January 17, 2014

Tak Mahu Mandi 60 Tahun

Ish...ish. Apa kena dgn pakcik ni? Tak mandi 60 tahun? Cuba tak mandi 6 hari, apa akan jadi? 16 jam pun tak sanggup, ini kan pula 60 tahun. Tak mandi 6 jam tak apa lagi.....Mcm2 lah manusia ni kan.

Tapi tak mengapalah, pakcik Haji ni mengalami tekanan emosi. Kita yg waras ni jgn pulak buat mcm ni...habis berkematu, gatal2, dan membusuk tubuh-badan tu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


FARS - IRAN. Seorang lelaki warga Iran dipercayai tidak pernah mandi sejak 60 tahun lalu kerana percaya ‘kebersihan itu sebagai punca penyakit’.

Pakcik Haji kelihatan berkerak2 comot (dh mcm tanah)

Haji, 80, dari Dejgah, berang jika beliau terkena air. Keadaan itu menyebabkan kulitnya menyamai warna tanah dan berkerak.

Penduduk berkata, Haji lebih suka memakan daging landak busuk dan meminum 5 liter air sehari dari air takungan bekas karat.

“Dia mengisi rokok dengan najis haiwan,” katanya. Menurutnya lagi, Haji tinggal di ‘rumah’ dalam lubang tanah seperti kubur.

"Haji mengalami tekanan emosi hingga membuatkan dia memilih cara kehidupan seperti itu,” katanya yang dipetik TNews . - sinarharian

No comments: