January 29, 2014

Malu Seksi Depan Suami

Pernah satu ketika aku membaca topik "baju tidur seksi" yang dibualkan oleh isteri-isteri disebuah forum mengenai baju tidur malam yang dikenakan mereka. Bermacam komen dan pendapat yg dikeluarkan. Rata-rata berkongsi pakaian jenis apakah yang dipakai oleh mereka diwaktu malam, dan pakaian apakah yang suami mereka suka.

Aku tak join the group, sebab masa tu kalau nak menyampuk pun aku masih belum kahwin. Lagipun, kalau dah kahwin pun takkan nak cerita kat orang aku pakai baju apa diwaktu malam? Malulah aku. Tebal muka. Lain orang lain pendapat.

Namun dalam banyak-banyak komen dan cerita yang dikongsikan tersebut, aku tertarik satu komen dari seorang isteri ini. Katanya, apabila berkahwin dia mula mengenakan pakaian yang seksi kerana mahu menggoda suami dan menyedapkan mata suami memandang.

Gambar toilet ni aku ambil ketika berjalan di sebuah pasaraya di bandar Hat Yai.

Namun suatu malam ketika baru mengenakan sehelai baju tidur yang seksi, suaminya mengusiknya dan mengatakan dia kelihatan sangat seksi. Ketika itu isteri tersebut merasa sangat malu bila ditegur suaminya. Aku hairan. Apa yang nak dimalukan? Betik Detik hati aku. Sejak dari peristiwa ditegur dan disusik oleh suaminya itu dia tidak lagi mengenakan baju tidur seksi, kerana tak tahan rasa malu.

Dah lama berlalu barulah aku faham mengapa isteri tersebut rasa malu. Memang janggal bila kita dah biasa tidur seorang diri, kemudian tidur berteman dgn lelaki yg dulunya asing bagi kita. Memang janggal juga apabila berpakaian yg agak seksi dan menggoda dihadapan suami bila kita telah biasa menutup aurat diluar mahupun dirumah.

Tubuh kita hanya untuk tatapan diri kita sendiri, kemudian ditontonkan untuk suami yang dulunya orang asing. Memang sangat-sangat janggal. Apatah lagi bila diusik oleh suami yg agak nakal? Tentulah para isteri yg telah biasa bertutup itu akan merasa malu.............kecuali wanita yang dah biasa mendedahkan aurat, mereka takkan merasa apa-apa. Sudah hilang perasaan malu dan segan.

Didalam Islam, sifat malu itu sebahagian dari iman. Antara tanda tercabutnya iman adalah apabila hilang sifat malu. Rasulullah SAW juga sangat pemalu tetapi tegas. Didalam Islam, isteri adalah ladang suami. Suami berhak berbuat sesuka hati terhadap isterinya kecuali perkara yang diharamkan. Jadi, walaupun malu dan janggal kita kenalah membiasakan diri untuk memuaskan hati suami.....lama-lama kita akan rasa OK dan biasa. Asalkan tak melanggar batas-batas agama kita. :-)

No comments: