January 21, 2014

Nak Beli Ikan Pun Tak Mampu

Kita tak beli ikan bukan sebab tiada wang, tapi sebab kita kurang gemar makan ikan. Ada orang yang mahu makan ikan, tapi tidak cukup wang untuk membelinya. 'Lantaklah. Bukan masalah aku.' 'Lain kali belajar rajin², usaha lebih sikit. Baru hidup tu tak miskin.' 'Usaha malas, tahu nak senang saja.'

Itulah ucapan² manusia yg angkuh lagi sombong. Lupa Allah anugerahkan rezeki padanya. Lupa entah esok atau lusa Allah akan tarik kembali nikmat dan rezekinya. Kalaupun hari ini kamu tidak miskin, mungkin esok-lusa anak-cucu atau keturunan kamu pula yg akan ditimpa kemiskinan dan kehinaan. Nah, wajarkah kamu lafazkan bait ucapan yg sombong lagi angkuh itu?


'Tidak akan masuk syurga orang yg ada kesombongan didalam hatinya walaupun hanya seberat biji sawi.' Itu Peringatan dan nasihat dari Rasulullah SAW. Kasihani dan simpatilah pd golongan fakir-miskin.

Contohilah Rasulullah SAW yg melayani golongan fakir-miskin dgn baik, hormat, dan berhemah sekali.

No comments: