March 31, 2014

Musibah Demi Musibah

Dah lama aku tak menjengah dan mengarang di blog Milokaw ini. Nampak sangat kemalasan yg dasyat melandaku. Inipun tiada idea yang mahu dicoretkan tapi aku gagahkan diri jugak, supaya blog ini tidak terus kesepian tak berupdate.

Rutin aku mcm biasa. Kerja pun macam biasa. Alhamdulillah semuanya baik. Negara kita baru dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat kormesial MH370 yg sehingga kini masih diselubungi misteri dimanakah menghilang? Anak kapal bersama penumpang seramai 239 orang sehingga kini gagal dijejaki. Nak kata dirampas, tak siapa meminta tebusan. Nak kata terhempas, bangkai pun tak ditemukan.

 Gambar sekumpulan Helang yg aku ambil ketika bercuti di Penang

Pelbagai cerita, spekulasi, teori, malah tuduhan yang dilemparkan. Hakikatnya, hanya Allah Yang Maha Mengetahui kebenaran disebalik semua yang terjadi. Jika benar ini adalah angkara perbuatan manusia-manusia berhati syaitan, maka aku doakan semoga Allah memberikan balasan setimpal kepada si perlaku tersebut.

Takziah aku ucapkan kepada keluarga mangsa baik di Malaysia mahupun negara luar termasuk China. Kemarahan mereka itu berasas kerana jika kita ditempat mereka pun akan tertekan dan sedih bila informasi sentiasa berubah-ubah dan tidak tetap. Sekejap macam tu, sekejap macam ni. Pening. Sapa tak marah? Namun disaat ini kesabaran amat² sangat diperlukan.......semoga mereka terus diberi ketabahan dan kesabaran yg tinggi mengharungi ujian Allah SWT ini.


 Lagi gambar Helang dari atap rumah. Kenapa gambar burung helang ya? Entahlah, aku pun tak tahu. Layankan saja lah.

Dalam dunia sibuk berbicara tentang kehilangan pesawat tersebut, kerajaan Malaysia sempat lagi menganjurkan konsert maksiat Asia Music yang diadakan setiap tahun, bagai tak berkudis langsung musibah yang Allah turunkan terhadap pesawat MAS. Nah, dalam konsert maksiat tersebut enam orang penonton maut akibat dadah. Empat daripada mereka adalah anak-anak melayu. Tiga daripadanya adalah wanita melayu.

Kembalilah kepada fitrah kejadian kita, suci dan besih. Kembali kpd tali Allah. Hentikan segala salah-laku, mahupun maksiat. Adakah mahu menunggu mati baru mahu menyesal...........? Oh Malaysiaku. ~ Panjang jugak aku mengomel

No comments: