January 24, 2014

Laporan Awal Tiada Kesan Penderaan Seksual

Lewat aku tidur mlm ni...maklumlah suami pun masih belum pulang kesini. (Pulang? apa ke skima betul ayat aku ni, dah mengalahkan penulis novel) Jadi aku lepak depan laptop. Lepas post artikel ni aku tidur lah, dah mengantuk.

Masih berkisar tentang kisah adik Norsyafiqah Abdullah. Menurut laporan polis, hasil bedah siasat setakat ini tidak menunjukkan anak ini dirogol mahupun diliwat. Kalau benar, syukur. Kurang dua penyiksaan terhadap anak ini. Polis juga meminta agar media tidak menyebarkan berita tanpa merujuk terlebih dahulu kepada pihak berkuasa.

Ada benarnya, aku menonton berita di televisyen. Jika apa yg ditonton itu tidak benar, maka aku pun turut berkongsi info yg tidak benar. Apa pun aku doakan smoga penjenayah ini segera menerima balasan yg setimpal atas perbuatannya.

Laporan akhbar sinarharian

KUALA TERENGGANU - Laporan awal bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak berusia dua tahun yang ditemui mati dibunuh di sebuah rumah kosong di Taman Permint, Seberang Paka Dungun tidak menunjukkan kesan penderaan seksual pada mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten, Komisioner K Manoharan berkata, hasil laporan awal bedah siasat yang dijalankan tidak menunjukkan mangsa dirogol mahupun diliwat.

Bagaimanapun laporan itu belum muktamad dan polis masih menunggu laporan lanjut daripada bahagian Toksikologi bagi mengetahui punca sebenar kematian kanak-kanak itu, katanya pada sidang media di sini hari ini.

Selasa lepas mayat kanak-kanak perempuan itu ditemui seorang pengawal keselamatan yang melakukan rondaan di kawasan perumahan baharu itu kira-kira 3.30 petang selepas terlihat pintu utama rumah berkenaan terbuka serta terhidu bau busuk.

Curiga dengan bau itu pengawal keselamatan itu masuk ke dalam rumah berkenaan dan menemui mayat kanak-kanak itu dalam keadaan terbaring di bilik air.

Ekoran daripada itu polis memberkas empat suspek termasuk ibu mangsa bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu Manoharan berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mangsa mengalami penderaan seksual seperti yang dilaporkan media.

Beliau berharap orang ramai tidak membuat spekulasi berhubung kes ini sehingga siasatan selesai dan pihak media harus mendapatkan maklumat yang sahih daripada polis. - Bernama

No comments: