January 08, 2014

Wanita Lumur Cili Kemaluan Anak Tirinya

Ramai yg marah dan menyumpah-seranah perbuatan wanita yg tidak berperikemanusiaan ini melumur cili pada kemaluan anak tirinya (berita bawah). Aku pun rasa marah. Rasa nak saja tengok muka perempuan ni dan bersama² org ramai tolong sumbat cili kat dia pulak, biar dia rasa kan camana panas, pedih, sakit, bisa dan sakit hatinya. Perempuan macam ni memang selayaknya di campak ke dlm loji kumbahan najis.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KAJANG - Polis menahan seorang wanita berusia 31 tahun kerana disyaki mendera anak tirinya dengan melumurkan cili padi pada kemaluan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun itu di rumah mereka di Bandar Taman Tasik Kasuma, Semenyih dekat sini, Sabtu lalu.

Gambar hiasan - crazy woman

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, wanita itu ditahan pada kira-kira 4 petang di rumahnya selepas mangsa mengadu kepada ibu saudaranya mengenai perkara itu. Ibu saudara mangsa yang tinggal berdekatan rumah mangsa, kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kajang.

“Selain itu, wanita terbabit turut menyumbat cili dalam mulut mangsa. Terdapat beberapa kesan parut pada tubuh mangsa, yang dipercayai didera oleh suspek menggunakan sudu panas, sejak tahun lalu.

"Ketika kejadian, adik tiri dan nenek mangsa turut menyaksikan kejadian namun disebabkan usia nenek yang uzur, dia hanya mampu melihat sahaja tanpa mampu berbuat apa-apa,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, semalam.

Mangsa yang dalam keadaan trauma, kini dirawat di Hospital Kajang manakala suspek ditahan reman untuk membantu siasatan. Polis masih belum menemui bapa kandung mangsa untuk membantu siasatan. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak.

No comments: