January 20, 2014

Brunei Takut Laknat Allah

Tahniah Brunei yg akan melaksanakan hukum hudud bermula April 2014 ini. Semoga limpah kurnia rahmat dan keberkatan dari Allah SWT terlimpahkn buat seluruh Brunei. Belum pun hudud di laksanakan, 50 peratus kes jenayah menurun. Manusia sudah merasa gerun. Apatah lagi apabila dilaksanakan kelak.

Tak hairanlah di Mekah, atau negara² yg melaksanakan hudud hanya menutup kedai dengan kain ketika azan, kerana mahu menunaikan solat. Nak mencuri? Siapa yg sanggup dipotong jari atau tangan mereka?


Ustaz Harun Din menceritakan pengalaman beliau ketika ke Brunei, beliau diberitahu oleh kerajaan Brunei tentang penemuan enam telaga minyak baru yg Insyaallah mampu bertahan selama 600 tahun, tidak lama selepas pengunguman akan melaksanakan hudud dibuat. Syukur, itulah rahmat dari Allah...ditambah dan dimurahkan lagi rezeki kerana mahu melaksanakan perintahNya.


Keratan akhbar ini jawapan mufti Brunei apabila ada menteri Brunei yg mencadangkan supaya arak dibenarkan kepada pelancong bukan Islam di Brunei. Jawapan yang bijak dan tepat.

No comments: