January 21, 2014

Jalan Kaki 40km ke Hospital

40km? Bukannya dekat. Jauh. 2km pun aku tak sanggup nak jalan, kecuali terpaksa. Pakcik ni sanggup berjalan sejauh itu demi untuk berjimat-cermat kerana faktor kewangan. Kalau lah pakcik ini dan keluarganya berkemampuan sudah tentu dia akan menaiki kereta, atau setidak²nya motor.

Simpati pada nasib pakcik ini sekeluarga. Hakikatnya mereka bukanlah satu²nya rakyat yg miskin dan susah di Malaysia, tetapi ramai yg senasib dgn mereka malah lebih teruk.


Malang sekali. Selepas 56 tahun merdeka, walaupun negara kaya dgn hasil balak, emas, minyak, getah, dan berbagai lagi hasil sumber ekonomi namun rakyat masih ditimpa kemiskinan dan kemelaratan yg teruk.

Teringat kata² ulama mashur, Imam al-Ghazali ; 'Apabila sesebuah negara itu di pimpin oleh pemimpin yg jahil, maka rakyat akan melarat miskin. Kerana hasil kekayaan negara tersebut akan di rompak oleh pemimpin jahil tersebut.'

No comments: