January 21, 2014

Suami Ketagih WhatsApp, Isteri Diabaikan

Islam tidak mengajar kita begini. Seorang mukmin bukanlah yg mengabaikan tanggungjwbnya terhadap isteri dan keluarga. Tidak menghabiskan masa dengan perkara yg lagho atau lalai mahupun tidak bermanfaat.

Tahu membahagikan masa sebaik mungkin untuk tujuan ibadah dan kebaikkan. Serta menjadi seorang ketua keluarga yg baik, bertanggungjawab, soleh, serta memberi contoh teladan yg baik kepada isteri dan anak2.

Ketagihan dan Kelalaian.

Inilah yg terjadi apabila kemajuan disalah-gunakan. Jangan salahkan orang lain ataupun teknologi, sebaliknya diri sendirilah yg mengawal sesuatu perkara. Kita sendiri mampu menilai apakah sesuatu perkara itu baik atau tidak.

Itulah gunanya akal yg Allah kurniakan kepada kita. Teknologi itu bermanfaat dan mendatangkan pahala dan syurga jika kita bijak menggunakannya. Mendapat dosa, bala serta laknat Allah jika disalah-gunakan.


No comments: