December 31, 2014

Selamat Tinggal Sayang

Sebentar lagi 2014 akan melabuhkan langsir tirainya. 2015 pula akan muncul...Insyaallah. Betapa cepatnya masa berlalu. Rasanya baru saja aku melalui alam remaja...dan zaman kanak-kanak. Masih terbayang di ingatanku ketika tinggal di rumah kampung atuk-nenekku.

Semua gambar ada iras dengan kisah ini

Walaupun mereka mempunyai dua rumah, tapi lebih suka tinggal dirumah lama tepi sawah, dekat sungai. Manakala rumah di perumahan Merapoh pula, hanya balik seminggu sekali. Sekadar menjengah. Kucing kesayangan atuk-nenekku warna kelabu pun akan ikut sekali setiapkali kami berulang-alik antara kedua rumah tersebut. Tak jauh mana pun, cuma berjalan kaki. Bolehlah untuk pecahkan lemak perut agar tak buncit.

Bumi Kelantan Selepas Banjir Dec 2014

Bumi Kelantan selepas dilanda banjir yang dasyat. Puluhan ribu rumah musnah, harta-benda rosak, dan lenyap dibawa arus. Ada yg kembali kerumah, namun hanya tapak rumah yg tinggal. Dan tak kurang juga yg termenung melihat rumah roboh dan hancur ditelan banjir. Apatah lagi yg memiliki rumah, tetapi semua barang dan harta didalamnya ranap dan musnah sama sekali. Sesungguhnya segala sesuatu itu adalah milik Allah.......bersabarlah menempuh dugaanNya. Allah pasti akan gantikannya dengan yg lebih baik. (Nasihat untuk diriku juga).

December 30, 2014

Serpihan Dan Mangsa Pesawat QZ8501 Air Asia Ditemui

Kerajaan Indonesia melaporkan menemui serpihan yg dipercayai milik pesawat Air Asia QZ8501 seperti dalam gambar berserta dengan jasad seorang penumpang yg telah kembung dikawasan perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah. Setakat ini laporan berita tv melaporkan sudah 40 jasad korban Air Asia QZ8501 ditemui. Laporan myMetro menyebut tiga hingga empat jasad ditemui dalam keadaan berpegangan tangan oleh pasukan penyelamat Indonesia.

Tangisan ahli keluarga penumpang yg tidak dapat menahan kesedihan

Balik Pulau, Pulau Pinang Dilanda Ribut

Baru baca laporan tentang kejadian ribut malam semalam di Balik Pulau, Pulau Pinang. Takziah kepada mangsa terlibat. Katanya ribut tersebut berlaku sekitar pukul 8.30 hingga 11.00 malam. Ratusan buah rumah rosak akibat ribut tersebut. Kejadian tersebut menyebabkan banyak pokok tumbang dan menghalang jalan. Malah ada yg tercedera. Nampaknya macam² berlaku di Malaysia dalam tempoh setahun saja.

December 29, 2014

Kuala Krai Selepas Banjir Umpama Tsunami

Gambar dari fb siakap keli, king jason, dan penmerah. Keadaan suasana penempatan Manek Urai, Kampung Pahi, dan Kampung Manjor, di Kuala Krai tak ubah seperti dilanda tsunami. Kemusnahan harta benda yg sangat dasyat dapat kita saksikan. Berat ujian buat mereka, semoga mereka tabah. Tak dapat dibayangkan jika kita berada ditempat mereka?

December 28, 2014

Jengka 8 Meruncing Dilanda Banjir

Gambar2 fb yang dikongsikan oleh netizen SPJ ini adalah gambar banjir di Jengka 8. Jengka 8 ni kiranya jirankulah. Sebab jengka kami Jengka 16. Tak jauh pun. Last aku datang masa kecil2 dulu, sekarang usia yg dah beranak-pinak. Kisah yg pernah aku coretkan ketika pergi ke Jengka 8 dulu adalah tentang pengalaman seram ketika zaman kanak-kanak ding dang. Jangan terpengaruh sangat. Tu cuma pengalaman misteri tak terungkai. Sekarang kalau ada pun ke Jengka 8, hanya lalu-lalang saja ketika nak ke Jerantut atau balik Merapoh dari jengka.

Khabarnya, banjir ini agak teruk, laluan Bandar Jengka ke Jerantut melalui Jengka 8 ditutup, malah ada bantuan dari pihak keselamatan (seperti dalam gambar) kerana banjir yang krtitikal. Aku harap wan saudaraku yg tinggal di Jengka 8 ini tidak mengalami banjir. Tapi, tak tahulah. Tak ada nombor contact. Baru saja jumpa mereka beberapa minggu lepas di majlis kenduri kahwin saudara kami di Jengka 14.

Pesawat Air Asia Dari Indonesia Menuju Singapura Hilang

Benarkah berita yg aku petik dari Thestar dan Astroawani ini? Penerbangan Air Asia dari Surabaya, Indonesia menuju Singapura  terputus hubungan dan hilang dari radar. Pihak kementerian Indonesia akan memberi keterangan rasmi berhubung kehilangan tersebut.

December 27, 2014

Melangkah Terpaksa

Benarkah Ramai Terkorban Dalam Banjir di Kelantan?

Aku masih berjaga....ok, aku mengaku layan feeling. Dok dengar lagu Azie - Melangkah terpaksa. "Apa tak ada pekerjaan kah suzi?" Kononnya seperti hanya aku yg emosi dalam kegelapan bilik ini. Ditemani cahaya laptop. Hakikatnya diluar sana ratusan ribu saudara Islamku sedang bergelut dilanda musibah yg amat dasyat. Ya Allah...masih lagi aku dibuai emosiku?

Disaat aku berbaring penuh selesa, mereka tidur kesejukkan dan kelaparan. Mereka gelisah dan rungsing terputus hubungan dengan keluarga yg tidak dapat dijejaki. Dalam kegelapan tanpa lampu dan sebarang alat penghubung. Perut memedih lapar dan dahaga. Bantuan dinanti tak kunjung tiba. Hujan terus menyimbah bumi akur menurut perintah-Nya. Ya Allah benarkah berita yg aku baca dibawah ini? Siapakah yg dapat mengsahihkan berita ini Ya Allah.......andainya benar, wahai pemimpin2 kamu jawablah dihadapan Allah kelak. Pedih dan remuk hatiku membaca cebisan status fb ini.

December 26, 2014

Aku Cuti Dan Hujan

Hari ni aku cuti. Semua MMU staff cuti, kecuali security department dan beberapa unit yg terlibat. Cuti compulsory. Kiranya cuti tahun kami ditolak sehari (hari Jumaat) sempena Christmas, dan minggu depan pun sama tolak cuti tahun depan kami sehari (Jumaat), so cuti khamis hingga ahad sempena tahun baru pula. Dua minggu berturut2 cuti khamis -jumaat -sabtu -ahad.

December 25, 2014

Mangsa Banjir Makan Nasi Beralas Kertas

"Pusat pemindahan mangsa di Sekolah Manik Urai menikmati hidangan yang dilapik kertas buku sekolah. semoga tabah. Allah Allah Allah." Antara bait ayat yg dipos oleh fb Jkkk Fan Club.

Ya Allah, menitis air mataku.....berat ujian mereka. Maaf cakap, sedangkan makanan kucing rumah abahku dijengka pun masih elok dalam pinggan. Bila menyaksikan situasi mangsa banjir di Kuala Krai ini kita akan lebih mengerti tentang kegetiran, kepayahan, dan kesukaran yg dihadapi oleh mereka saat ini. Usahkan untuk berfikir tentang rumah, dan harta-benda mereka yg tenggelam ditelan banjir, diri mereka ketika berada di penempatan mangsa banjir ini pun tidak terurus dan penuh kesulitan. Namun aku percaya mereka tabah melalui musibah ini. Mungkin bumi Kelantan sedang dibersihkan oleh Allah sebelum tertegaknya hudud Allah...Insyaallah.

December 24, 2014

Kuala Krai Lumpuh Ditenggelami banjir

Ya Allah selamatkan saudara² Islam kami yg berada di zon bahaya banjir seperti Kuala Krai, Kelantan ini. Sangat parah dan menggerunkan. Air terus naik dengan deras, lautan banjir seolah mahu menelan bumi. Dibawah status dan gambar terbaru yg dikongsi seorang pengguna fb sebentar tadi. Semoga pihak berkuasa cepat bertindak menyelamatkan mereka....ya Allah takutnya aku tengok.

Gua Musang Ditenggelami Banjir

Jika Merapoh yg tidak pernah banjir setelah berpuluh tahun pun turut dilanda musibah banjir, jadi jangan hairanlah bila Gua Musang juga turut dilanda banjir. Ini kerana Gua Musang memang sering dinaiki air banjir pada setiapkali musim tengkujuh. Cuma tidaklah seteruk kali ini. Dibawah aku kongsikan gambar banjir Gua Musang yg diambil dari fb.

December 23, 2014

Merapoh Dilanda Banjir - Hari Ini Dalam Sejarah

Assalamualaiikum dan salam satu Thailand Malaysia. Mentang² Thailand menang Piala Suzuki kan....sasul pulak.

Bawah ni gambar kejadian banjir di Merapoh, Kuala Lipis. Phg. Merapoh adalah tempat lahirku, baru merancang utk balik bercuti ke kg untuk jumpa nenekku. Rindu betul padanya. Telefon saja tak cukup. Fakta tentang banjir di Merapoh, Merapoh tak pernah banjir begini. Hanya sekali dulu pernah berlaku banjir besar itupun ketika atuk-nenekku masih muda. Sejak kejadian tersebut tidak pernah Merapoh dilanda banjir. Itupun, atukku pun dah lama meninggal. Nenek aku sekarang pun dah 70++. Banjir kali ini agak mengejutkan sebab banjir tak pernah² terjadi setelah sekian lama dan agak teruk...mungkinkah akan berlaku banjir besar seperti yg pernah terjadi...? Wallahuaklam. Semua itu hanya dalam pengetahuan Allah SWT yg Maha Kuasa.

December 20, 2014

Sedih Hati Pedih

18 Dec 2014 semalam, aku tidur lambat, tak dapat melelapkan mata. Sangat sukar, kepala sakit berdenyut sehingga pagi. Mungkin terlalu 'sakit' yg aku rasakan. Akhirnya aku terlelap lena. Namun pagi semalam gagal ketempat kerja awal. Aku terpaksa ambil time off, hampir pukul 10 pagi baru masuk office. Tapi petang semalam dan petang tadi aku dah ganti time off yang aku ambil tu.


Yang lucunya tentang semalam, aku puasa. Balik rumah, taknak makan nasi aku buat burger dan terus makan. Hampir sebiji burger habis baru aku tersedar yg aku puasa? Bila aku tersedar, azan pun berkumandang. Ya Allah....tak pernah aku macam ni, itulah hasilnya bila terlalu byk berfikir dan tak dapat tidur semalaman. Aku dan mak ketawa bila sedar apa yg berlaku.

December 19, 2014

Barang Lepas Jangan Dikenang?

Mungkin, bagi orang lain. Tapi tidak bagi aku. Setelah sekian lama computer / pc office gambar dibawah ni berkhidmat padaku (lebih kurang 5 tahun), hari ni selesai digantikan dengan computer baru. Alasan penukaran ni supaya lebih laju dan advance. Memudahkan kerja aku. Dalam gambar ni tak nampak sangat cenderahati hiasan sebab aku dah asingkan ketepi. Kecuali cawan kecil dari Taiwan tu. Sebab nak mudahkan kerja teknisyen ganti pc tanpa serabut dengan barang2 hiasan.

December 10, 2014

Rakyat Malaysia Jadi Hamba Telefon Pintar?


Kilang Perwaja Steel Tutup, 1500 Pekerja Diberhentikan

Terengganu : Berkuburnya satu syarikat kerajaan yang amat Gah sauatu masa dulu.

"Kerajaan negeri mesti membantu pekerja yang telah diberhentikan dengan menyediakan satu pelan atau skim yang membolehkan bekas pekerja Perwaja diasimilasi ke dalam masyarakat dengan lebih cepat dan berkesan," ujarnya.


Menurutnya, mereka umpama sudah jatuh ditimpa tangga apabila sebelum ini imbuhan yang mereka dapat tidak dibayar mengikut jadual dan mengalami kesulitan dalam menguruskan kehidupan peribadi dan rumahtangga mereka.

Sekarang, ujar Ketua PAS Kawasan Kemaman itu bulan Disember dan dalam masa tidak sampai sebulan, penggal persekolahan baru akan dibuka.

December 08, 2014

Pengalaman Ditipu Sambung Bayar 3

Aku memberitahu Aeon credit masalah yg aku hadapi ni, mereka menasihati aku untuk bertemu pesuruhjaya-sumpah yg aku tandatangani ketika jual-beli motorsikal tersebut. Aku rujuk dengan Pesuruhjaya sumpah, dan pesuruhjaya mencadangkan aku hire lawyer. Kes aku tu katanya boleh menang sebab terang dan nyata lelaki tersebut suami-isteri mengkhianati perjanjian yg kami tandatangani.

Tapi, nak upah peguam bukannya murah? Nak buka kes saja dah berapa ribu. Nak ambil guaman awam percuma tu pula makan tahunlah jawabnya tunggu giliran. Jadi, akhirnya setelah fikir masak², aku putuskan bayar saja jumlah yg diminta oleh pakcik tersebut. Selebihnya, biarlah Allah SWT sahaja yg membalas pasangan suami-isteri tersebut. Takkan kayapun mereka suami-isteri dengan wang RM1500 tersebut. Silap-silap masa aku post artikel ni duit mereka tu dah habis pun, maklumlah dah beberapa hari berlalu.

Pengalaman Ditipu Sambung Bayar 2

Pakcik ni kad pengenalannya tahun 66. Kampungnya memang di Sg.Ramal Luar, Kajang. Masa beli motor tu dia bayar kat kami RM1000. Dalam surat 'Akujanji' mati stamp yg kami tandatangan tu, dia mestilah menyelesaikan pembayaran motorsikal kami sehingga selesai TANPA GAGAL.

Jika bermasalah atau tak bayar selama tiga bulan berturut², pakcik ni mesti pulangkan semula motorsikal ni kpd kami tanpa sebarang syarat.

Pengalaman Ditipu Sambung Bayar 1

Dah lama aku tak mengarang dalam Milokaw ni. Bulan November langsung tak ada sebarang pos yg aku kongsikan.

Terlalu banyak cerita yang aku lalui, walau tak mampu untuk dikongsi semua. Namun teringin juga untuk berkongsi sedikit pengalaman yg mungkin boleh dijadikan pengajaran dan panduan untuk rakan-rakan pembaca diluar sana. Tapi, tak tahu nak luahkan atau mula dari mana.

Sebenarnya aku dan suami baru saja ditipu oleh seorang lelaki melayu bersama isterinya yang membeli motorsikal kami melalui perjanjian bersumpah. Motor tu motor baru, baru dua-tiga bulan aku dan suami pakai. Tapi kami setuju untuk jual sebab suamiku kerja di Sabah, dan tak ada sesiapa nak tengokkan motor tu di Kajang. Aku ni memang failed bawa motor.

December 01, 2014

Doa Orang Teraniaya Makbul dan Mustajab Disisi Allah SWT

Hati-hatilah dengan dengan doa orang yang teraniaya. Salah satu doa yang tiada hijab dan makbul adalah doa dari orang yg teraniaya atau dizalimi. Walaupun yg dizalimi itu adalah orang kafir Allah tetap akan memakbulkan doa mereka. Apatah lagi orang yg beriman. Waspadalah.


October 30, 2014

Pengasuh Zalim Ikat Tangan dan Kaki Kanak-kanak

KEPALA BATAS - Seorang ibu terkejut mendapati anak lelakinya yang berusia empat tahun terbaring di lantai rumah pengasuhnya di  Taman Seri Pinang, di sini, hari ini, dengan tangan dan kakinya diikat.

Kejadian itu disedari ketika wanita itu membuat 'pemeriksaan mengejut' di rumah pengasuh itu.

Kanak-kanak lelaki yang ditemui ibunya di rumah pengasuh dalam keadaan kaki dan tangannya diikat, semalam.

October 29, 2014

Mencari Suami yg Kaya

Kisah Benar isteri yg merasa derhaka kepada suami.

Indonesia: Ketika aku sedang menanti teman menjemput ku di masjid, aku melihat seorang wanita berjilbab seperti menunggu seseorang juga. Lalu aku menegurnya utk berbual bual sambil menanti teman menjemput ku pulang.

Selepas bertanya khabar dan berbual seketika, tiba2 wanita itu bertanya, "Cik sudah berkahwin?". Jawabku, "Belum". Dan aku bertanya pula, "Tunggu siapa?". Jawabnya, "Menunggu suami."

Gambar hiasan

Aku melihat wanita ini membawa beg laptop dan satu beg yg besar. Seperti wanita berkarier. Lalu aku beranikan diri utk bertanya, "Kakak kerja di mana?"

Ketika Aku di Uji Tiada Duit dan Dalam Kesusahan.....

Kata-kata isteri saya yang saya sentiasa ingat dan amat saya hargai....
Saat saya sedih diuji dengan kesusahan dan tiada duit nak beli susu anak. Tiada apa pun harta. Hari pertama kehilangan pekerjaan. 

Isteri saya kata, abang kita kan ada Allah. Dia tak pernah tinggal kita. Dulu setiap hari abang pesan dan cakap. Kita ada Allah. InsyaAllah, bukan duit bagi rezeki. Bukan kerja bagi rezeki. Allah beri rezeki. Kita usaha, Allah buka jalan. Dalam keadaan air mata mengalir..

Ustaz Ebit Lew bersama isteri dan anak-anaknya

October 21, 2014

Ribut dan Puting Beliung di Pandamaran, Klang

Kejadian petang tadi. Ini hanya peringatan kecil dari Allah. Hentikanlah segala pesta arak, pesta anjing, pesta maksiat, dan macam-macam pesta lagho lagi. Apakah mahu menunggu bala menghempap kepala sendiri baru mahu menyesal? Berita dibawah aku ambil dari oomedianetwork.com. Gambar2 pula dari perkongsian rakan2 facebook penmerah [dot] com. Video dari youtube.

PELABUHAN KLANG: Kira-kira 30 rumah di Pandamaran, di sini, dilapor mengalami kerosakan selepas dilanda ribut dan angin kencang, petang tadi. Kejadian kira-kira jam 2 petang itu membabitkan dua blok pangsapuri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Pandamaran Jaya.

October 20, 2014

579 Belia Bawah 25 Tahun Muflis 2014

JOHOR BAHRU - Kadar belia berumur 25 tahun ke bawah yang diisytiharkan bankrap di negara ini semakin membimbangkan apabila sebanyak 579 individu direkodkan muflis dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Gambar hiasan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding keseluruhan 208 individu pada tahun lepas dan 130 individu pada tahun sebelumnya.

October 17, 2014

Kilang, Pekerja, Fucuk yg Menjijikkan

Georgetown: Tindakan beberapa pekerja tidak memakai baju ketika memproses tauhu kering atau fucuk di sebuah kilang di Mount Eskrine mengejutkan kakitangan agensi penguatkuasaan yang melakukan pemeriksaan dalam Ops Premis Makanan Bersih Kali 17/2014 di seluruh negeri, kelmarin.

Pekerja kilang fucuk tidak memakai baju
PEKERJA kilang fucuk tidak memakai baju.

PEKERJA kilang fucuk tidak memakai baju.
Pekerja terbabit memberi alasan terpaksa membuka baju kerana berpeluh akibat keadaan panas, termasuk kerja memproses fucuk menggunakan air kacang soya panas serta suhu bilik yang berbahang.

October 14, 2014

Festival Makan Daging Kucing dan Anjing

Yulin China Festival: Pada musim panas 1 daerah di Guangxi, Yulin china bersempadan dgn VIETNAM akan dipenuhi oleh masyarakat tempatan mahupun luar negara bagi menyambut festival tradisi memakan anjing dan kucing.


Sebelum perayaan tradisional itu disambut banyak laporan mengenai haiwan peliharaan yg hilang dan dicuri. Dianggarkan setiap tahun hampir 10 ribu anjing dan kucing akan dikorbankan..

September 20, 2014

Bahana Perjanjian Sambung Bayar

AYER KEROH - Disebabkan terlalu percaya kepada rakan, seorang wanita kini berdepan dengan tekanan apabila diisytiharkan muflis, sehingga mengakibatkan rumahnya bakal dilelong pada minggu depan.

Puncanya hanya kerana menyerahkan kereta dibelinya kepada rakan tanpa menukar nama, sebaliknya atas perjanjian sambung bayar.

Azura bersama suami menemui Amir Hamzah, semalam bagi memohon bantuan selepas buntu dan tertekan rumah mereka akan dilelong 26 September ini.

September 18, 2014

Suami-Isteri Dan Anak Tinggal Di Tanah Perkuburan

Johor Bahru: “Kami tidak pernah terfikir masalah gangguan makhluk halus sebaliknya hanya mahu tempat berteduh selepas terpaksa mengosongkan rumah sewa.

Rumah pasangan ini

Berjalan 2km Bersama Anak Hantar Makanan Untuk Isteri

Seorang pengguna facebook, ARieda Akhtar U'waisyahtelah memuat naik gambar dan caption yang pasti menyentuh hati pembaca. Kisah seorang bapa ini pasti mampu membuat korang menangis.

Baca kisah yang dikongsikan di bawah:-

Coretan semalam..
 
Bapa tersebut bersama anak kecil nya.

September 09, 2014

Erti Sebuah Syukur

Terharu dan tersentuh melihat kanak-kanak gaza ini begitu gembira menerima kaki palsu. Ya Allah, rahmatilah anak ini begitu juga saudara2 Islamku yg dizalimi di Gaza dan seluruh dunia........dunia dan juga akhirat kelak. Amin.


September 06, 2014

Suami Paksa Isteri Berzina Dengan Pekerja Bangladesh

PETALING JAYA: Seorang wanita mengandung tidak dapat menanggung derita selepas suaminya berulang kali memaksanya mengadakan hubungan seks dengan seorang pekerja Bangladesh untuk memenuhi nafsu seksualnya.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad pada Selasa berkata wanita berusia 27 tahun itu melarikan diri dari rumah selepas menerima panggilan daripada suaminya yang berusia 34 tahun kira-kira pukul 10.30 malam Ahad yang memberitahunya bahawa dia akan membawa pulang seorang lelaki Bangladesh untuk tidur dengannya. 

Hanya di Singapore

Tahniah......CEO contoh, sikap merendah diri dan sederhana. Itu yg diajarkan kepada umat Islam. Kita sepatutnya lebih humble dan sederhana dari uncle non-muslim ni. CEO Malaysia ada tak humble macam ni? Kalau ada teringin juga nak upload gambar........

Gambar: fb

September 05, 2014

Pakai BMW, Orang Malaysia Kaya-Kaya?

Petikkan dari facebook seorang rakan. Sangat-sangat benar. Persepi orang luar yg tidak tahu 'hakikat' sebenar tentang Kereta Mewah di Malaysia. Definisi kaya bagi pandangan aku ialah orang yg tiada hutang. Walaupun cuma berkereta kancil atau motor kapcai.

MALAYSIA RAMAI ORANG KAYA ::

Seorang warganegara UK dtg ke Malaysia utk bekerja. Selepas beberapa minggu, dia pun memberitahu rakan sekerja Malaysianya, iaitu rakan saya, katanya : "Malaysia ni memang ramai betul orang kaya ye"

Makanan Kucing Diletak Paku

Gambar yang pm ambil dari facebook. Semoga orang yang melakukan perbuatan terkutuk ini kembali kepangkal jalan. Kalau tak mahu bagi makan kucing atau anjing, jangan sakitkan mereka. Mereka juga adalah makhluk Allah yg perlu dikasihi. Selamilah kisah orang yg masuk syurga kerana memberi minum anjing yg kehausan, dan kisah orang yang dicampakkan ke neraka walaupun rajin beribadat kerana menyiksa dan mengurung kucing. Janganlah kita tergolong dalam golongan mereka yg suka mendera dan menyiksa haiwan.


Ada org tabur makanan kucing di jalanan yg mana dlm makanan tu ada paku..target nya utk bunuh kucing atau anjing jalanan supaya bila makan,akn tercekik paku tu..YA ALLAH..kejam nya. - facebook

Ayam Goreng Rangup di Goreng Dengan Plastik

Beberapa tahun lalu Puan Milokaw ada menonton satu video Ayam Goreng Plastik di Indonesia. Mungkin ada teman pembaca yang belum menonton video ini, jadi boleh tengok dan dengar sendiri. Perkara ini bukan baru dan dah lama menular di Malaysia. Seperti yg pm perdana menteri puan milokaw katakan sebelum ini, bukan hanya ayam, malah pisang goreng, kentang goreng, dan bawang goreng turut digoreng dengan plastik dan straw. Itu yg berlaku di Malaysia. Memakan Plastik adalah haram didalam Islam.

56% Atau 216, 048 Ribu Graduan Universiti Menganggur

Seramai 216,048 (56%) Graduan Universiti Menganggur Daripada 385,800 Penganggur di Malaysia. Apakah Punca dan Masalahnya? Berpelajaran tetapi tiada jawatan kosong dan pekerjaan. Itulah ungkapan yang sesuai dengan nasib para graduan yang keluar berpuluh ribu saban tahun.

Gadis Hindu Nikahi Anjing

New Delhi - Mendengar kabar dirinya dikutuk bernasib buruk, seorang gadis India, Mangli Munda menggelar upacara pernikahan dengan anjing. Acara itu dihadiri oleh 70 kerabat dan teman di Desa Jharkhand, India.

Seperti dilansir dari Express.co.uk, Kamis (4/9/2014), pernikahan itu buru-buru diselenggarakan oleh sesepuh desa. Peristiwa itu bermula saat tetua desa memberitahu orangtua Munda, bahwa putrinya dirasuki roh jahat. Sehingga tak boleh menkahi pria, atau hanya akan membawa nasib buruk jika dilakukan. Bahkan ia diyakini bisa membawa kehancuran di desanya.

 
Upacara pernikahan dengan anjing. (Daily Mail)

September 04, 2014

Cadbury Perisa Ulat-Ulatan

Aku memang dah lama boikot Cadbury ni sejak kes Cadbabi tidak lama dulu. Macam yang pernah aku luahkan di blog ini yg aku merupakan bekas penggemar Cadbury. Kepada cik puan dibawah, mungkin ini satu kesedaran untuk anda agar lebih tegas dan nekad untuk memboikot Cadbury. Jika perkara ini tidak berlaku pasti anda sekeluarga akan terus menikmati Cadbury.

..

Pompeii Bandar Zina yg Musnah Dilaknat Allah

SETIAP tahun pada tarikh 1 Disember, dunia mengadakan solidariti yang dinamanakan HARI AIDS SEDUNIA. Tahukah anda dari mana AIDS pertama ditemukan? Kes AIDS pertama ditemukan di AS pada tahun 1981. Penjajah Eropah kulit putih, Christoper Columbus juga pernah menularkan penyakit kelamin pertama di Benua Eropah, iaitu Penyakit “Raja Singa” atau Sifilis. Hari AIDS sedunia berkempen agar menggunakan KONDOM sebagai jalan penyelesaian menghindari penyakit kronik ini.

Wanita Menderita tangan Membesar

Kagum melihat wanita 59 tahun dari Thailand ini, walaupun menghidapi penyakit yg dikenal sebagai macrodystrophia lipomastosa tetapi semangat dan kerajinannya mencari rezeki wajar dicontohi. Aku sukakan semangat yang  ada padanya. Pernah menjalani pembedahan pada usia 25 tahun, tetapi tangannya tetap membesar. Potong tangan disarankan oleh doktor jika dia ingin sembuh dan bebas dari masalah tangan ini, namun Duangjay Samaksamam menolak cadangan tersebut walaupun merasa tidak selesa dan terganggu oleh penyakitnya itu. Berita asiantown.net.

Cedera Tertimpa Hujan Air Batu di Kuala Krai

Baru-baru ini kejadian yang sama berlaku di Tambunan Sabah. Cuma bezanya kejadian hujan air batu di Tambunan tidaklah besar gedabak macam di Kelantan ini. Alhamdulillah kerana tiada penduduk yg mengalami kecederaan teruk.

KUALA KRAI - Hujan batu di Kampung Enggong dekat sini, yang berlaku Isnin lalu menggemparkan penduduk, apatah lagi seorang wanita cedera akibat kejadian tersebut.

Ia juga pastinya mencatatkan sejarah kerana itulah kali pertama hujan batu yang bersaiz mencecah dua sentimeter berlaku di kampung berkenaan dan menimbulkan kebimbangan kepada penduduk jika ia berulang pada masa akan datang.

Padil (kanan) menunjukkan ketulan ais daripada hujan batu kepada Azmi.

Israel Belanja USD 2.5 Bilion Untuk Serang Gaza

Bukan sedikit. Bilion. Semoga kita semua terus istiqamah memboikot produk yahudi agar wang tersebut tidak mengalir kepada pembantaian dan pembunuhan kejam saudara Islam kita di Palestine.

BAITULMUQADDIS - Menteri Pertahanan Israel, Moshe Yaalon kelmarin memberitahu bahawa kos operasi ketenteraan di Semenanjung Gaza yang berlangsung selama 50 hari menelan belanja lebih AS$2.5 bilion (RM7.95 bilion).

 BEBERAPA askar Israel membaiki sebuah kereta kebal model Merkava yang rosak berhampiran sempadan Gaza pada 20 Ogos lalu.

Cahaya Misteri di Langit Putatan Sabah

Kota Kinabalu: Kemunculan cahaya merah di langit yang jelas dilihat selama beberapa minit bukan saja menyebabkan orang ramai panik, malah ada antaranya pantas membuat pelbagai andaian termasuk mendakwa kejadian itu disebabkan oleh meteor atau tahi bintang.

CAHAYA misteri yang menggemparkan orang ramai.

 Difahamkan, cahaya merah pegun itu mula jelas kelihatan sekitar Penampang dan Putatan bermula jam 7 malam semalam, sebelum mulai kabur dan akhirnya hilang begitu saja kira-kira jam 10 malam.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Winnie, 22, berkata, dia menyedari fenomena itu ketika memandu kereta untuk pulang ke rumahnya, kira-kira jam 9 malam.

“Ketika itu, saya memandu ke Tanjung Aru dan orang ramai keluar dari rumah selain ada yang membanjiri kawasan pantai. 

“Saya memberhentikan kenderaan dan melihat satu garisan terang di langit dan menyangkakan ia adalah tahi bintang,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Winnie berkata, keadaan itu agak berbeza kerana kebiasaannya cahaya dicetuskan tahi bintang akan bergerak, tetapi cahaya berkenaan kelihatan pegun. - myMetro

"Menyesal kahwin Dengan Kau"

Keratan yang dikongsi oleh seorang rakan di facebook. Ada juga komen yg bertanya 'macam mana pula kalau suami yg cakap?' Bagiku sama saja, lelaki atau perempuan yg cakap. Kita akan dipertanggungjawabkan diatas segala ucapan dan perbuatan yg kita lakukan. Itu janji Allah yg pasti. Diatas dunia kita bebas bercakap dan melakukan apa saja sesuka hati, sekali melangkah ke alam kubur kita tahulah langit itu tinggi atau rendah. Sekadar peringatan bersama.


September 03, 2014

Air Coklat Perisa Bangkai

Salah satu sebab aku geli untuk membeli produk bukan muslim. Seboleh mungkin stok dirumah, baik kicap, roti, meehun, sardin, minuman, dan mcm² lagi aku memilih produk muslim. Itupun, malam tadi aku baca  ramai juga peniaga melayu 'mendajal' menjual di gerai dengan memasukkan benda yang tidak sepatutnya. Contohnya pisang, kentang, bawang, ayam, dan beberapa makanan lagi digoreng dengan plastik dan straw. Itu pengalaman yg diceritakan oleh mereka yg melihat sendiri dengan mata kepala bagaimana peniaga melayu memasukkan plastik dan straw tersebut. Itulah ciri-ciri peniaga yg Allah janjikan neraka. Kalau dah Islam macam tu, apatah lagi kafir? Air coklat ni tak tahu kilang melayu atau non-muslim, susah nak jumpa air coklat kilang melayu.

Alor Gajah: Seorang lelaki warga emas mendakwa minuman bercoklat yang dibeli dari sebuah pasar raya hujung bulan lalu mengandungi bangkai disyaki tikus selepas anaknya mengadu sakit perut.
 
MOHAMAD menunjukkan rangka tikus yang ditemui dalam pek minuman bercoklat yang dibeli hujung bulan lalu.

September 02, 2014

Kucing Didera Kejam Oleh Seorang Peniaga Pasar Selayang

Sedih dan pedihnya hati melihat kucing ini dizalimi sedemikian rupa (gambar). Aku harap pendera kucing ini akan menerima balasan yg setimpal diatas perbuatannya itu. Rezeki kamu pun Allah yg bagi, kamu angkuh terhadap makhluk Allah yang lain.

Kuala Lumpur: Tanpa perikemanusiaan, seekor kucing menerima azab apabila mulutnya hancur manakala hampir semua giginya patah akibat dipukul kerana kesalahan mencuri ikan untuk mengisi perut. Kisah seekor kucing dibelasah seorang peniaga sebuah pasar di Selayang, menjadi kemarahan orang ramai kerana tindakan itu disifatkan keterlaluan.

August 31, 2014

Iguana Masak Sup Atau Goreng Ponn Sodappp

"Eh, biar betul Puan Milokaw? Asal bagi gambar masakkan tak pernahnya share yang elok2. Mesti share sup ularlah, burger ularlahkatak lah, ishhh...geli tau" Bisik hati pembaca yang jelita lagi hensem. Ok, uolls dah dinner tak? Puan Milokaw baru lepas makan...nasi dan ayam goreng. Puan Milokaw bukan tak mahu kongsi gambar masakkan yg menarik lagi lazat dan suci, tapi blogger tayang makanan atau berkongsi menu makanan setiap hari macam di facebook tu dah berlambak sangat....asal nak makan jer tak kira lah dirumah atau di restoran mesti upload gambar tunjuk kat kawan2. Kan.....kesian kawan2 telan air liur teringin nak makan. Pasaii pa, kalau tengok ulaq, katak, iguana ni sapa pon tak teringin haih...cakap utara.

Dibawah adalah gambar Iguana yang terkenal di pasar Oriental Nicaragua. Iguana ini dijadikan sebagai santapan penduduk tempatan.

Makan Coklat Rahsia Nenek Panjang Umur

Wanita mexico ini Leandra Becerra Lumbreras, adalah wanita tertua dunia, dan hari ni genaplah 127 tahun usia nenek ini, lahir pada 31 August 1887......Wahh, kalau kat Malaysia ni nenek dah kira anak merdeka tau....tapi masa tahun negara kita merdeka, nenek ni dah berumah berumur ?? Kiralah sendiri :)

August 30, 2014

Sarang Tebuan Atas Katil

Rumah anda ada bilik kosong? Anda selalu masuk ke dalam bilik itu?
Apa kata, anda pergi ke bilik tersebut dan semak persekitarannya sekarang. Manalah tahu ada sesuatu yang ganjil di situ kan?
 

Ini kerana, anda pasti tak mahu melalui apa yang telah menimpa wanita di Winchester, England ini.

Apa yang berlaku di dalam bilik kosongnya adalah sangat luar biasa bagi kami. Setelah hampir berbulan lamanya bilik itu dibiarkan tidak berusik, wanita itu telah dikejutkan dengan kehadiran penghuni di atas katilnya.

Sashimi Katak Hidup Menu Baru di Jepun

Hai uolls....dah makan tengahari tak? Hari ni you all makan kat luar kot? (Ayat mengada-ngada sikit) Maklumlah cuti kan. Iolls Aku duduk rumah jer, tak kemana-mana walaupun 3 hari cuti. Encik suami pula jauh, lagipun dia kerja. Kat bawah ni ada gambar makanan Jepun, sashimi katak hidup bersama potongan limau dan sos soya. What? Katak? Hanya untuk ditatap, bukan untuk ditiru resipi. iskk, apa lah orang Jepun ni negara dah maju rakyat berdisiplin, tapi suka makan merapu-rapu. Yerlah, kita Islam nak makan pun ada peraturan, hanya yg halal dan suci saja boleh dimakan. Katak haram dimakan...!

Lelaki Gay Sengaja Sebarkan Virus HIV

Seorang lelaki gay, Thomas Guerra aka Ashton Chavez arkitek landskap dari California dengan gembiranya sengaja menyebarkan virus HIV yang dihidapinya kepada sekurang-kurangnya 24 orang lelaki, dan telah sah dijangkiti virus tersebut. Thomas Guerra berhasrat menyebarkan kepada seramai yang mungkin. Dipercayai kemungkinan lebih seratus dijangkiti virus itu darinya.

Berita dan gambar asiantown.net

Suami-Isteri Mengubur Diri

Murid Gigit Tangan Penjenayah Van Putih

Georgetown: “Kami gigit tangan penculik untuk melepaskan diri daripada mereka,” kata Fatin Nabihah Rashid, 9, murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Lanchang, di sini, yang mendakwa diculik tiga lelaki, kelmarin.

DUA murid mangsa culik menceritakan kembali kejadian kepada pegawai penyiasat.

Berang Kakitangan Kerajaan Keluar Minum Jam 10 pagi

Artikel di bawah aku ambil dari tranungkite.net. Tidak mewakili pandangan peribadi Puan Milokaw. Jadi, kepada pembaca kakitangan kerajaan sila jangan ambil hati, tapi jika ada tabiat buruk macam dibawah suka "mengulau" silalah terasa. Suami Puan Milokaw pun kakitangan gomen juga......bahagian perubatan, hospital. Pada aku, tak kira kerajaan atau swasta, kalau tak ada sifat tanggungjawab memang kelaut lah.

Kami percaya, kita semua pernah mengalaminya. Tetapi adalah tidak adil jika kita menuduh majoriti yang bersikap sedemikian. Ada juga penjawat awam yang mematuhi peraturan serta etika sebagai seorang penjawat awam yang berkhidmat untuk rakyat.


Ikuti luahan hati Puan Azrinaz Hashim di bawah:

Remaja Mengadu Sakit Perut Rupanya Mengandung

KUALA TERENGGANU - Malang berganda! Seorang remaja berusia 15 tahun bukan sahaja terpaksa menanggung aib apabila disahkan mengandung tujuh bulan, malah lebih malang apabila mengetahui ‘ayah’ kepada anak di dalam kandungannya itu sudah meninggal dunia April lalu akibat kemalangan.


Remaja yang merupakan pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Besut itu disahkan mengandung selepas dihantar ibu bapanya untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berhampiran kediaman mereka, Selasa lalu, selepas mengadu sakit perut.