December 11, 2013

Terjun Bangunan Tak Tahan di Paksa Shopping

Alhamdulillah, hobiku bukan shopping. So, suamiku x perlu runsing atau pening kepala cari duit lebih utk isterinya ini membeli-belah. Kasut, handbag, pakaian, cukup apa adanya asalkan elok, kemas, dan menutup aurat, utk ketempat kerja. Ramai isteri atau wanita yg sempoi mcm aku. Kepada wanita yg hobinya shopping, simpati pd suami atau pasangan anda. Kalau duit sendiri tak apa lah, jgn jadi seperti kisah dibawah. Terlalu tamak haloba.......hidup ini hanya sementara. Tak bawak masuk kubur pun kasut n baju yg berlambak tu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Beijing: Seorang lelaki membunuh diri dengan terjun dari tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah selepas bertengkar dengan teman wanitanya yang mendesak agar mereka terus membeli-belah.

Rakaman kamera CCTV menunjukkan Tao Hsiao, 38, menemani teman wanitanya membeli-belah di sebuah pusat beli-belah di Xuzhou, Jiangsu, timur China.

MAYAT Tao terdampar di atas lantai selepas jatuh dari tingkat tujuh pusat beli-belah di Xuzhou, Jiangsu, timur China.

Selepas lima jam Tao yang keletihan mengajak teman wanitanya pulang.

Saksi berkata, Tao dikatakan memberitahu teman wanitanya yang barang dibeli sudah mencukupi dan mereka sudah membawa terlalu banyak beg.

Bagaimanapun, wanita terbabit mendesak agar mereka pergi ke sebuah lagi kedai kasut yang menawarkan potongan harga.

“Mangsa memberitahu yang wanita itu sudah mempunyai banyak kasut, lebih banyak daripada yang boleh dipakainya sepanjang hayat dan tiada guna membeli sepasang lagi.

“Wanita terbabit mula menjerit dan menuduhnya kedekut serta merosakkan semangat Krismas. Mereka bergaduh besar,” kata saksi berkenaan.

Pergaduhan terhenti apabila Tao menghempaskan beg beli-belah mereka ke lantai dan terus terjun dari balkoni.

Dia jatuh di atas pokok Krismas sebelum jatuh ke lantai menyebabkan orang ramai yang terkejut bertempiaran lari kerana panik.

Petugas kecemasan tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian tetapi mendapati Tao sudah tidak bernyawa.

Jurucakap pusat beli-belah berkata, mayat Tao dialihkan dengan segera.

“Mangsa jatuh di satu daripada kedai di tingkat bawah sebelum jatuh ke lantai.

“Ini adalah insiden yang tragik tetapi tempoh waktu ini mungkin detik sukar bagi sesetengah orang,” katanya, semalam.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/11 - myMetro

No comments: