March 31, 2014

Jalin Hubungan Sulit Dengan Anak Saudara Isteri

Luluh hati seorang wanita apabila ‘menangkap’ suaminya sedang tidur bersama anak saudaranya berusia 25 tahun dalam sebuah bilik di rumahnya di Bandar Baru Sentul, di sini, kelmarin.

Lebih menyedihkan apabila mangsa adalah individu yang menjaga dan membesarkan anak saudaranya itu sejak kecil selepas kehilangan ibu dan bapanya yang maut dalam nahas jalan raya.

Difahamkan, suami wanita itu sudah menjalin hubungan dengan anak saudara isterinya itu sejak lima tahun lalu, namun kejadian itu hanya disedarinya kira-kira jam 12 tengah malam, kelmarin.

Menurut isteri berkenaan yang mahu dikenali sebagai Tipah, 42, dia membesarkan anak saudaranya itu sejak berusia 15 tahun.


“Anak saudara saya itu menjadi yatim piatu pada 2003 selepas ibu dan bapanya maut dalam kemalangan jalan raya,” katanya.

Katanya, skandal suami dan anak saudaranya itu terbongkar selepas dia terjaga dari tidur apabila mendapati suami tiada di sisinya.

“Saya kemudian menjalankan periksaan dan mendapati suami serta anak saudara itu berpelukan di bilik sebelah,” katanya.

Menurutnya, susulan kejadian itu, dia mendesak anak saudaranya itu berterus terang mengenai hubungannya dengan suami dan akhirnya anak saudaranya itu mengaku menjalin hubungan sulit sejak lima tahun lalu.

“Bagi mengelak mereka meneruskan hubungan sulit itu, saya mencadangkan kepada suami untuk menghantar anak saudara saya itu ke rumah saudara lain tetapi dihalang.

“Akibatnya, saya pula dibelasah suami bagi menutup hubungan sulit mereka. Saya cedera di kaki dan kepala sebelum saya melarikan diri dari rumah bagi mengelak terus dibelasah suami,” katanya.

Berikutan kejadian itu, Tipah membuat laporan polis di Balai Polis Sentul.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan. Berhubung kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan. - kl-today.com

Tumbukan Suami Curang


Kuala Lumpur: Luluh hati seorang isteri apabila suaminya bukan saja tergamak membawa kekasih gelap ke rumah mereka di Jinjang, di sini, kelmarin malah selepas perbuatannya terbongkar, dia dibelasah lelaki itu.

Walaupun mengetahui isterinya yang berusia 21 tahun hamil enam bulan namun tanpa belas kasihan lelaki terbabit, 20-an, bertindak menumbuk dan menendang perut mangsa menyebabkan wanita terbabit mengerang kesakitan.

Tidak cukup dengan itu si suami turut menghalau isteri dari kediaman mereka menyebabkan mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Jinjang kerana bimbang keselamatannya.

Sumber berkata, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa pulang ke rumah mereka kira-kira jam 8.30 pagi selepas beberapa hari berada di rumah keluarganya dekat sini.


“Bagaimanapun sebaik tiba di rumah, suami tidak membenarkan dia masuk menyebabkan mangsa pelik malah lelaki terbabit berulang kali meminta dia pulang semula ke rumah keluarganya.

“Tindakan suaminya itu menyebabkan berlaku pertengkaran sebelum mangsa merempuh masuk ke dalam rumah menyebabkan lelaki berlari ke sebuah bilik dan mengunci pintu,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang mengesyaki sesuatu mengetuk pintu bilik beberapa kali sebelum lelaki terbabit membukanya tidak lama kemudian.

“Mangsa terkejut apabila melihat seorang wanita lain dan lebih menyedihkan suaminya mengaku menjalinkan hubungan dengan wanita terbabit.

“Akibatnya berlaku pertengkaran antara mereka sebelum lelaki itu bertindak ganas menumbuk muka isteri dan membelasahnya selama beberapa minit,” katanya.

Sumber berkata, suspek turut menendang perut mangsa menyebabkan dia mengerang kesakitan.

“Selepas membelasah mangsa, suspek menghalau isterinya dan tidak membenarkan dia pulang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/27 - myMetro

Sepetang di Pantai Morib, Selangor

Teringat kenangan aku pergi ke Pantai Morib, Selangor bersama keluargaku. Kami cuma pergi jalan-jalan dan makan saja. Penduduk Selangor kalau nak ke pantai yg berdekatan, sudah tentulah Pantai Morib yg menjadi pilihan. Sebab tak ada pilihan? Ada, Bagan Lalang pun cantik juga. Lagipun Morib tak jauh sangat, dalam area Banting, Selangor. Kalau nak ke PD pun tak jauh jugak.....tapi dah luar dari Selangor.

Beberapa kali juga aku kesini...nak kata cantik sangat, tidak juga. Tapi nak kata tak cantik langsung pun tak patut. Sebab cantiklah jugak. Dibawah ni gambar² ketika matahari terbenam....cantik kan? Tambah lagi menggunakan camera canggih aku..(terlalu canggih sebab tu kelabu sikit)..Maka inilah hasilnya. Nak gambar yg cantik dan 'lawa sangat' belilah camera ribu-riban. Gambar/muka tak cantik pun jadi cantik sebab kualiti gambar yg ada kelas, tak gitu? Tanya penulis kepada diri sendiri. (Penulis tu aku la)

Tak dipastikan siapakah yg menjadi model camera aku ni....antara pengunjung yg menikmati keindahan Pantai Morib.

    


Anak buah kesayanganku Ailyn

Benci - Dilema Suami Sombong

Kisah dibawah adalah luahan seorang isteri tentang sikap sombong suaminya di facebook KRT pada tahun 2012. Aku hanya copy-paste untuk tatapan pembaca dan diri aku sendiri. Bolehlah kita ambil kisah ini sebagai pengajaran buat diri kita. Bahasa dan ejaan tidak di ubah. Kesimpulan dari kisah ni, dptlah aku rumuskan ramai pasangan yg menderita akibat sikap atau perbuatan pasangan mereka. Aku doakan semoga isteri ini tabah dn dikurniakan keluarga yg sakinah....* Ramai yg komen di fb, dan simpati malah mengalami nasib yg sama.

_____________________

Salam,saya telah berkahwin setahun lebih. Makin lama saya makin benci dgn sikap suami. Suami seorg yg bertanggungjawb,tetapi perangai sombong dia hanya tuhan je yg tahu. Saya jd menyampah sgt2 dgn sikapnya yg smbong tu.

Suami sangat tak menghormati kedua ibu bapa saya. Saya amat risau apabila ibu bpa sy menyampaikan hasrat utk berkunjung kerumah.bukan saya tidak suka,tetapi saya sangat tak sanggup melihat suami saya melayan ibu bpa saya mcm sampah! Agak teruk kan?tapi itulah hakikatnya.



Saya tak sgup melihat kehampaan diraut wajah ibu bpa saya tiap kali berkunjung kerumah kami. Suami akan buat muka masam,tidak bertegur,dn kdg2 terus masuk blik dn tido,sdangkan mertua nya datang. Sy pun tak tahu apa yg dia sgt2 xpuas hati dgn ibu bpa saya. Suami sy ni pulak jenis panas bran,memang xda peluang la nak berbincang.

Kecuali masa bgaduh saya akan brtanyakan hal ini,jwapan yg suami beri ialah keluarga sy seolah2 xsukakan dia.dn mulut mak ayh sy mcm babi. Buat pgetahuan semua,sepanjg dia menjadi suami sy,keluarga sy amatlah sentiasa menjaga pertuturan apabila brckp dgn nya utk menjaga hatinya.ibu bpa dia jauh di smenanjung,ibu bpa saya lah yg byk membantu jika kmi d dlm kesusahan.

Penah sekali tu dia bwa sy dn anak mengkut dia outstation,rumah xda org nak jaga sbb kami pelihara kucing.so yg byk menolong ialah ibu bpa sy,hari2 diorang datang membersihkan rumah dn membuang najis2 kcing kesayangan suami saya,tapi suami sy tak pernah mghargai.

layan ibu bpa saya mcm tunggul.kdg2 sy rasa mcm balaci dia aja. Sakit sangat hati saya ni dgn sikap dia,sudah la panas bran,suka ugut2 becerai bila bgaduh . Sepak trajang pun dah mula dah skrg ni,penah masa sarat mengandung dlu dia sanggup biarkan saya pulang jalan kaki,dgn. cuaca panas terik,nak bwa perut yg sarat ni lg,dah la jauh jarak klinik dri rumah,alasan dia sbb lambat sgt gliran saya dn dia nak berehat sebab nak kerja pulak.

Itu sudah la,masa sarat mgandung dh byk kali saya terjatuh gara2 dia,nsibla tak ada apa2. Dah sampai masa dh besalin pulak,suami cabut lari tgl sy oleh krna mak sy ckp muka anak sy iras2 muka sy sikit2.Tu pun dia nk amik hati smpai tak dtg jenguk,bpa ape mcm tu. 


Dlm pantang pun dh buat hal,xnak sy pantang lama2 kt umh mak,2mggu je.smpai tak dtg jenguk sy bhari2. Anak sakit pun xamik tahu. Rumah ibubpa sy ckup susahla sy nak blik,nk bermalam pun xbleh. Kalau blik kg dia kt smenanjung tu duduk smpai bebulan2 sy xkisah,sy lyn keluarga dia dgn baik,tp bla keluarga sy dia buat mcm ni.

Sy makin benci dgn suami sndri. Suami sy ni duda. Sy pnh mengadu kpd mertua sy,tapi suami sy ni xmakan nasihat. Belagak,tmbah2 dpt jwatan bru yg bgus skrg ni,lg la dia smbong. Apa hkum suami yg mengecewakan mertua nya?

sy hrap dia dpt trima blasan ats apa yg dia buat pd keluarga sy,sblum kawin bukan main hormat lg,suami pnh mgaku bhawa dia memang pandai blakon. Teruk kan?saya dh tak tahu smpai bila nk bsabar

Musibah Demi Musibah

Dah lama aku tak menjengah dan mengarang di blog Milokaw ini. Nampak sangat kemalasan yg dasyat melandaku. Inipun tiada idea yang mahu dicoretkan tapi aku gagahkan diri jugak, supaya blog ini tidak terus kesepian tak berupdate.

Rutin aku mcm biasa. Kerja pun macam biasa. Alhamdulillah semuanya baik. Negara kita baru dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat kormesial MH370 yg sehingga kini masih diselubungi misteri dimanakah menghilang? Anak kapal bersama penumpang seramai 239 orang sehingga kini gagal dijejaki. Nak kata dirampas, tak siapa meminta tebusan. Nak kata terhempas, bangkai pun tak ditemukan.

 Gambar sekumpulan Helang yg aku ambil ketika bercuti di Penang

Pelbagai cerita, spekulasi, teori, malah tuduhan yang dilemparkan. Hakikatnya, hanya Allah Yang Maha Mengetahui kebenaran disebalik semua yang terjadi. Jika benar ini adalah angkara perbuatan manusia-manusia berhati syaitan, maka aku doakan semoga Allah memberikan balasan setimpal kepada si perlaku tersebut.

Takziah aku ucapkan kepada keluarga mangsa baik di Malaysia mahupun negara luar termasuk China. Kemarahan mereka itu berasas kerana jika kita ditempat mereka pun akan tertekan dan sedih bila informasi sentiasa berubah-ubah dan tidak tetap. Sekejap macam tu, sekejap macam ni. Pening. Sapa tak marah? Namun disaat ini kesabaran amat² sangat diperlukan.......semoga mereka terus diberi ketabahan dan kesabaran yg tinggi mengharungi ujian Allah SWT ini.


 Lagi gambar Helang dari atap rumah. Kenapa gambar burung helang ya? Entahlah, aku pun tak tahu. Layankan saja lah.

Dalam dunia sibuk berbicara tentang kehilangan pesawat tersebut, kerajaan Malaysia sempat lagi menganjurkan konsert maksiat Asia Music yang diadakan setiap tahun, bagai tak berkudis langsung musibah yang Allah turunkan terhadap pesawat MAS. Nah, dalam konsert maksiat tersebut enam orang penonton maut akibat dadah. Empat daripada mereka adalah anak-anak melayu. Tiga daripadanya adalah wanita melayu.

Kembalilah kepada fitrah kejadian kita, suci dan besih. Kembali kpd tali Allah. Hentikan segala salah-laku, mahupun maksiat. Adakah mahu menunggu mati baru mahu menyesal...........? Oh Malaysiaku. ~ Panjang jugak aku mengomel