January 26, 2014

"Abang...jomlah makan...."

"..nasi dah kaut ni." Pelawa Nina kepada suaminya. "Makanlah dulu." Jawab Johan tanpa menoleh kepada isterinya. Mata dan jarinya sibuk dengan handphone nya sambil berbaring dibilik rehat. Sekilas toleh pun tiada kepada isteri yang tercegat di pintu. Nina menarik nafas panjang.....seakan terkilan tidak dipedulikan. Dia berlalu menuju ke meja makan mendapatkan anak-anaknya yg sudah sedia menunggu di depan nasi dan lauk yg terhidang.

"Mana ayah, ibu?" Tanya Farhan yang berumur 7 tahun. Adiknya Farhani berumur 5 tahun tidak mempedulikan ibunya, dia masih tidak mengerti apa-apa. "Ayah ada kerja sayang.....kita makan dulu ya." Jawab Nina sambil tersenyum dan meletakkan lauk ke dalam pinggan anak-anaknya. Sedaya-upaya disembunyikan perasaannya agar anak-anaknya tidak melihat sebarang garis-garis kecewa diwajahnya.


Nampaknya hari ni macam selalu lah mereka hanya makan bertiga lagi walaupun hari cuti. Johan tak pernah mempedulikan mereka. Kalau hari berkerja, penat berkerja yang di jadikan alasan. Kalau hari cuti pula, tiada alasan tapi sentiasa marah-marah dan kasar tidak peduli kepada keluarga.

Bukan kali pertama suaminya bersikap begitu. Selalu. Johan lebih pentingkan handphone, dan laptopnya dari isteri dan anak-anaknya. Mungkin dia fikir kalau dia sakit demam, handphone, ipad dan laptopnya yang akan menjaganya?

Kisah di atas banyak berlaku didalam masyarakat kita mahupun dunia. Suami lebih mementingkan perkara lain dari isteri dan anak-anaknya yang merupakan tanggungjawab dan amanah dari Allah SWT. Dia lupa diakhirat nanti itulah antara perkara penting yg akan dipertangunggjawbkan kepadanya.

Kepada suami-suami diluar sana, hargailah isteri dan anak-anak anda. Usahlah lalai dan leka dalam dunia khayalan cyber. Dunia cyber itu lebih banyak melalaikan anda dari mendatangkan manfaat jika terlebih 'mengadapnya.'

Kepada isteri-isteri pula....banyakkan bersabar. Cabaran alam rumahtangga itu memang besar. Mengemudi kapal tak semudah yang di sangka. Hanya usaha,doa, dan sabar saja yang mampu menyelamatkan bahtera yang dilayari.............

No comments: