June 17, 2014

Bumi Kajang yg Gersang dan Tandus

Dah lama bumi Kajang tak disimbah hujan. Semakin tandus dan kegersangan dimamah cuaca panas siang dan malam. Segersang hatiku. Eh, lebih2 pulak. Begitu juga bumi Cyberjaya 'my workplace' kata orang putih juga dilanda kemarau. Sesekali langit mendung dan angin bertiup keras tiada lagi sepoi-sepoi bahasa, seolah-olah akan turun rahmatNya ditanah gersang ini namun semua itu hanya angin dan mendung saja...............hujan yg diharapkan tak muncul jua. Aku rindukan hujan...........

(Jiwang dan amat sastera bahasa yg digunakan oleh puan suzi ini. Anggap saja dia sasterawan wannabe) Walaupun begitu puji dan syukur tetap tertuju pada Allah yg Maha Kuasa. Tak kiralah sama ada hujan, panas, mahupun salji sekalipun. Kita mesti menerimanya tanpa marah-marah mahupun mengeluh. Nasihat kpd diri aku sendiri juga ni.

Gambar sekadar hiasan

Bercerita tentang kemarau, gersang, tandus, dan panas ini, sebetulnya bukan hanya di Kajang, tapi seluruh Malaysia mengalami permasalahan ini. Suka aku kongsikan sedikit isi ceramah yg aku dengar dari seorang ustaz, katanya sebelum kedatangan dajjal, akan berlaku kemarau tiga tahun berturut-turut.

Tahun pertama, hanya 1/3 jumlah hujan dari kebiasaan, tahun kedua pula lagi sedikit iaitu 2/3 hujan, dan tahun ketiga hujan langsung tidak turun. Kemarau yg dasyat terjadi dan kemudian muncullah Al-Masih Dajjal. Manusia pada ketika itu diuji dengan kemarau dan kelaparan serta kebuluran. Bagi manusia yg percayakan Dajjal maka akan mengikutinya dan mendapat syurga Dajjal. Sesiapa yg menentangnya pula akan mendapat susah dan bala bencana. Kata ustaz tersebut pengikut Dajjal terdiri dari ramai wanita! Wallahuaklam. Cara utk berlindung dari Dajjal ini amalkan surah al-kahfi 1-10. Iaitu awal surah. Ada juga riwayat yg mengatakan 10 ayat terakhir.

Kalau pembaca nak tahu lebih lanjut mengenai kemarau serta kedatangan dajjal, tanda besar kiamat ini bolehlah cari ceramah tentang kiamat dan kedatangan dajjal di youtube atau bertanya pada alim-ulama ustaz2, Insyaallah mereka akan kongsikan ilmu dgn kita.

No comments: