December 01, 2013

Pelakon Fast and Furious Maut Kemalangan

KUALA LUMPUR: Pelakon Paul Walker yang terkenal dengan filem ‘The Fast and the Furious’ maut akibat kemalangan jalan raya pada petang Sabtu. Kematian pelakon berusia 40 tahun itu disahkan melalui laman twitter dan Facebook.

Keadaan kereta yg dinaiki Paul Walker dan temannya dlm kemalangan tersebut
 
Berita kematiannya turut dilaporkan secara eksklusif dalam portal berita hiburan TMZ.


Menurut laporan itu, kejadian berlaku di Santa Clarita, utara Los Angeles. Memetik kata-kata sumber, laporan itu mendakwa bahawa pelakon itu berada di dalam sebiji kereta Porshe bersama pemandu kereta tersebut, apabila beliau hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok.

Kereta itu terus meletup dan terbakar ekoran perlanggaran itu. Namun demikian, identiti pemandu yang berada bersama Walker tidak dapat disahkan lagi walaupun dilaporkan bahawa beliau turut meninggal dunia.


Walker dilaporkan berada di Santa Clarita untuk pertunjukan kereta amal sempena tragedi taufan di Filipina.

(*Dalam berita tv9 sebentar tadi memberitahu kedua2nya maut di tempat kejadian. Aku bukan peminat filem ni, tapi kat rumah aku ada CD2 filem ni sebab kakak n adik lelaki aku minat.)

Berita mula diterbitkan pada: Disember 01, 2013 12:03 (MYT)
Sumber: http://www.astroawani.com/news/ dan tv9

No comments: