January 30, 2014

Lelaki Gondrong Hampir Diperkosa Orang Utan

Gondrong? Aku segera mengoogle apakah gondrong itu, sambil dalam hati cakap rambut panjang. Rupa-rupanya memang rambut panjang? Sebab bila aku google penuh dengan gambar lelaki Indonesia gondrong, berambut panjang. Kalau ada maksud lain aku tak tahu.

Jadi, hati-hati kepada lelaki sekalian yang rajin kehutan dan berambut panjang. Takut anda menjadi mangsa seperti dalam keratan berita ni. Apatah lagi jika wanita, dikhuatiri lebih berbahaya dan berisiko untuk diganggu.

Sumber page fb ni kali lah

Masa aku kecik-kecik dulu (sekolah rendah) aku pernah terbaca dalam surat khabar cerita seorang kanak-kanak perempuan dirogol oleh haiwan sejenis ini, bigfoot. Aku tak faham sangat perbezaan king kong, bigfoot, gorila, atau seumpamanya.

Yang aku tahu haiwan ni dari jenis yang sama kot? Kisah yg aku baca tu berlaku disebuah negara barat. Kawasan kaki pergunungan dan bersalji. Haiwan ni tinggal ditempat macam mana pun aku tak pernah ambil tahu. Tidak pasti sejauh mana kesahihan kisah tersebut, lagipun cuma melalui pembacaan akhbar. Wallahuaklam.

Kemaluan Ditoreh Enggan Oral Seks

Budak perempuan dirogol dan diliwat sebelum ditoreh kemaluan

Khamis, 30 January 2014. Murid dirogol, diliwat, ditoreh kemaluan !!

MUAR - Seorang kanak-kanak menempuh detik hitam bukan hanya dirogol dan diliwat, tetapi menerima 18 jahitan di kemaluan akibat ditoreh dengan senjata tajam apabila enggan melakukan seks oral, oleh lelaki yang menculiknya di sini, kelmarin.

Gambar hiasan

Kejadian kira-kira jam 3 petang itu berlaku ketika murid berusia 10 tahun berkenaan dalam perjalanan ke sekolah agama dengan menaiki basikal bersendirian melalui jalan pintas dari rumahnya.

Mangsa diculik di lorong dalam kebun getah pada jarak kira-kira 150 meter dari rumah penduduk. Menurut sumber, mangsa didatangi lelaki berusia 37 tahun yang menariknya masuk ke dalam kereta sebelum dilarikan.

“Mangsa dibawa ke tempat pembuangan sampah lalu dirogol dan diliwat dalam kereta tersebut. “Seorang pekebun ternampak mangsa diculik tetapi tidak sempat menghalang kerana kejadian berlaku dengan pantas,” katanya.


Sumber berkata, pekebun itu mencatat nombor pendaftaran kereta suspek sebelum menghubungi pihak polis. Katanya, suspek berjaya diberkas kira-kira jam 5 petang kelmarin semasa berhenti di sebuah stesen minyak dipercayai untuk mengisi minyak.

Dalam pada itu, seorang penduduk tempatan yang enggan dikenali berkata, jalan pintas itu sememangnya sunyi kerana dikelilingi kebun getah.

“Tetapi penduduk tidak ada pilihan lain kerana laluan itu mempercepatkan perjalanan hantar anak ke sekolah serta turut digunakan mangsa setiap hari,” katanya. Posted by Jeebond BLM. (facebook)

Mahalnya. Garu Saja Lah !

Selepas habis menduduki SPM, tak sempat berlanding dirumah, tak sempat berkuak kupu-kupu mahupun kuak lentang, kakak aku yg ketika itu belajar di Uitm Shah Alam segera mengajakku tinggal di Taman Greenwood, Gombak. Rumah keluarga angkatnya. Pakcik gombak tu adik angkat makku masa zaman mak-abah aku sekolah. Sekarang kakak aku pula jadi anak angkat mereka.

Aku menumpang tinggal dengan makcik-pakcik ni. Rumahnya tak ramai orang, hanya anak-anak yang masih kecil, itupun dijaga oleh pembantu rumah mereka. Aku berkerja di sebuah pasar mini disini bersama seorang temanku, saudara kepada pakcik ni. 
Satu hari ketika aku dan kawan aku sedang lepak sebab customer tak ramai. Masih awal. Biasanya ramai customer masa petang lepas habis waktu pejabat. Datang seorang pakcik menghampiri kaunter kami.

Kami biasa dengan pakcik ni, anaknya ketika itu belajar di Uitm Jengka. Menangis-nangis bila kena belajar disana sebab Uitm Jengka tu luar bandar. Dia dah biasa duduk dan belajar di KL. Puas pakcik dan isterinya terpaksa memujuk anak mereka.

Kami ketawa dengar, sebab kami pun asal dari jengka. Uitm pun depan sekolah menengah kami saja. Ibarat kata, apa nak dihairankan?

"Mopiko ada tak?" Tanya pakcik tersebut sesampainya dekat kami sambil senyum. "Ada." Jawab kami ringkas. "Pakcik nak beli ke?" "Boleh juga. Tengok jap." Jawab pakcik tersebut. Kawan aku pun cari mopiko tu dibahagian ubat dan menghulurkan kepada pakcik tersebut. Pakcik tersebut membelek-belek mopiko tersebut. Kami tak kisah, nak beli, beli. Tak nak pun tak apa. Nak tengok saja pun tak jadi masalah. Itu kan hak pelanggan.

"Berapa harga mopiko ni?" Kawan aku jawab, "RM10 (bukan harga sebenar, dah lupa)." "Huihh....mahalnya...!" Pakcik tersebut terkejut, mengomel tak puas hati. Kami berdua tersenyum saja. "Memang mahal ke?" Kami terpinga-pinga. Pada budak lepasan SPM macam kami ni, apa tahu. Duit pun mak-ayah yang bagi. Nasib baik masa tunggu result SPM ni kerja, dapat juga RM600-700 sebulan. Tak payah minta duit mak-ayah. Berdikari.

"Tak apalah. Garu saja lahhh.........!" Sambung pakcik tu lagi. Tak jadi membeli, sambil menghulurkan mopiko tersebut dengan muka kelat. Kali ni kami berdua tak tahan ketawa. Pakcik tu pun turut ketawa melihatkan gelagat kami. Lucu sungguh dengar ayat pakcik tu. Sampai sekarang aku masih teringat peristiwa ni. Masih terngiang-ngiang ditelingaku 'garu saja lah'. Apa khabar agaknya pakcik tu? Anaknya tentu dah lama berkeluarga dan tentu pakcik tu dah lama bercucu.

Dah lama kenangan ni aku tinggalkan. Kawanku juga telah kembali kerahmatullah beberapa bulan yang lalu. Meninggalkan suami dan seorang anak. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya..........

Disihir Guna Gambar Dalam Facebook

Seronok berposing, ghairah mempamerkan pelbagai aksi difacebook melaui gambar-gambar yang dikongsikan? Tidak sedar gambar tersebut telah dijadikan sebagai bahan utama dalam upacara sihir.

Kalau zaman dulu, memang gambar dijadikan sebagai syarat untuk menjalankan jampi-serapah sihir dengki, dendam, penunduk, santau atau sebagainya. Ketika tu memang sukar untuk dapatkan gambar tuan empunya diri. Tak macam zaman sekarang, sangat mudah. Contohnya melalui laman sosial facebook.


Jadi, jangan terkejut bila ada yang menghantar sihir, santau, dendam, pengasih, penyakit, atau bermacam lagi unsur jahat bila kita sendiri bebas berkongsi apa saja dilaman sosial atau blog-blog tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapi.

Berzina Ketika Krisis Rumahtangga

Ramai suami atau isteri yang melakukan zina dengan orang lain ketika menghadapi masalah rumahtangga. Tidak takut pada bala dan laknat dari Allah yg sedang menanti mereka.

Tahniah bagi wanita dan lelaki yang ketika dilanda krisis rumahtangga menjadikan Allah SWT sebagai tempat mengadu. Masanya dihabiskan dengan mendekatkan diri kepada Allah bagi mengubat segala permasalahan yg dihadapinya. Itulah ciri-ciri orang mukmin.


January 29, 2014

Didakwa Cuba Bakar Janda Dua Anak

Kuala Lumpur: Seorang mekanik di sebuah kedai basikal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tiga pertuduhan masing-masing cubaan membunuh seorang janda dan dua anak perempuan wanita itu dengan membakar mangsa di Perumahan Awam, Desa Rejang, Setapak, minggu lalu.

MOHD Afizi membakar mangsa di Setapak, 21 Januari lalu.

Tertuduh, Mohd Afizi Abdul Rahman, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bache.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Saliza Saidin, 29, Nur Iris Qalisya Mohd Shahril, 2, dan Nur Fazana, dua bulan, di sebuah rumah di PPR Desa Rejang, Setapak Jaya dekat sini, pada jam 1.30 pagi pada 21 Januari 2014.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Zulkifli Osman tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam memandangkan tertuduh mempunyai satu lagi kes lain berkaitan dadah.

Mahkamah kemudian menetapkan 18 Februari ini untuk sebutan semula bagi melantik peguam. - myMetro


Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/29

2 Beradik Terlampau, Khalwat Dengan 5 Lelaki

KUALA TERENGGANU - Tidak pernah serik! Dua beradik yang sebelum ini pernah ditangkap berkhalwat bersama lima lelaki di dalam sebuah bilik hotel sekali lagi dicekup penguat kuasa selepas didapati tinggal sebumbung dengan seorang peniaga, kelmarin.

Bagaimanapun, perbuatan tidak bermoral dua beradik yang masing-masing berusia 15 dan 18 tahun itu menerima padah apabila diarahkan menjalani hukuman selama enam bulan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Selangor oleh Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam.

Dua beradik masing-masing berumur 15 dan 18 tahun diarahkan menjalani hukuman selama enam bulan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Selangor oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu, semalam.

Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail membuat keputusan itu selepas dua beradik berkenaan mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.

Dua beradik itu bersama seorang lelaki berusia 26 tahun yang bekerja sebagai peniaga mengaku bersalah melakukan khalwat di dalam sebuah rumah di Kondo Rakyat, di sini, 27 Januari lalu.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan pegawai dan anggota membuat serbuan di rumah berkenaan kira-kira jam 10.45 pagi. Ketika sampai, pintu rumah serta tingkap berkunci sebelum dibuka seorang lelaki dan hasil pemeriksaan, mereka bukan pasangan suami isteri atau mahram.

Sebelum ini, satu waran tangkap dikeluarkan mahkamah bagi menahan dua beradik itu selepas keduanya gagal hadir ke mahkamah. Kedua mereka sebelum ini turut didakwa melakukan khalwat bersama lima lelaki berusia antara 19 hingga 22 tahun di dalam sebuah bilik hotel, di sini, kira-kira jam 2.30 pagi pada 7 Jun 2013.

Bagi setiap pertuduhan, Kamalruazmi mengarahkan dua beradik berkenaan menjalani hukuman enam bulan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Selangor, bagaimanapun beliau membenarkan hukuman itu berjalan serentak.

Dua rakan lelaki tertuduh masing-masing berusia 19 dan 21 tahun sudah pun menjalani hukuman sementara satu waran tangkap dikeluarkan terhadap tiga lagi tertuduh selepas gagal hadir ke mahkamah. Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Undang-undang dan Pendakwaan Terengganu.- sinarharian

Sedapnya Nasi Goreng Thai Itu........

Salah satu pengalaman manis ketika aku menginap di BP Samila Beach Resort, Thailand ialah menikmati makan petang ditepi pantai. Kami makan di kedai makan yang berderet-deret tersusun di tepi pantai, diluar kawasan hotel. Hanya berjalan kaki, sambil menikmati angin pantai dan suasana indah. Kedai makan aku dan suamiku makan ialah Maisana Seafood. Pantai Samila ni cantik..not bad. Tapi artikel ni aku cuma nak ceritakan perbezaan nasi goreng ayam Malaysia dengan nasi goreng ayam di gerai yang kami makan ni.

Melalui gambar pembaca tentu boleh bezakan. Lain dengan nasi goreng ayam di Malaysia. Nampak sedap tak? Apa, biasa saja? Mungkin nampak biasa, tapi rasanya sedap tau.........! Tak cuba tak tahu. Kalau pembaca pernah bercuti di Pantai Samila, dan pernah makan disini tentu tahu macamana rasanya. 

Lagi satu, bukan susah untuk dapatkan makanan halal disini sebab banyak pilihan........jadi tak perlu risau. Oh ya, lupa nak bagitau. Harga pun berpatutan. Tak sampai 100 baht pun setiap seorang termasuk air. Standard macam kat Malaysia juga. Cuma disini lebih murah.




Gambar air ni bukan di kedai makan Samila beach, tapi di tengah hiruk-pikuk bandar yg sibuk. Kami berhenti untuk makan tengahari, dikedai makan muslim. Sementara menunggu makanan, sempat ambil gambar. Disebabkan rasa air milo didalam gelas ini sedap dan sejukk...maka dirumah sekarang, aku beli gelas macam ni 2-3 items.

Gelas macam ni lebih sejuk bila diletak ais, dan cepat beku kalau disimpan ditempat beku berbanding gelas plastik.

Malu Seksi Depan Suami

Pernah satu ketika aku membaca topik "baju tidur seksi" yang dibualkan oleh isteri-isteri disebuah forum mengenai baju tidur malam yang dikenakan mereka. Bermacam komen dan pendapat yg dikeluarkan. Rata-rata berkongsi pakaian jenis apakah yang dipakai oleh mereka diwaktu malam, dan pakaian apakah yang suami mereka suka.

Aku tak join the group, sebab masa tu kalau nak menyampuk pun aku masih belum kahwin. Lagipun, kalau dah kahwin pun takkan nak cerita kat orang aku pakai baju apa diwaktu malam? Malulah aku. Tebal muka. Lain orang lain pendapat.

Namun dalam banyak-banyak komen dan cerita yang dikongsikan tersebut, aku tertarik satu komen dari seorang isteri ini. Katanya, apabila berkahwin dia mula mengenakan pakaian yang seksi kerana mahu menggoda suami dan menyedapkan mata suami memandang.

Gambar toilet ni aku ambil ketika berjalan di sebuah pasaraya di bandar Hat Yai.

Namun suatu malam ketika baru mengenakan sehelai baju tidur yang seksi, suaminya mengusiknya dan mengatakan dia kelihatan sangat seksi. Ketika itu isteri tersebut merasa sangat malu bila ditegur suaminya. Aku hairan. Apa yang nak dimalukan? Betik Detik hati aku. Sejak dari peristiwa ditegur dan disusik oleh suaminya itu dia tidak lagi mengenakan baju tidur seksi, kerana tak tahan rasa malu.

Dah lama berlalu barulah aku faham mengapa isteri tersebut rasa malu. Memang janggal bila kita dah biasa tidur seorang diri, kemudian tidur berteman dgn lelaki yg dulunya asing bagi kita. Memang janggal juga apabila berpakaian yg agak seksi dan menggoda dihadapan suami bila kita telah biasa menutup aurat diluar mahupun dirumah.

Tubuh kita hanya untuk tatapan diri kita sendiri, kemudian ditontonkan untuk suami yang dulunya orang asing. Memang sangat-sangat janggal. Apatah lagi bila diusik oleh suami yg agak nakal? Tentulah para isteri yg telah biasa bertutup itu akan merasa malu.............kecuali wanita yang dah biasa mendedahkan aurat, mereka takkan merasa apa-apa. Sudah hilang perasaan malu dan segan.

Didalam Islam, sifat malu itu sebahagian dari iman. Antara tanda tercabutnya iman adalah apabila hilang sifat malu. Rasulullah SAW juga sangat pemalu tetapi tegas. Didalam Islam, isteri adalah ladang suami. Suami berhak berbuat sesuka hati terhadap isterinya kecuali perkara yang diharamkan. Jadi, walaupun malu dan janggal kita kenalah membiasakan diri untuk memuaskan hati suami.....lama-lama kita akan rasa OK dan biasa. Asalkan tak melanggar batas-batas agama kita. :-)

Jose Mujica Presiden Termiskin Dunia

Miskinnya beliau bukan kerana negara Uruguay tidak membayar gaji, tapi kerana dia menjalani kehidupan yang sangat sederhana. Walaupun dibayar gaji yg memuaskan sejak memagang jawatan president pada tahun 2010, tetapi Jose Mujica memilih untuk hidup seperti rakyat Uruguay yang kebanyakkannya masih susah dan sederhana. Duit gajinya 90% didermakan untuk tujuan kebajikan bagi membantu rakyat.

Sebagai seorang pemimpin yang sangat prihatin serta berjiwa rakyat. Teringat kata-kata Jose Mujica yang pernah aku baca, "Saya tidak pernah merasa miskin walaupun saya digelar sebagai presiden termiskin dunia, kerana saya merasa cukup segala apa yang saya miliki. Bagi saya orang yang miskin adalah orang yang tidak pernah puas dengan apa yang dimilikinya."









Memang benar, didalam Islam juga menyebut begitu, orang yang miskin adalah orang yg tamak dan tidak puas serta bersyukur dengan apa yang dimilikinya. Sebab itulah dikatakan, kebanyakkan manusia itu jika diberi satu dari lembah kekayaan, pasti dia mahukan satu lagi lembah kekayaan. Walaupun dia telah memiliki tujuh lembah kekayaan dia pasti tetap tidak merasa cukup......................

Tahniah kepada President Jose Mujica. Memang sikap inilah yang diajar Rasulullah SAW. Di Malaysia Tuan Guru Nik Aziz juga turut memotong beberapa puluh peratus gajinya dan mendermakannya untuk tujuan kebajikkan sejak 23 tahun memerintah Kelantan dulu.

January 28, 2014

Coklat Terbesar Dunia Tahun 2011

Sebagai seorang penggemar coklat, gambar Think Big, Eat Smart ni memang sangat menggoda pada pandangan saya. Mengikut rekod dunia, coklat terbesar ini dibuat pada 13 Sepetember 2011, di Chicago USA. Nampak sedap kan? Kalau nak makan tanpa was-was kenalah coklat yang ada tanda halal atau dibuat oleh umat Islam yg concern akan bahan-bahan halal dan haram. Kalau tak, pandang dan tengok sajalah macam gambar ni.







 

Wanita Kahwini Anjing Kerana Kecewa

Wanita yang dikenali sebagai Emily Mabou ini dari Aburi, Ghana. Mengahwini anjingnya yang berusia empat tahun. Wanita yang tidak kurang cantiknya, ramai lelaki berusaha mendekatinya namun ditolak oleh Emily kerana beranggapan lelaki-lelaki tersebut tidak setia dan hanya mahu mengambil kesempatan keatasnya.


Bagi Emily, lelaki hanya mahukan seks dan tidak mahu bertangungjawab. Tidak seperti anjing yang setia kepada tuannya.

Emily dan anjing tersebut telah dikahwinkan oleh paderi tempatan ditempatnya, tanpa kehadiran keluarganya sendiri yg merasa malu dengan perkahwinan tersebut. Mereka beranggapan Emily sebagai tidak waras kerana mengahwini seekor anjing.

Sumber: koebanget.blogspot

Suami Dan isteri Tidur Berdengkur

Adakah anda tidur berdengkur? Atau suami / isteri anda? Biasanya suami yang selalu berdengkur berbanding isteri. Banyak faktor yang mempengaruhi mengapa kita tidur berdengkur. Salah-satunya terlalu penat. Kadang-kadang bunyi mengalahkan hon keretapi bergerak. Memang bising dan mengganggu. Yang pasti dengkuran itu boleh membawa penyakit dan berbahaya sebenarnya. Setakat dengkuran perlahan, itu normal.

Cara mengatasinya, aku pun tak tahu. Tapi artikel yg aku kongsikan disini mungkin boleh membantu pembaca untuk mengetahui punca dan jalan penyelesaian kepada masalah berdengkur ini.


January 27, 2014

Terjun Bangunan Untuk Selamatkan Diri

Masih ingatkah lagi anda peristiwa bangunan berkembar World Trade Centre atau WTC, di bandar New York terbakar akibat rempuhan pesawat? Kalau anda masih ingat peristiwa ini terjadi pada 11 Sepetember 2001. Berita yang sangat mengejutkan seluruh dunia, dan mengorbankan hampir tiga ribu orang.

Sebelum ini aku pernah kongsikan artikel berkenaan WTC ini. Video ini lebih sadis dan mengerikan. Anda dapat melihat bagaimana berpuluh (atau mungkin beratus) orang yg terjun dari bangunan ini untuk menyelamatkan diri. Mayat mereka bergelimpangan parah berdarah dibawah selepas terjun.Tidak mustahil juga ada yang terjatuh. Wallahuaklam.

Sama ada sengaja terjun atau terjatuh, tiada pilihan bagi mereka. Hanya maut dan kematian menanti dihadapan. Begitu juga dengan kita yg bila-bila masa saja akan dijemput oleh Allah..........


Balasan Kepada Suami Dan Isteri yg Suka Menghina

Sedutan ringkas ceramah Ustaz Azhar Idrus tentang suami atau isteri yang suka menghina, memaki atau mengeji. Lidah mereka akan ditarik, dicangkuk dengan besi, dan dibakar dengan unggun api.


January 26, 2014

"Abang...jomlah makan...."

"..nasi dah kaut ni." Pelawa Nina kepada suaminya. "Makanlah dulu." Jawab Johan tanpa menoleh kepada isterinya. Mata dan jarinya sibuk dengan handphone nya sambil berbaring dibilik rehat. Sekilas toleh pun tiada kepada isteri yang tercegat di pintu. Nina menarik nafas panjang.....seakan terkilan tidak dipedulikan. Dia berlalu menuju ke meja makan mendapatkan anak-anaknya yg sudah sedia menunggu di depan nasi dan lauk yg terhidang.

"Mana ayah, ibu?" Tanya Farhan yang berumur 7 tahun. Adiknya Farhani berumur 5 tahun tidak mempedulikan ibunya, dia masih tidak mengerti apa-apa. "Ayah ada kerja sayang.....kita makan dulu ya." Jawab Nina sambil tersenyum dan meletakkan lauk ke dalam pinggan anak-anaknya. Sedaya-upaya disembunyikan perasaannya agar anak-anaknya tidak melihat sebarang garis-garis kecewa diwajahnya.


Nampaknya hari ni macam selalu lah mereka hanya makan bertiga lagi walaupun hari cuti. Johan tak pernah mempedulikan mereka. Kalau hari berkerja, penat berkerja yang di jadikan alasan. Kalau hari cuti pula, tiada alasan tapi sentiasa marah-marah dan kasar tidak peduli kepada keluarga.

Bukan kali pertama suaminya bersikap begitu. Selalu. Johan lebih pentingkan handphone, dan laptopnya dari isteri dan anak-anaknya. Mungkin dia fikir kalau dia sakit demam, handphone, ipad dan laptopnya yang akan menjaganya?

Kisah di atas banyak berlaku didalam masyarakat kita mahupun dunia. Suami lebih mementingkan perkara lain dari isteri dan anak-anaknya yang merupakan tanggungjawab dan amanah dari Allah SWT. Dia lupa diakhirat nanti itulah antara perkara penting yg akan dipertangunggjawbkan kepadanya.

Kepada suami-suami diluar sana, hargailah isteri dan anak-anak anda. Usahlah lalai dan leka dalam dunia khayalan cyber. Dunia cyber itu lebih banyak melalaikan anda dari mendatangkan manfaat jika terlebih 'mengadapnya.'

Kepada isteri-isteri pula....banyakkan bersabar. Cabaran alam rumahtangga itu memang besar. Mengemudi kapal tak semudah yang di sangka. Hanya usaha,doa, dan sabar saja yang mampu menyelamatkan bahtera yang dilayari.............

January 25, 2014

Gadis Dirogol Sekumpulan Lelaki

Apa nak jadi dengan Malaysia. Ada suara jahil dan angkuh bertanya, "Jenayah dimana-mana, kau ingat kat negara maju tak ada jenayah? Bagitau aku negara mana tak ada maksiat dan jenayah?"

Memang betul, jenayah dan maksiat dimana-mana, tapi wajarkah kita membandingkan negara kita dengan negara kafir atau yg berpenduduk majoriti bukan Islam? Memanglah jenayah mereka tinggi, hatta membunuh diri pun makanan harian mereka.

Mengapa tidak kita bandingkan kadar jenayah dan maksiat negara kita dengan negara majoriti Islam serta mengamalkan hukum Islam? Yang mana kadar jenayah sangat rendah dan maksiat juga kurang?

PARIT BUNTAR - Seorang gadis berusia 13 tahun menempuh detik hitam apabila diculik dan dirogol empat lelaki di sebuah rumah kosong di Jalan Abdul Raof, di sini, ketika pergi ke kedai runcit pada 15 Januari lalu.

Rumah kosong di Jalan Abdul Raof, Parit Buntar yang didakwa menjadi lokasi seorang remaja perempuan diculik dan dirogol.

Ketika kejadian, remaja berkenaan dalam perjalanan ke sebuah kedai runcit yang terletak beberapa meter dari rumahnya. Kumpulan lelaki itu kemudian meninggalkan mangsa di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, mangsa ditemui rakannya tidak memakai selipar dan pakaiannya berlumpur sebelum dibawa balik ke rumah kakaknya.

“Mangsa pengsan sebaik sahaja tiba di rumah dan keluarganya membawa mangsa ke Hospital Parit Buntar. “Selepas sedar, remaja itu menceritakan telah dikejar empat lelaki ketika menuju ke sebuah kedai runcit pada kira-kira jam 7.50 malam, hari kejadian.

“Mangsa mendakwa diculik dan dibawa ke sebuah rumah kosong berhampiran premis cuci kereta dan dirogol kumpulan lelaki terbabit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, di sini. Mat Fauzi berkata, polis menerima laporan daripada kakak mangsa kira-kira jam 8 malam.

Menurutnya, siasatan polis di tempat kejadian menemui sekeping papan mempunyai kesan darah dan ia dihantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan.

“Hasil tinjauan polis di lokasi kejadian mendapati kawasan di situ agak semak, sunyi dan gelap. Rumah terdekat terletak pada jarak 20 meter,” katanya. Mat Fauzi berkata, seorang suspek dikenal pasti dan ditahan membantu siasatan kes itu.

“Suspek berumur 22 tahun ditahan dan merupakan penduduk tempatan,"katanya. Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan hukuman sebat. - sinarharian

Perginya Ulama Tuan Guru Dato Harun Taib....

Atas permintaan anak tuan guru encik hilmi harun, jadi saya padam gambar tuan guru didlm artikel ini. 26-Jan-14

Pergimu tak kembali. Setiap yg bernyawa pasti merasai mati, itu janji Allah yg pasti. Ribuan pasti menangisi akan pemergiaan seorang ulama yang disanjung tinggi. Hilanglah sebutir lagi permata berharga bagi umat Islam. Khususnya bagi umat Islam di Malaysia.
 "Al-Fatihah Untuk Al-Marhum Tuan Guru Dato Harun Taib.

Baru sekitar jam 11 30 mendapat kelegaan apabila dimaklumkan oleh saudara Hamdi, anak Tuan Guru Dato Dr Harun Din bahawa beliau semakin stabil di IJN pada saat ini. Beliau hanya perlukan rehat dan tidak dapat menerima mana2 tetamu.

Tidak sampai setengah jam kelegaan, satu berita mengejutkan daripada Ustaz Hamdi bahawa ayah beliau, iaitu Tuan Guru Dato Harun Taib telah ke rahmatullah sekitar jam 12 lebih. ...

Kedua2 Tuan Guru Harun mempunyai anak yang sama namanya, iaitu Hamdi. Dua Tuan Guru yang bagi saya banyak berjasa kepada masyarakat.

Semoga Tuan Guru Dato Harun Din semakin sihat dan semoga ruh Tuan Guru Dato Harun Taib mendapat rahmat dan nikmat di sisi Allah swt.

Amin!!!

- U Zaharudin Muhammad.
Ketua Penerangan DPPM." - harakahdaily.
Memikul amanah sebagai Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, bersama-sama rakan seperjuangan seperti Tuan Guru Dato Dr. Harun Din, kedua-duanya diuji dgn kesakitan. Pun begitu Tuan Guru Dato Dr. Harun Din dilaporkan semakin stabil. Berita sedih disampaikan bahawa Tuan Guru Dato Harun Taib pula telah kembali ke rahmatullah. 
Aku turut merasa kehilangannya biarpun aku cuma insan biasa yg penuh noda dan dosa. Allah SWT lebih menyayangimu. Dari Allah SWT kita datang dan kepada Allah jualah kita kembali.
Semoga Allah merahmati roh Tuan Guru dan ditempatkan bersama hamba-hambaNya yg beriman dan dikasihi, amin ya rabbal ala min. Takziah kepada keluarga Tuan Guru.....

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama.
Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain." (Riwayat Muslim)

January 24, 2014

RM433 Juta Tawaran Untuk Kahwini Lesbian

Jutawan dibawah Cecil Chao, 77 tahun (gambar tengah) telah menawarkan RM433 juta kepada mana-mana lelaki yang berjaya menawan hati anak perempuannya yg mengamalkan seks luar tabii iaitu lesbian sejak 9 tahun yg lalu.

Anak perempuannya, Gigi taring upss, mempermainkan nama orang pulak? berkasihan dengan teman lesbian nya Sean Eav. Memandangkan Hong Kong tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis maka, mereka hampir berkahwin di Perancis pada tahun 2012. Hampir? Jadi Berjaya kahwin ke tidak? Aku pun tidak tahu.

Sean Eav bersama Gigi
Gigi geraham bongsu bersama ayahnya Cecil Chao beberapa tahun yang lalu

Gambar baru Sean Eav dan Gigi

Sebelum ini, iaitu pada tahun lalu pakcik Cecil Chao menawarkan RM215 juta dan berjaya menarik minat 20,000 calon. Tapi semuanya tidak Berjaya menawan hati anak perempuannya ini. Gigi tetap setia menyayangi Sean Eav.

Berita penuh boleh baca disini - myMetro

Air Teh 'O' 30 Sen Termurah di Malaysia

"Hai...sekarang semuanya mahal! Nak makan kat luar pun berkira." "Sebab tu lah hari-hari aku bawa bekal, jimat pun jimat.' Keluh Faizal kepada rakannya. Maklumlah negara sedang dalam keadaan gawat, ekonomi yg semakin teruk, semua orang berlumba-lumba untuk berjimat. Masing-masing mengeluh harga barang mahal dan tak masuk akal.

"Untunglah kau orang rumah pandai dan rajin memasak untuk bekalkan kau." Balas Nazim."Aku ni bujang, nak masak pun malas. Tak macho lah bawak bekal" Sambung Nazim lagi. "Jadi, kau nak cakap aku ni tak macho lah? Dah kahwin bawak bekal pulak tu?" tempelak Faizal. Nazim ketawa dan menjawab "Tau pun kau."

"Tapi sesekali aku teringin jugak nak makan diluar, tapi kalau boleh gerai atau restoran yg murah." "Kalau mahal aku taknak." Luah Faizal.

 Gerai makcik Sinah di kg Losong Atap Zin, Kuala Terengganu - Gambar kredit myMetro

"Kalau macam tu jom ikut aku pergi makan kat kedai makan yg setiap hari aku pergi. Confirm kau suka." Ajak Nazim kepada Faizal."Kat mana?" Faizal kehairanan. "Adalah, jom ikut aku." Nazim cuba menyembunyikan rahsia.
"La...ini ke kedai makan yang kau nak ajak aku tadi?" Tanya Faizal sesampainya mereka di gerai Makcik Sinah Sulaiman, 64 tahun. "Ya" Jawab Nazim ringkas. "Ramainya orang." Faizal menarik kerusi. Kedai makcik Sinah Sulaiman ini terletak di Kg. Losong Atap Zin, Kuala Terengganu. Di penuhi pengunjung. Dan mesra pelanggan.

Selesai makan dan kekenyangan, mereka membayar dan berlalu dari kedai makan tersebut menuju pulang ke pejabat mereka. "Murah gila kedai makan makcik ni? Air teh O 30sen saja? Milo pun Seringgit?" Faizal mengomel. "Aku macam tak percaya meehun goreng 70 sen, karipap 4 biji seringgit, nasi berlauk RM2, nasi lemak RM1, ishh..macam-macam lagilah murah." Faizal mengomel kagum dan seperti tak percaya dengan perut kekenyangan.

"Tak sangka masih wujud lagi kedai makan murah macam ni, terasa macam lepas zaman jepun pulak." Sambung Faizal lagi. Nazim ketawa mendengar omelan sahabatnya itu. "Ohh...patutlah kau tak pernah mengeluh walaupun hari-hari makan kat luar, rupanya ada kedai makan baik punya." Faizal merungut.

 credit pic: bebudakboss.blogspot

"Kalau macam ni aku pun boleh makan kat luar hari-hari. Tak payah susahkan isteri aku masak dan sediakan bekal untuk aku pagi-pagi. Dia pun nak pergi kerja dan terkejar-kejar dengan anak-anak lagi." Ucap Faizal bersungguh-sungguh. "Kesian ayang aku terkejar-kejar nak sediakan bekal untuk aku." - "Eh, over plak mamat ni." Bisik hati Nazim.

"Kau pun tak pernah tanya, aku pun malas nak cerita. Kau pun tahu kan aku ni bukan jenis banyak cakap." Jawan Nazim tersengih macam kerang busuk. "Lepas ni kita keluar makan sama-samalah di kedai makcik Sinah tu. Jimat pun jimat." Kata Faizal sesampainya mereka di pejabat Muzium Negeri Pasir Berdengung. Nazim mengganguk tersenyum. "Ok, bro aku tau kau mesti suka kedai makan murah macam ni. Satu Malaysia pun suka."

Kedai makcik Sinah ini letaknya berdekatan Muzium Negeri dan berada di luar bandar tetapi sering dikunjungi ramai pelanggan termasuk pekerja kerajaan dan swasta. Malah pelancong dan orang luar turut datang ke kedai makan ini.

Bagi makcik Sinah, ibu tunggal kepada 5 anak ini apa yg penting ialah keberkatan, keuntungan itu bukan keutamaan. Nah, memang keberkatanlah yg Allah berikan kepada makcik sekeluarga. Rezeki yg tidak putus-putus dan disukai ramai.

credit kosmo

Kedai makan ini diusahakan olehnya bersama arwah suami sejak 20 tahun yg lalu. Kalau anda ke Kuala Terengganu boleh la singgah di kedai makan ini, aku pun kalau berpeluang Insyaallah teringin untuk menjejakan kaki di kedai makan makcik ini.

Nota: Watak Faizal, Nazim dan dialog di atas adalah rekaan aku semata-mata.

Gadis 14 Tahun Tikam Adik 11 Tahun 40 Kali

Mangsa pembunuhan kejam keluarga sendiri

Gadis di dalam gambar ini berusia 11 tahun, dari Mundelein, Chicago telah dibunuh oleh kakaknya sendiri remaja berumur 14 tahun, dengan menikam anggota badan adiknya ini sebanyak 40 kali termasuk leher dan dada, kerana adiknya ini tidak bersyukur dan menghargai segala apa yg dilakukan oleh kakaknya.

Laporan Awal Tiada Kesan Penderaan Seksual

Lewat aku tidur mlm ni...maklumlah suami pun masih belum pulang kesini. (Pulang? apa ke skima betul ayat aku ni, dah mengalahkan penulis novel) Jadi aku lepak depan laptop. Lepas post artikel ni aku tidur lah, dah mengantuk.

Masih berkisar tentang kisah adik Norsyafiqah Abdullah. Menurut laporan polis, hasil bedah siasat setakat ini tidak menunjukkan anak ini dirogol mahupun diliwat. Kalau benar, syukur. Kurang dua penyiksaan terhadap anak ini. Polis juga meminta agar media tidak menyebarkan berita tanpa merujuk terlebih dahulu kepada pihak berkuasa.

Ada benarnya, aku menonton berita di televisyen. Jika apa yg ditonton itu tidak benar, maka aku pun turut berkongsi info yg tidak benar. Apa pun aku doakan smoga penjenayah ini segera menerima balasan yg setimpal atas perbuatannya.

Laporan akhbar sinarharian

KUALA TERENGGANU - Laporan awal bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak berusia dua tahun yang ditemui mati dibunuh di sebuah rumah kosong di Taman Permint, Seberang Paka Dungun tidak menunjukkan kesan penderaan seksual pada mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten, Komisioner K Manoharan berkata, hasil laporan awal bedah siasat yang dijalankan tidak menunjukkan mangsa dirogol mahupun diliwat.

Bagaimanapun laporan itu belum muktamad dan polis masih menunggu laporan lanjut daripada bahagian Toksikologi bagi mengetahui punca sebenar kematian kanak-kanak itu, katanya pada sidang media di sini hari ini.

Selasa lepas mayat kanak-kanak perempuan itu ditemui seorang pengawal keselamatan yang melakukan rondaan di kawasan perumahan baharu itu kira-kira 3.30 petang selepas terlihat pintu utama rumah berkenaan terbuka serta terhidu bau busuk.

Curiga dengan bau itu pengawal keselamatan itu masuk ke dalam rumah berkenaan dan menemui mayat kanak-kanak itu dalam keadaan terbaring di bilik air.

Ekoran daripada itu polis memberkas empat suspek termasuk ibu mangsa bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu Manoharan berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mangsa mengalami penderaan seksual seperti yang dilaporkan media.

Beliau berharap orang ramai tidak membuat spekulasi berhubung kes ini sehingga siasatan selesai dan pihak media harus mendapatkan maklumat yang sahih daripada polis. - Bernama

January 23, 2014

Ramai Membujang Kerana Hantaran Mahal

Benarkah? Jawapannya ada pada pembaca2 yg masih bujang. Tidak kira wanita atau lelaki. Tidak dinafikan, inilah antara faktor mengapa ramai yg masih membujang walaupun sudah lewat usia. Masalah hantaran dan belanja yg sangat tinggi membantutkan proses pernikahan yang mudah.

Ramai keluarga yg mengenakan hantaran yg mahal dan cekik darah kepada bakal menantu lelaki, 'lulusan u' katanya, atau 'anak perempuan lawa'. Biarpun disudut agama belum tentu anaknya 'lulus', ibu-bapa tanpa segan-silu meletakkan hantaran yg sangat tinggi. Yg penting majlis mestilah meriah dan gah. Soal agama, bukan keutamaan.


Selain itu banyak lagi faktor lain yg menyebabkan ramai membujang. Ada yg mempunyai wang dan ekonomi yg kukuh tapi masih belum bertemu jodoh. Jodoh pertemuan adalah ketentuan Allah, berdoalah agar bertemu jodoh yg baik dan dapat membimbing kita ke jalan Allah.

Sebaik-baik wanita ialah yg rendah maharnya, murah belanjanya, cepat bertemu jodoh, dan berkat perkahwinannya.

Malaysia Mengalami Perubahan Suhu Sejuk

Patutlah sana-sini mengomel sejuk, termasuk aku. Rupanya memang betul² sejuk? Dirumah emak menggigil kesejukkan selepas mandi, aku ketawa tengok mak aku kesejukkan. Sebenarnya aku pun tak tahan bila kena air, rasa sejuk tu tak macam selalu.

Kawan di office pun cakap sejuk, dia ingatkan demam. Bila berborak dengan aku baru dia sedar yg bukan hanya dia seorang yg rasa perubahan suhu tu. Kebetulan pula ada beberapa orang kawan di fb aku yg naik 'status' sejuk di negeri masing². Jadi, aku tidaklah terkejut sangat bila kesejukkan ditimpa air pili di rumah. Kesimpulannya, merata² negeri di Malaysia sekarang mengalami perubahan suhu sejuk. Biasa suhu panas.

Sumber: jabatan Meteorologi Malaysia

Tadi aku berbual dgn suami tersayang (eh..eh, awk sorang saja 'tersayang' suami?) dia cakap sekarang kat Sabah pun sejuk..dia masih bersweater di siang hari ni. Nak mandi pun tak tahan sejuk. Nampaknya Malaysia dah jadi seperti Tanah Tinggi macam Cameron Highland, Genting Highland, dan Kundasang Sabah? 

Dibawah aku kongsikan Video Salji yg melanda Utara Indonesia, perkara ini terjadi dibulan August 2013 yg lalu. Ini sesuatu yg luar biasa, dan tidak mustahil terjadi di mana². Kalau teman pembaca masih ingat aku pernah pos artikel Vietnam dan Mesir dilanda Salji hujung tahun lalu....ajaib kan.

Tapi aku ada terbaca, Indonesia ni bukan salji, tapi debu gunung berapi. Tak tahu kesahihannya. Vietnam, Laos, China, dan Mesir tu memang betul² salji............itu bukan debu gunung berapi ya.

Ditiduri Suami yg Telah Meninggal

Soalan:

Ini kisah benar yang menimpa saya dan amat merunsingkan. Kami baru berkahwin dan masih berbulan madu, suami saya meninggal dunia kerana kemalangan jalan, saya reda. Dalam kesedihan saya bermimpi suami saya datang kepada saya seperti sebelum pemergiannya, kami gembira dan tidur bersama dengan bahagia.

Selang beberapa malam di antara terlena dengan tidak, saya merasakan suami berada di samping saya, bermadu kasih dengan saya. Kemudian melarat sehingga saya benar-benar yakin, suami meniduri saya. Apakah sebe­narnya, apakah rohnya boleh balik melayan saya. Apa yang harus saya lakukan, saya benar-benar runsing sekarang.

ZAHARAH
Labis, Johor

Jawapan:

Saya sudah menjelaskan dalam beberapa soalan sebelum ini. Tetapi elok juga saya pertegaskan lagi bahawa, orang yang telah meninggal dunia, roh mereka berada dalam alam kubur hingga ke suatu masa yang terpulang kepada Allah menentukannya.


Ada yang diseksa dalam kubur dan ada yang berbahagia. Selepas itu mereka akan di tempatkan ke alam barzakh sehingga ke hari Kiamat.
Firman Allah (Al-Mukminuun:100)

Agar aku berbuat amal yang saleh terhadap yang telah aku tinggalkan. sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah Perkataan yang diucapkannya saja. dan di hadapan mereka ada dinding sampal hari mereka dibangkitkan

Maksudnya selepas kematian mereka akan berada di alam barzakh (yang mereka akan tinggal tetap di dalamnya) sehingga pada hari mereka akan dibangkitkan semula

Dalam Tafsir Al-Qurtubi pada juzuk 18 halaman 56, dalam tafsiran ayat tersebut, bahawa selepas kematian, roh manusia masuk ke alam barzakh, mereka berada di dalamnya. Alam itu tertutup atau terdinding, tersekat daripada mereka kembali ke alam dunia hingga mereka kembali pada Hari Akhirat.

Ertinya, roh orang-orang yang mati, tidak boleh kembali ke alam dunia. Logiknya, kalau orang yang sudah mati, kembali seperti dalam bentuk yang saudari tanyakan tadi, maka mengapa orang yang mati dibunuh dengan zalim, diseksa musuh yang tidak berperikemanusiaan, dirogol dan sebagainya, mengapa mereka tidak balik semula untuk mencari orang yang menganiaya mereka dan membalas perbuatan kejam mereka?

Ini tidak pernah berlaku, kerana hakikatnya orang yang telah mati sudah berada di alam yang ‘terdinding’ dan tidak boleh kembali. Oleh itu persoalan yang ditanyakan tadi, dan hukum syaraknya ia bukan roh suami yang telah mati.

Ia bukan roh, bukan suami, besar kemungkinan ia adalah makhluk halus yang disebut sebagai Qareen. Qareen memang wujud, asalnya ia sebagai bayang-bayang, atau duplikasi daripada suami puan. Apabila suami telah kembali ke alam baqa’, maka makhluk tadi dengan izin Allah, dia boleh menyerupai sebagai suami untuk melakukan apa yang telah berlaku.


Oleh kerana ia bukan suami anda, tetapi makhluk halus, maka jangan sesekali melayaninya, jangan beri ruang kepadanya melakukan sesuatu yang tidak baik kepada anda, lindungilah diri anda dengan ayat-ayat al-Quran dan pesanan-pesanan daripada hadis-hadis Rasulullah.

Antaranya banyak membaca dua surah terakhir daripada al-Quran, ayatul Kursi sebanyak yang mungkin, membaca Surah Al-Baqarah hingga akhir, atau membaca Khawateem Al-Baqarah (ayat 184, 185 dan 186).

Sebaik-baiknya sebelum tidur, saudari membaca 11 ayat dari Surah Al-Baqarah, iaitu ayat 1, 2, 3, 4, 5 dan 255, 256, 257 dan 284, 285 serta 286). Boleh juga membaca Surah Yaasin atau mana-mana surah, dengan memohon pertolongan Allah SWT agar perkara sebegini tidak berlaku lagi.
Wallahu a’lam

(Petikan dari ruangan bersama Dato’ Dr. Haron Din – Harakah 1-15 April 2007

Sumber : feryco.com

January 22, 2014

Budak Dua Tahun Dibunuh, Selepas Dirogol & Liwat

Adik Nursyafiqah Abdullah Diliwat dan Dirogol Sebelum dibunuh.

Ya Allah, sedih dan pedihnya hati ini mendengar berita malam ini di TV9 sebentar tadi. Bagaimana seorang anak kecil yg tidak berdosa ini sanggup diperlakukan sedemikian rupa? Rogol, liwat dan bunuh. Hampir menitis air mataku. Sebak terasa didada ini. Marah, kecewa, dan sakit hati. Syaitan apakah yg merasuk manusia penjenayah itu?

Nursyafikah Abdullah

Siang tadi, kita dikejutkan dengan berita penemuan mayat budak dua tahun yang dibunuh kejam, dipercayai di rogol sebelum dibunuh disebuah rumah kosong di Dungun, Terengganu.

Berumur dua tahun, dia hanya sebaya anak buah kesayanganku Ailyn, anak kakakku. Comel, petah, berlari2 bermain itulah perangai diusia mereka. Apa yg anak sekecil ini tahu? Berita tv9 melaporkan polis telah menahan 4 orang suspek yg di syaki terlibat dalam pembunuhan anak kecil ini, termasuk ibu mangsa. Dan lelaki yg disyaki merogol, meliwat, dan membunuh itu adalah teman lelaki ibunya.

Nursyafikah Abdullah

Menurut polis lagi ketika di tahan, ke empat2 mereka berada dalam keadaan khayal akibat pengaruh dadah. Ayah kanak2 ini pula masih berada di dalam penjara kerana kesalahan dadah.

Aku tahu bukan aku seorang yg merasa marah dan kecewa. Sedih dan pedih mencengkam hati. Betapa jahatnya manusia? Apa yg diharapkan dari seorang penagih dadah? Sedangkan darah-daging sendiri hatta ibu-bapa mereka sendiri sanggup dibunuh demi dadah. Inikan pula darah-daging orang lain.

3 antara 4 suspek yg dlm keadaan pengaruh dadah masih ditahan dan disiasat oleh polis

Ya Allah...Engkau lebih menyayangi anak kecil ini. Sesungguhnya Engkau Maha Penyayang lagi Maha Mengasihi. Insyaallah, disana jauh lebih baik, nikmat, indah, dan bahagia buat anak ini walaupun cara pemergianmu amat mengguris hati2 kami wahai anak kecil................

Ayam Berkaki Empat

ZAIDI Hashim, 48, (kiri) menunjukkan ayam berkaki empat kepunyaannya di Taman Pisang Emas, Gadek, Alor Gajah. (Melaka)

FOTO Nor Shafinaz Sari

Budak Perempuan 2 Tahun Dibunuh Kejam

Ya Allah. Manusia atau syaitan yg melakukan perbuatan terkutuk ini? Sedihnya. Semoga penjenayah ini akan segera diberkas, dan takziah kpd ibu-bapa dan keluarga kanak² ini. Allah lebih menyayanginya.....

DUNGUN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui mati dipercayai dibunuh di sebuah rumah kosong di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, di sini hari ini.

Penjenayah Kolar Putih Ditembak di China

KEKUATAN EKONOMI CHINA BANGKIT SETELAH TUMPAS RATUSAN KORUPTOR. Republik Rakyat China kini semakin mengkhawatirkan posisi Amerika Serikat (AS) dalam persaingan ekonomi global dan juga kekuatan militernya. 

Ekonomi China bangkit setelah negara berpenduduk 1,2 milyar jiwa itu berhasil menumpas ratusan koruptor yang telah menggerogoti keuangan negara hanya dalam beberapa tahun. 

January 21, 2014

Suami Ketagih WhatsApp, Isteri Diabaikan

Islam tidak mengajar kita begini. Seorang mukmin bukanlah yg mengabaikan tanggungjwbnya terhadap isteri dan keluarga. Tidak menghabiskan masa dengan perkara yg lagho atau lalai mahupun tidak bermanfaat.

Tahu membahagikan masa sebaik mungkin untuk tujuan ibadah dan kebaikkan. Serta menjadi seorang ketua keluarga yg baik, bertanggungjawab, soleh, serta memberi contoh teladan yg baik kepada isteri dan anak2.

Ketagihan dan Kelalaian.

Bila Suami Memasak.........

Alhamdulillah, suamiku pandai masak. Lebih pandai dari aku. Tapi aku lebih rajin. Perasan. Ok², sori aku terpuji diri sendiri dan suami aku pulak. Aku tahu suami u olss (mengada btol) lebih pandai dan lebih rajin masak. Nak² plak kalau bersuamikan "chef". Tapi bukan chef pun ramai yg pandai masak.............

Gambar di bawah adalah situasi apabila suami tak pandai memasak dan tidak faham kehendak isteri. Lawak kan. Ada ke suami mcm ni? Ada agaknya.



Teringat adik lelaki aku pernah masa di bulan puasa tanya aku nak kirim apa di bazar Ramadhan, aku cakap nak kirim 'puding gula hangus.' Yang lucu, adik aku pergi beli kuih goreng yg kelihatan mcm hangus² sedikit. Hahaa. Lawak betul...aku nak puding gula hangus, bukan kuih hangus.

Diganggu Enggan Telan Bebola Besi

Ish..ish....apa kena lah pakcik ni. Kesian anak menantunya ini. Ada kah patut dipaksa telan 100 biji bebola ikan besi? Siapa pun tak mahu. Lagi² penulis Milokaw ni, telan Pil Chi Kit Teck aun pun terkial², bergelas² air di minum baru berjaya telan pil tersebut. Itupun sikit². Bukan sekaligus. Ini kan pula bebola besi sebesar duit syiling 5 sen tu? Parah betul pakcik ni terpengaruh dgn ilmu mistik....anak-menantu yg menjadi mangsa......Bertabahlah encik Ramlan dan isteri.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kuala Lumpur: Akibat taasub ilmu mistik, seorang warga emas tergamak memaksa menantu lelakinya menelan 100 bebola besi yang setiap satu sebesar wang syiling lima sen kononnya supaya diri gagah dan hebat dalam seni mempertahankan diri.

RAMLAN bersama anaknya.

Menantu itu yang mahu dikenali sebagai Ramlan, 28, berkata, mentuanya mendakwa mempunyai kekuatan luar biasa selepas menelan 100 bebola besi beberapa tahun lalu.

Berikutan itu, katanya, ayah mentuanya yang berusia 60-an memaksanya berbuat demikian supaya kerja mereka sebagai penyelia keselamatan di tapak pembinaan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

“Ayah mahu saya mengikuti upacara ‘telan besi’ dikendalikan seorang bomoh warga Indonesia di Gombak, tapi saya tak mahu terbabit dengan ilmu karut itu.

“Akibatnya, saya dibuang kerja dan saya nekad membawa isteri serta anak keluar dari rumah mentua. Tapi, ayah semakin marah dan kini sering mengganggu kami,” katanya. - myMetro

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/21