January 21, 2014

Diganggu Enggan Telan Bebola Besi

Ish..ish....apa kena lah pakcik ni. Kesian anak menantunya ini. Ada kah patut dipaksa telan 100 biji bebola ikan besi? Siapa pun tak mahu. Lagi² penulis Milokaw ni, telan Pil Chi Kit Teck aun pun terkial², bergelas² air di minum baru berjaya telan pil tersebut. Itupun sikit². Bukan sekaligus. Ini kan pula bebola besi sebesar duit syiling 5 sen tu? Parah betul pakcik ni terpengaruh dgn ilmu mistik....anak-menantu yg menjadi mangsa......Bertabahlah encik Ramlan dan isteri.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kuala Lumpur: Akibat taasub ilmu mistik, seorang warga emas tergamak memaksa menantu lelakinya menelan 100 bebola besi yang setiap satu sebesar wang syiling lima sen kononnya supaya diri gagah dan hebat dalam seni mempertahankan diri.

RAMLAN bersama anaknya.

Menantu itu yang mahu dikenali sebagai Ramlan, 28, berkata, mentuanya mendakwa mempunyai kekuatan luar biasa selepas menelan 100 bebola besi beberapa tahun lalu.

Berikutan itu, katanya, ayah mentuanya yang berusia 60-an memaksanya berbuat demikian supaya kerja mereka sebagai penyelia keselamatan di tapak pembinaan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

“Ayah mahu saya mengikuti upacara ‘telan besi’ dikendalikan seorang bomoh warga Indonesia di Gombak, tapi saya tak mahu terbabit dengan ilmu karut itu.

“Akibatnya, saya dibuang kerja dan saya nekad membawa isteri serta anak keluar dari rumah mentua. Tapi, ayah semakin marah dan kini sering mengganggu kami,” katanya. - myMetro

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/21

No comments: