January 09, 2014

Nenek Hampir di Paksa Oral Seks

Kegilaan apakah ini?? Nenek setua ini pun menjadi mangsa nafsu kejahatan manusia? Memang tidak selamat lagi walau sesiapa dan dimana pun jua rakyat Malaysia berada. Tidak cukup dgn pendatang haram yg banyak menyumbang kes jenayah di negara ini, malah kita dihidangkan dgn berbagai kes jenayah setiap minit, jam, dan hari. Hinggakan tidak masuk akal jenayah tersebut. Inilah hasilnya bila negara di pimpin oleh pemimpin yg zalim dan jauh dari Islam.

"Apabila negara dipimpin oleh pemimpin yg zalim, maka tunggulah bala dan kehancuran dari Allah." Salah satu tanda kehancuran dan tiada keberkatan itu ialah banyaknya terjadi jenayah dan kerosakkan. Al-quran sudahpun  memberi peringatan kpd kita tentang ancaman ini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 Gambar hiasan duniawi

BERCHAM – Seorang nenek trauma dipaksa melakukan seks oral terhadap seorang lelaki dalam satu kejadian samun di sebuah kebun sayur di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa berusia 74 tahun bersendirian melakukan rutin harian memeriksa sayur-sayur ditanamnya.

Sinar Harian difahamkan, seorang lelaki berusia 20-an menghampiri mangsa dari arah belakang sebelum memulas tangan dan meragut rantai leher, merampas cincin emas serta anting-anting emas yang dipakainya.

Suspek turut merampas dompet berisi wang tunai RM250 yang disimpannya dalam poket baju mangsa. Suspek kemudiannya mengambil kesempatan membuka baju mangsa dan turut membuka seluarnya sebelum mengarahkan mangsa melakukan seks oral terhadapnya.

Mangsa bagaimanapun melawan dan berkeras tidak mahu melakukan aksi tidak senonoh itu. Tindakan mangsa yang terus cuba melawan berjaya menyelamatkannya apabila suspek mengambil keputusan melarikan diri dengan mengayuh basikal milik mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong mengesahkan kejadian itu dan disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan. - sinarharian

No comments: