungi diriku. Adakah ini balasan sebab aku berlagak taknak selimut? Jam dinding antik seperti aku upload dalam kisah ni akan berbunyi mengikut jumlah masa tersebut. kalau pukul 1, satu kali berbunyi. Kalau pukul 12, 12 kalilah berdentum.


Tuhan saja yg tahu aku berdebar-debar dan takut ketika itu. Demi Allah, aku bukanlah seorang yg sangat penakut. Aku boleh menonton cerita seram tanpa bersembunyi dibelakang sesiapa. Aku malah tidak menutup muka ketika menonton seperti segelintir kanak2 dan dewasa. Tapi, aku juga bukanlah seorg yg sangat berani, lalu aku tak pernah bercita-cita utk melihat mahupun mendengar hilaian hantu syaitan.

Semalaman tidurku terganggu. Besoknya kami semua bersiap2 untuk pulang ke Merapoh. Walaupun abah aku ada di jengka 16, tapi aku masa kecik duduk dengan nenek dan atukku. Aku hanya mendiamkan diri dan menyimpan cerita tersebut tanpa memberitahu sesiapa sebab takut. Sehinggalah aku remaja barulah aku kongsikan kisah tersebut dgn keluargaku.

Pengalaman tu aku anggap misteri nusantara alam sejagat.....yg mungkin dilalui oleh sebahagian orang malah ada yg melalui peristiwa atau pengalaman yg lebih dasyat lagi?

No comments: