June 17, 2014

Bumi Kajang yg Gersang dan Tandus

Dah lama bumi Kajang tak disimbah hujan. Semakin tandus dan kegersangan dimamah cuaca panas siang dan malam. Segersang hatiku. Eh, lebih2 pulak. Begitu juga bumi Cyberjaya 'my workplace' kata orang putih juga dilanda kemarau. Sesekali langit mendung dan angin bertiup keras tiada lagi sepoi-sepoi bahasa, seolah-olah akan turun rahmatNya ditanah gersang ini namun semua itu hanya angin dan mendung saja...............hujan yg diharapkan tak muncul jua. Aku rindukan hujan...........

(Jiwang dan amat sastera bahasa yg digunakan oleh puan suzi ini. Anggap saja dia sasterawan wannabe) Walaupun begitu puji dan syukur tetap tertuju pada Allah yg Maha Kuasa. Tak kiralah sama ada hujan, panas, mahupun salji sekalipun. Kita mesti menerimanya tanpa marah-marah mahupun mengeluh. Nasihat kpd diri aku sendiri juga ni.

Gambar sekadar hiasan

Bercerita tentang kemarau, gersang, tandus, dan panas ini, sebetulnya bukan hanya di Kajang, tapi seluruh Malaysia mengalami permasalahan ini. Suka aku kongsikan sedikit isi ceramah yg aku dengar dari seorang ustaz, katanya sebelum kedatangan dajjal, akan berlaku kemarau tiga tahun berturut-turut.

Tahun pertama, hanya 1/3 jumlah hujan dari kebiasaan, tahun kedua pula lagi sedikit iaitu 2/3 hujan, dan tahun ketiga hujan langsung tidak turun. Kemarau yg dasyat terjadi dan kemudian muncullah Al-Masih Dajjal. Manusia pada ketika itu diuji dengan kemarau dan kelaparan serta kebuluran. Bagi manusia yg percayakan Dajjal maka akan mengikutinya dan mendapat syurga Dajjal. Sesiapa yg menentangnya pula akan mendapat susah dan bala bencana. Kata ustaz tersebut pengikut Dajjal terdiri dari ramai wanita! Wallahuaklam. Cara utk berlindung dari Dajjal ini amalkan surah al-kahfi 1-10. Iaitu awal surah. Ada juga riwayat yg mengatakan 10 ayat terakhir.

Kalau pembaca nak tahu lebih lanjut mengenai kemarau serta kedatangan dajjal, tanda besar kiamat ini bolehlah cari ceramah tentang kiamat dan kedatangan dajjal di youtube atau bertanya pada alim-ulama ustaz2, Insyaallah mereka akan kongsikan ilmu dgn kita.

June 14, 2014

Sup Buaya Special di Miri Sarawak

Nak masak apa ya kita hari ni...........? Bingung dan buntu? Terlalu banyak stok makanan didalam peti sejuk tapi tak ada idea dan terlalu boring setiap hari memasak lauk yg sama? Nah, dibawah ada makanan yg unik dan lain dari yg lain untuk dicuba. ('mana nak cari buaya?') tu tak dapek lah nak nolongnya....pepandai la yong cari sendiri. Cakap Perak gitu. **Memakan buaya adalah HARAM bagi umat Islam.

Miri: Kejadian manusia dibaham buaya di negeri ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan, namun tidak ramai yang tahu reptilia ganas itu juga sering menjadi santapan segelintir penggemar makanan eksotik di bandar raya ini.

Siapa sangka Taman Buaya Miri, di sini, bukan saja memberi peluang kepada orang ramai melihat lebih dekat haiwan berkenaan, malah sebuah restoran di situ turut menghidangkan daging buaya untuk dinikmati pengunjungnya terutama kepada pelancong asing.

Selain hidangan sup ekor buaya, pengunjung boleh menempah masakan daging buaya masak kicap dan juga sate buaya.

SUP ekor buaya dijual dengan harga RM10 semangkuk di Taman Buaya Miri. (Mahalnya...!!)

Tukang masak, Sunani Sulong, 55, berkata, hidangan daging buaya itu sangat digemari pelancong dari China, selain penduduk tempatan dalam kalangan kaum Iban.

Katanya, hidangan istimewa yang paling digemari adalah sup ekor buaya kerana kononnya hidangan eksotik itu berkhasiat untuk kesihatan terutama penghidap penyakit asma. - myMetro