January 24, 2014

Air Teh 'O' 30 Sen Termurah di Malaysia

"Hai...sekarang semuanya mahal! Nak makan kat luar pun berkira." "Sebab tu lah hari-hari aku bawa bekal, jimat pun jimat.' Keluh Faizal kepada rakannya. Maklumlah negara sedang dalam keadaan gawat, ekonomi yg semakin teruk, semua orang berlumba-lumba untuk berjimat. Masing-masing mengeluh harga barang mahal dan tak masuk akal.

"Untunglah kau orang rumah pandai dan rajin memasak untuk bekalkan kau." Balas Nazim."Aku ni bujang, nak masak pun malas. Tak macho lah bawak bekal" Sambung Nazim lagi. "Jadi, kau nak cakap aku ni tak macho lah? Dah kahwin bawak bekal pulak tu?" tempelak Faizal. Nazim ketawa dan menjawab "Tau pun kau."

"Tapi sesekali aku teringin jugak nak makan diluar, tapi kalau boleh gerai atau restoran yg murah." "Kalau mahal aku taknak." Luah Faizal.

 Gerai makcik Sinah di kg Losong Atap Zin, Kuala Terengganu - Gambar kredit myMetro

"Kalau macam tu jom ikut aku pergi makan kat kedai makan yg setiap hari aku pergi. Confirm kau suka." Ajak Nazim kepada Faizal."Kat mana?" Faizal kehairanan. "Adalah, jom ikut aku." Nazim cuba menyembunyikan rahsia.
"La...ini ke kedai makan yang kau nak ajak aku tadi?" Tanya Faizal sesampainya mereka di gerai Makcik Sinah Sulaiman, 64 tahun. "Ya" Jawab Nazim ringkas. "Ramainya orang." Faizal menarik kerusi. Kedai makcik Sinah Sulaiman ini terletak di Kg. Losong Atap Zin, Kuala Terengganu. Di penuhi pengunjung. Dan mesra pelanggan.

Selesai makan dan kekenyangan, mereka membayar dan berlalu dari kedai makan tersebut menuju pulang ke pejabat mereka. "Murah gila kedai makan makcik ni? Air teh O 30sen saja? Milo pun Seringgit?" Faizal mengomel. "Aku macam tak percaya meehun goreng 70 sen, karipap 4 biji seringgit, nasi berlauk RM2, nasi lemak RM1, ishh..macam-macam lagilah murah." Faizal mengomel kagum dan seperti tak percaya dengan perut kekenyangan.

"Tak sangka masih wujud lagi kedai makan murah macam ni, terasa macam lepas zaman jepun pulak." Sambung Faizal lagi. Nazim ketawa mendengar omelan sahabatnya itu. "Ohh...patutlah kau tak pernah mengeluh walaupun hari-hari makan kat luar, rupanya ada kedai makan baik punya." Faizal merungut.

 credit pic: bebudakboss.blogspot

"Kalau macam ni aku pun boleh makan kat luar hari-hari. Tak payah susahkan isteri aku masak dan sediakan bekal untuk aku pagi-pagi. Dia pun nak pergi kerja dan terkejar-kejar dengan anak-anak lagi." Ucap Faizal bersungguh-sungguh. "Kesian ayang aku terkejar-kejar nak sediakan bekal untuk aku." - "Eh, over plak mamat ni." Bisik hati Nazim.

"Kau pun tak pernah tanya, aku pun malas nak cerita. Kau pun tahu kan aku ni bukan jenis banyak cakap." Jawan Nazim tersengih macam kerang busuk. "Lepas ni kita keluar makan sama-samalah di kedai makcik Sinah tu. Jimat pun jimat." Kata Faizal sesampainya mereka di pejabat Muzium Negeri Pasir Berdengung. Nazim mengganguk tersenyum. "Ok, bro aku tau kau mesti suka kedai makan murah macam ni. Satu Malaysia pun suka."

Kedai makcik Sinah ini letaknya berdekatan Muzium Negeri dan berada di luar bandar tetapi sering dikunjungi ramai pelanggan termasuk pekerja kerajaan dan swasta. Malah pelancong dan orang luar turut datang ke kedai makan ini.

Bagi makcik Sinah, ibu tunggal kepada 5 anak ini apa yg penting ialah keberkatan, keuntungan itu bukan keutamaan. Nah, memang keberkatanlah yg Allah berikan kepada makcik sekeluarga. Rezeki yg tidak putus-putus dan disukai ramai.

credit kosmo

Kedai makan ini diusahakan olehnya bersama arwah suami sejak 20 tahun yg lalu. Kalau anda ke Kuala Terengganu boleh la singgah di kedai makan ini, aku pun kalau berpeluang Insyaallah teringin untuk menjejakan kaki di kedai makan makcik ini.

Nota: Watak Faizal, Nazim dan dialog di atas adalah rekaan aku semata-mata.

No comments: