December 01, 2013

Remaja 14 Tahun Mangsa Bunuh

Seorang gadis berusia 14 tahun di temui mati di sawah padi di Kedah, dipercayai mangsa rogol dan bunuh. Mangsa anak sulung dari tiga adik-beradik. Adik2nya masih hilang dan polis sedang menjejaki mereka. Itu antara petikkan berita yg aku tonton di tv9 tengahari tadi. Takziah kpd keluarga mangsa. Semoga pelaku jenayah ini akan ditangkap dan menerima balasan yg pedih.

Berita terkini: Berita tv9 mlm ini melaporkan mangsa tidak dirogol. Dan adik-adiknya turut ditemui terkorban di tempat berasingan. Ya Allah tempatkanlah mereka di syurgaMu ya Allah..amin.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ALOR SETAR: Mayat seorang remaja perempuan ditemui dalam keadaan tertiarap di sebuah kawasan bendang berhampiran Alor Senibung, dekat sini, petang semalam.

Gambar Harian Metro

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya, berkata mayat remaja itu ditemui orang awam kira-kira jam 3.45 petang, sebelum anggotanya bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, siasatan awal pihaknya mengklasifikasikan kejadian itu kes bunuh dan siasatan dijalankan di setiap sudut. Katanya, ini berikutan mangsa bersama dua adik perempuannya, masing-masing barusia 12 dan tiga tahun keluar dari rumah mereka di Kampung Gelap pada 29 November lalu.

Beliau berkata, kedua-dua adik mangsa masih hilang dan usaha mencari masih dijalankan. Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mendapatkan bantuan anjing pengesan K-9 dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01 - myMetro

No comments: