January 25, 2014

Perginya Ulama Tuan Guru Dato Harun Taib....

Atas permintaan anak tuan guru encik hilmi harun, jadi saya padam gambar tuan guru didlm artikel ini. 26-Jan-14

Pergimu tak kembali. Setiap yg bernyawa pasti merasai mati, itu janji Allah yg pasti. Ribuan pasti menangisi akan pemergiaan seorang ulama yang disanjung tinggi. Hilanglah sebutir lagi permata berharga bagi umat Islam. Khususnya bagi umat Islam di Malaysia.
 "Al-Fatihah Untuk Al-Marhum Tuan Guru Dato Harun Taib.

Baru sekitar jam 11 30 mendapat kelegaan apabila dimaklumkan oleh saudara Hamdi, anak Tuan Guru Dato Dr Harun Din bahawa beliau semakin stabil di IJN pada saat ini. Beliau hanya perlukan rehat dan tidak dapat menerima mana2 tetamu.

Tidak sampai setengah jam kelegaan, satu berita mengejutkan daripada Ustaz Hamdi bahawa ayah beliau, iaitu Tuan Guru Dato Harun Taib telah ke rahmatullah sekitar jam 12 lebih. ...

Kedua2 Tuan Guru Harun mempunyai anak yang sama namanya, iaitu Hamdi. Dua Tuan Guru yang bagi saya banyak berjasa kepada masyarakat.

Semoga Tuan Guru Dato Harun Din semakin sihat dan semoga ruh Tuan Guru Dato Harun Taib mendapat rahmat dan nikmat di sisi Allah swt.

Amin!!!

- U Zaharudin Muhammad.
Ketua Penerangan DPPM." - harakahdaily.
Memikul amanah sebagai Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, bersama-sama rakan seperjuangan seperti Tuan Guru Dato Dr. Harun Din, kedua-duanya diuji dgn kesakitan. Pun begitu Tuan Guru Dato Dr. Harun Din dilaporkan semakin stabil. Berita sedih disampaikan bahawa Tuan Guru Dato Harun Taib pula telah kembali ke rahmatullah. 
Aku turut merasa kehilangannya biarpun aku cuma insan biasa yg penuh noda dan dosa. Allah SWT lebih menyayangimu. Dari Allah SWT kita datang dan kepada Allah jualah kita kembali.
Semoga Allah merahmati roh Tuan Guru dan ditempatkan bersama hamba-hambaNya yg beriman dan dikasihi, amin ya rabbal ala min. Takziah kepada keluarga Tuan Guru.....

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama.
Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain." (Riwayat Muslim)

No comments: