July 31, 2014

Suami Ego, Sombong, Pemarah, Berlagak, Kasar, Bengis, Suka Memaki Isteri

Kenapa ya? Kenapa ramai suami bersikap sedemikian terhadap isteri mereka? Kenapa sombong dan kasar sangat? Kenapa angkuh dan pemarah? Kenapa suka mencaci dan memaki para isteri sendiri? Kenapa suka menghina dan mengeji? Tak boleh ke jawab atau cakap baik-baik dengan isteri anda? Bukankah isteri anda adalah amanah Allah SWT. Kalau anda boleh berlemah-lembut menutur kata penuh sopan dengan orang lain, takkan dengan isteri sendiri tak boleh? Berlagak sungguh.

Gambar - pakarhowto.com

Boikot Produk Yahudi Penyumbang Israel

Saya tidak tahu adakah saya mampu terus menulis di ruangan ini dan berkomunikasi dengan anda di Malaysia kerana bekalan elektrik di Gaza kini amat kritikal selepas satu-satunya stesen jana kuasa elektrik di sini dibom, kelmarin. Akibatnya, kami juga berdepan masalah memperoleh talian telefon dan Internet. Gaza Bakal Lumpuh

 Bumi Gaza yang terus dibom oleh syaitan Israel

Abby Abadi Kini Berniqab Jawab Isu Kening

Aku tak minat pun Abby Abadi ni. Dan tak peduli pun tentang kening dia. Tentang imej baru berniqab ni, no komen. Tapi, mungkin ramai kot orang yg menyibuk tentang bulu kening si Abby Abadi ni, jadi ada baiknya dari kita pening kepala atau rungsingkan kening si Abby ni, baik fikirkan macamana nak cantikkan diri kita Zahir dan Batin, Betul tak? :-) -- "Kita" yg penulis Milokaw maksudkan itu adalah org yg suka mengutuk kening Abby. Tapi, pembaca Milokaw ni baik² orangnya....mana ada yg suka mengutuk kening orang.

July 30, 2014

Kemalangan Ngeri Hari Raya

Aku baru saja balik dari Merapoh. Hanya dua hari beraya bersama nenekku di kg. Aku balik dari Jengka 16 ke Merapoh semalam, raya kedua. Sekarang dah pun berada di Kajang, aku sampai kat rumah ni lebih-kurang pukul 9.30malam tadi. Besok raya keempat dah mula menjalankan tugas di tempat kerjaku yg tercinta. Insyaallah.

gambar kemalangan ngeri ditempat lain - gambar iniklguapunya.blogspot

July 27, 2014

Israel Sendiri Gerun Terhadap Pejuang Hamas Al-Qassam

KECEKAPAN pejuang Hamas menggunakan terowong, perangkap samar dan penembak tepat, benar-benar menggerunkan tentera Israel di Genting Gaza.

Kepintaran taktikal bahari itu membuahkan hasil apabila puluhan askar Israel maut dan ada yang tekad membunuh diri.

Briged al-Qassam membuat kejutan dengan melakukan strategi baharu peperangan.

July 26, 2014

Kemalangan di Jengka 18

Hari ni aktivitiku bersama keluarga ku ialah berjalan ke Temerloh. Untunglah kami tak ke Bandar Jengka, sebab adik aku baru balik dari Bandar Jengka, katanya trafik sesak, penuh dengan orang ramai yg keluar membeli-belah. Siapa lagi kalau bukan warga jengka, termasuk anak-anak peneroka jengka seperti kami yg pulang bercuti.........

Jalan Jengka yg sempit dan bertampal²  - Gambar Khabarpahang.blogspot

Indahnya Suasana Raya di Jengka 16

Hamboihh tajuk artikel, memang sangat tinggi derajatnya kan, Tapi sebenarnya suasana di sini masih tetap sama dari zaman mak2-abah aku muda, sampailah sekarang dah bercucu. Air selalu tak ada, jalanraya dari Temerloh ke Bandar Jengka pula sempit walaupun kereta banyak dan sibuk terutama musim perayaan. Inilah negeri Pahang kelahiranku.

July 25, 2014

Pesawat Air Algerie Yg Hilang Terhempas

Nampaknya pesawat yang hilang semalam benar² terhempas. Entah apa yang menimpa dunia....bencana yang sama berturutan. Hanya dalam tempoh beberapa hari. Takziah kepada semua keluarga mangsa. Keadaan yang hancur dan hangus terbakar menyebabkan kesemua penumpang tidak dapat ditemui dan dikenalpasti.

July 24, 2014

Pesawat Air Algerie Hilang Dari Radar

Pesawat Air Algeria yang membawa seramai 116 orang penumpang termasuk dua orang juruterbang, dan empat orang anak kapal hilang dan terputus hubungan selepas hampir satu jam berlepas dari Ouagadougou, Burkina Faso. Penerbangan tersebut dijadualkan sampai empat jam berikutnya di lapangan penerbangan Houari Boumediene Algiers.

Bukan pesawat ini - fb Air Algeria

Mati Melekat Ketika Berzina

Peringatan untuk kita semua. Tak kira kisah ini benar atau palsu, lama atau baru, hakikatnya mati ketika berzina banyak berlaku diseluruh dunia. Bukan lagi sesuatu yg pelik. Mati dalam keadaan teramat aib dan memalukan. Semoga Allah menjauhkan kita semua dari perbuatan terkutuk ini.

Anehnya, kita tidak pula mendengar pasangan suami-isteri mati melekat ketika melakukan hubungan intim? Itulah kekuasaan Allah. Yang halal itu Allah jaga dan berkati. Yang haram itu Allah laknati dan murkai.

Gambar hiasan. Gambar pasangan tersebut tidak dapat dikongsi.

Video Pendedahan Gejala Melayu Murtad


Rahsia Nafsu Songsang Remaja 15 Tahun Terbongkar

KUALA TERENGGANU - Usia baru menjangkau 15 tahun, tetapi kerana dipercayai terpengaruh dengan video lucah, seorang remaja lelaki memaksa sepupu lelakinya berusia lima tahun lakukan perkara sumbang dalam kejadian di Kijal, Chukai, Kemaman.

Rahsia remaja tersebut yang bernafsu songsang terbongkar selepas kelakuan jijiknya itu disedari ibu mangsa yang juga ibu saudara suspek, kira-kira jam 12.35 tengah hari, 17 Jun lalu.


Mazidul Akmal Masih Menerima Rawatan Di Hospital

Inilah gambar terbaru wartawan Mazidul Akmal yang sedang menerima rawatan serangan angin ahmar di Hospital Pantai.

Sudah sebulan lebih wartawan pro UMNO, Mazidul Akmal Sidik dimasukkan kedalam hospital kerana serangan angin ahmar.
 

July 23, 2014

47 Terbunuh Pesawat Komersil Taiwan Terhempas

Nampaknya Negara Taiwan turut dikejutkan oleh berita sedih dimana sebuah pesawat komersil TransAsia Airways yang membuat pendaratan cemas ketika ribut / cuaca buruk terhempas disebuah pulau kecil di Taiwan.

47 orang terbunuh. Manakala 11 lagi cedera. Menurut menteri pengangkutan jumlah keseluruhan penumpang adalah 58 orang termasuk anak kapal. Itu sedikit berita yang aku petik dari huffingtonpost. Untuk berita lebih detail boleh click link yg aku kongsikan tersebut. Berita dari portal ini sentiasa berubah mengikut informasi terbaru yg diterima oleh mereka.

Pengurusan Jenazah MH17 Selepas Penentuan DNA

KUALA LUMPUR - Pengurusan jenazah bagi penumpang pesawat MH17 yang beragama Islam dan bukan Islam hanya akan dilakukan selepas urusan mengenal pasti DNA selesai dijalankan oleh pihak forensik.

Pasukan Keselamatan ketika mencari dan mengumpul mangsa nahas MH17

July 22, 2014

Budak Lelaki 9 Tahun Kahwini Wanita 62 Tahun

Ximhungwe (Afrika Selatan): Sanele Masilela, murid berusia sembilan tahun, menjadi pengantin lelaki paling muda di dunia sekali lagi selepas berkahwin untuk kali kedua dengan wanita berusia 62 tahun minggu lalu.
Mereka pernah berkahwin kali pertama tahun lalu.

 HELEN menyarungkan cincin pada jari Sanele.

"Kita Jumpa di Padang Masyar" Kata Akhir Penumpang MH17

KUALA LUMPUR - "Kalau kita tak jumpa dekat sini, kita jumpa di Padang Mahsyar," itulah kata terakhir Mohd Afif Tambi Jiee, seorang daripada mangsa nahas pesawat MH17 sebelum meninggalkan rumah sewanya di Petaling Jaya untuk bercuti bersama keluarga di Kazakhstan.

 Afif bersama keluarganya yg semua terbunuh dalam MH17 - takziah kpd saudara-mara mereka. Allah lebih menyayangi keluarga ini.

Rakan serumahnya Khairil Azwan, 21, berkata beliau tidak menyangka itu adalah ungkapan terakhir Afif, 19, selepas peperiksaan akhir pengajian asasi di Taylor's University.

July 21, 2014

Kek Pernikahan Paling Mengerikan

Alahai, muka sikit punya comel dan handsome tapi kek kahwin mereka...? Macam orang kena penggal kepala. Macam2 manusia ni kan. Tak tahu apa yg mereka fikirkan, memang sehati sejiwa 'till death do us part.' Dibawah info dan gambar yg aku petik dari uniqpost.com.

Cinta Seorang Suami yang Dipersiakan....

Menitis airmataku saat membaca kisah dibawah ini.....betapa baik dan mulianya suami yg dianugerahkan Allah SWT kepada wanita ini.....................namun benarlah, yg baik itu datangnya hanya sekali...sementara. Perginya pula sukar @ mungkin tak berganti. :"|
___________________


Aku membencinya, itulah yang selalu kubisikkan dalam hatiku hampir sepanjang kebersamaan kami. Meskipun menikahinya, aku tak pernah benar-benar menyerahkan hatiku padanya. Menikah karena paksaan orangtua, membuatku membenci suamiku sendiri.

Wanita ini Penderita Anorexia

Wanita dibawah ini Valeria Levitin, cantik ketika tubuhnya berisi. Biasanya, diawalnya penderita masalah anorexia merasakan diri mereka gemuk walau sebenarnya sudah ideal dan sihat. Akhirnya, mengalami penurunan berat badan yang dasyat hingga kelihatan rangka kerempeng, bukan lagi kurus. Bagi aku biar berisi seperti dulu, masih kelihatan cantik dan sihat bertenaga.....Berisi jer pun, bukan gemuk. Daripada sekarang tinggal tulang, tidak bermaya, dan kelihatan sakit.

Obama Sokong Keganasan Rejim Zionis Israel

Sikit pun aku tak terkejut. Syaitan bertopengkan manusia ini dimana² saja. Konon perikemanusiaan dan simpati dengan dunia Islam, hakikatnya mereka lah penjahanam utama negara dan umat Islam. Bagi yg bersengkokol dan menjalinkan hubungan baik dengan mereka, akan selamat. Yer, jangan buat² lupa. Penasihat negara kita sendiri yg dilantik, dan dibayar berpuluh juta setahun menggunakan wang rakyat oleh kerajaan Malaysia adalah APCO, yahudi.

Najib Razak bersama Barack Obama

Washington: Presiden Amerika Syarikat Barack Obama semalam menyuarakan sokongan terhadap keganasan Israel di Palestin atas alasan untuk ‘mempertahankan diri.’

Calon Isteri Hisap Rokok

Pada pandangan aku, (Dang Suzi - lebih tegas jawapannya dari Dang Setia Harian Metro yg nak menjaga hati saudara yg bertanya ni), kalau dari awal lagi dah tak mendengar kata, nasihat tak mahu dengar, Dang Suzi rasa elok cari saja perempuan lain untuk dijadikan isteri. Ramai lagi perempuan yg baik² tidak merokok dan mendengar kata diluar sana.


Saya lelaki berusia 28 tahun dan bersedia mendirikan rumah tangga. Saya mempunyai teman wanita lebih muda tiga tahun serta mempunyai kerjaya stabil.
Dari segi sikap dan tingkah laku, dia menepati ciri idaman iaitu bijak, cantik, bergaya serta pandai membawa diri.

July 20, 2014

Gurauan Kapal Terbang Hilang Penumpang Warga Belanda MH17

THE HAGUE: Gurauan seorang penumpang warga Belanda dengan memuat naik gambar di laman Facebooknya beberapa minit selepas menaiki pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH17 bahawa ia akan 'hilang', akhirnya bertukar menjadi kenyataan.

Dalam posting berkenaan Cor Pan menyatakan: “Jika ia akan hilang, seperti inilah yang akan berlaku."

Pramugari MH17 Enggan Berhenti, Elok Kalau Kapal Terbang Meletup

PUTRAJAYA - Ibu kepada Nur Shazana Mohamad Salleh, pramugari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine pernah berkali-kali meminta anaknya itu supaya berhenti daripada menjadi pramugari dan bertugas di bidang lain.


Sharom Ibrahim, 57, berkata, permintaan itu dibuat kerana beliau risau  berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada anaknya lebih-lebih lagi selepas berlaku kes kehilangan pesawat MH370 pada 18 Mac lalu.

Pramugara MH17 Luah Hasrat Meninggal Dalam Kapal Terbang

Seorang pramugara pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Shaikh Mohd Noor Shaikh Mahmood pernah menyatakan hasratnya yang mahu meninggal dunia dalam kapal terbang sejak berlakunya insiden kehilangan MH370 pada 8 Mac lalu.


Menurut adiknya, Siti Noradziah, 29, abang sulungnya itu sepatutnya terbabit sama dalam penerbangan MH370 namun kemudiannya dia telah ditugaskan untuk pesawat yang lain pada hari yang sama.

Status Terakhir Facebook Penumpang MH17 Sebelum Maut

Sebagai mana diketahui ramai, satu keluarga terdiri daripada enam beranak merupakan antara mangsa nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, semalam.

Mereka adalah pasangan suami isteri, Tambi Jiee dan Ariza Ghazalee serta empat anak mereka iaitu Marsha Azmeena, Muhammad Afzal, Muhammad Afif dan Muhammad Afruz.


Satu keluarga ini sebenarnya dalam kegembiraan kerana bakal kembali ke tanah air selepas dua tahun menetap di Atyrau, Kazakhstan.

Pramugari MH17 Beri Bayangan Kapal Terbang di Tembak

PETALING JAYA - Dora Shahila Kassim, pramugari MH17 seakan memberi bayangan apa akan berlaku kepada dirinya - kapal terbang ditembak - sejak sebulan dahulu lagi.

"Ketika itu, kami sekeluarga bercuti di Bali (Indonesia). Ketika bersarapan di hotel, dia tanya saya, macam mana kalau suatu hari nanti, ketika dia bertugas, kapal terbangnya ditembak," imbas abangnya, Don Shahidan.

Dora Shahila dan anak tunggalnya Nurliyana.

"Saya pun apa lagi, terus marahkan dia kerana bercakap hal  bukan-bukan. Tak sangka pula rupa-rupanya apa dia kata itu jadi kenyataan," ujar Don sambil menahan sebak.

July 18, 2014

Malaysia Airlines MH17 Boeing 777 Terhempas Ditembak

Innalillahi wainnalilla hirojiun. Remuk-redam perasaanku. Apatah lagi keluarga mangsa.... :'(

Pesawat Airlines Malaysia yg membawa penumpang seramai 298 orang iaitu 283 orang penumpang, dan 15 anak kapal, dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur telah terhempas malam tadi waktu tempatan dipercayai selepas ditembak di sempadan Timur Ukraine. Kejadian dipercayai mempunyai kaitan dengan krisis politik dan pemberontakkan di Ukraine. Berita disahkan oleh Jabatan Penerbangan Awam DCA. Laporan ini aku petik dari Sinarharian.

July 17, 2014

Kulit Hitam Itu Hodoh

Pelunturan kulit mungkin asing bagi kita rakyat Malaysia, khususnya umat Islam. Tetapi tidak dikalangan warga Africa, Nigeria, dan negara-negara seumpamanya. Rawatan ini sangat terkenal dikalangan kebanyakkan wanita rakyat berkulit hitam, termasuk artis-artis terkenal kulit hitam. Bagi mereka, salah satu sebab mengapa mereka berani memilih rawatan pelunturan ini kerana beranggapan kulit hitam itu hodoh dan buruk. Berasa rendah diri kerana berkulit hitam.


Hakikatnya, perawatan ini walaupun bukan baru dan semakin mendapat tempat dihati pengguna kulit hitam rawatan ini mempunyai kesan jangka panjang dimana boleh menyebabkan kanser kulit.

Sahabat Saya Penjual Kurma Gugur Syahid

Ya Allah, tempatkanlah pejuang² Islam ini dikalangan hambaMu yg soleh dan Engkau cintai...amin ya rabbal ala min.

Gaza: Saya mengenalinya sebagai penjual kurma, namun hubungan kami amat erat, malah saya menganggapnya seperti adik sendiri. Namun, Allah lebih menyayanginya apabila rakan saya itu Ahmad Bala’wi mati ditembak tentera Israel.

 ORANG ramai mengusung mangsa keluarga Al-Batsh yang terkorban. Gambar kecil, Ahmad Bala’wi.

July 16, 2014

Hijjaz Cipta Lagu Untuk Pejuang Al-Qassam Hamas Palestin

Baru saja aku menyuarakan kekaguman terhadap Al-Qassam, Rupa²nya Kumpulan Nasyid Hijjaz telah menciptakan lagu untuk mereka. Dan lagu ini telah mendapat sambutan hangat di kalangan media Arab dan bumi Ghaza sendiri khususnya.




"Menurut sumber dari Awani, ia telah mendapat permintaan luar biasa dari media Arab serta Gaza apabila video klip terbaru ini dimuat turun serta ditayangkan berulang kali dikaca TV Gaza." Ayat yang aku petik dari portal ohbulan.com berkenaan video hijjaz ini. Semoga Allah SWT tambahkan lagi kekuatan dan semangat kepada pejuang² Islam dibumi Palestine yg penuh barakoh ini.

Video Wanita dan Pengunci Stereng Mengamuk

Aku baru menonton video wanita dibawah ni mengamuk memarahi pakcik / uncle chinese ni. Sedih aku lihat uncle ni diperlakukan biadab oleh seorang wanita sebangsa dan seagama denganku.

Memang uncle tu bersalah terlanggar keretanya, tapi perkara ini boleh diselesaikan dengan cara baik. Tak perlu mengamuk macam orang gila. Hasilnya, beribu pengguna laman sosial dan fb mengecam sikap wanita ini yg dilihat sebagai emosi dan hilang akal.

Warga Asing Cuba Merogol Kanak-kanak

SANDAKAN: Seorang lelaki warga Indonesia ditahan polis kerana cuba merogol seorang budak perempuan berumur 4 tahun dalam kejadian di ladang Borhill, Suan Lamba pada Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Rowell Marong yang mengesahkan kes berkenaan berkata, suspek berumur 24 tahun ditahan ekoran laporan polis yang dibuat oleh bapa mangsa.

Kilang Roti Jijik Sunshine di Ipoh di Arah Tutup

Inilah salah satu sebab mengapa aku hanya makan Roti Gardenia. Dan tidak membeli roti jenama lain. Kalau balik ke Pahang pula, aku akan beli atau makan roti jika roti tersebut dari kilang melayu Islam. Jika tidak, lupakan saja soal roti.

Kilang ini sudah ditarik balik Sijil Halal yg diberikan dulu. Kilang ini tak ubah seperti tempat pembuangan sampah atau limbahan najis. Kandang Cadbury mungkin lebih bersih? Malah bilik air dirumah kita pun jauh lebih bersih............tidak seperti kilang ini sangat menjijikkan. Dibawah info yang aku ambil dari tranungkite.net.

Marah Hendak dicerai, Isteri Potong Kemaluan Suami

KUALA LUMPUR - Gara-gara marah kerana mahu diceraikan, seorang wanita warga Myanmar nekad memotong kemaluan suaminya di rumah lelaki itu di Taman Wilayah, Selayang, di sini pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, wanita berusia 40 tahun yang telah tinggal berasingan pergi ke rumah suaminya yang juga warga Myanmar untuk berbincang.

Gambar tiada kena-mengena

July 15, 2014

Dirogol Lepas dipaksa Naik Motor

KUALA TERENGGANU - Seorang remaja perempuan berdepan detik hitam dalam hidupnya apabila mendakwa dirogol teman lelakinya selepas dipaksa menaiki motosikal tanpa kerelaan, dalam satu kejadian di sebuah rumah di Kampung Jeram, Manir, di sini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1.25 petang pada April lalu ketika mangsa yang berusia 15 tahun, berada di luar kawasan sekolahnya di Manir sebelum dihampiri teman lelaki berusia 20-an.

Gambar hiasan

Pelajar Ditetak Dengan Pedang Samurai di Miri

Tidak dinafikan, di Sabah dan Sarawak terlalu ramai pendatang haram mahupun halal yg tinggal dinegeri ini. Itu juga yg terjadi di Semenanjung. Malah menimbulkan ketidakselesaan dan ketakutan dikalangan rakyat tempatan sendiri. Terutama kebanjiran pendatang haram yg mendapat IC secara haram. Kes jenayah pula banyak dilakukan oleh rakyat pendatang. Setakat menyamar kemalangan ditengah jalan? Itu biasa, hingga penduduk tempatan takut untuk memberhentikan kenderaan terutamanya di jalan yg dikelilingi hutan kiri-kanan jalan.

Tidak kira sama ada warga tempatan atau pendatang yg melakukan jenayah dibawah ini, semoga penjenayah ini akan mendapat balasan yg setimpal dengan perbuatan mereka.

__________________________

MIRI - Seorang pelajar nyaris maut ditetak dengan pedang samurai oleh dua lelaki yang merompaknya di perhentian bas di Taman Tunku semalam.

Gambar : tranungkite.net

10 Ciri-ciri Anggota Al-Qassam, Sayap Ketenteraan Hamas

Hebat! Itu saja yg mampu aku katakan. Tak hairanlah ramai yg syahid, jenazah berbau harum dan wajah tersenyum, mereka bukan calang-calang orang. Kekasih Allah SWT. Hamba yg dicintaiNya. Umpama langit dengan bumi jika nak dibandingkan dengan kita pemuda/pemudi disini. Dibawah laporan penuh yg aku ambil dari sinar harian.
______________________

SUKAR untuk ditakrifkan sama ada Hamas dan Al-Qassam mempunyai cukup kekuatan untuk melawan rejim Zionis dalam mempertahankan bumi Gaza. Tetapi kekuatan kumpulan pejuang ini tidak boleh dipandang ringan oleh kuasa luar terutama Amerika Syarikat mahupun Rusia.


 


Al-Qassam sentiasa dekat di hati penduduk Palestin. Foto: EPA

Emosi Yang Membahayakan Diri


"Andai Ajal Tiba, Biar Kita Bersama"

Gaza: “Suatu hari sebuah bangunan berhampiran kami dibom dengan misil. Kami nampak ada bebola api besar dan cahaya terang,” kata seorang wanita Palestin, Zahra, menceritakan detik awal Gaza diserang minggu lalu.

Seperti kebanyakan penduduk Gaza, dia dan keluarganya tidak tidur pada malam itu, sebaliknya hanya terlena kira-kira jam 8 pagi keesokan harinya.

BUDAK lelaki Palestin semalam melukis di sebuah sekolah kendalian PBB yang menjadi tempat perlindungannya sejak Gaza diserang rejim Zionis.

July 14, 2014

Derita Bersuamikan Lelaki Kaki Perempuan

Assalamualaikum,

Saya sudah berumahtangga hampir 2 tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata yang comel. Kami berdua tinggal berjauhan atas tuntutan kerja. Sebenarnya sejak dari awal perkahwinan lagi suami saya banyak kali ‘kantoi’ kerana perempuan.

Namun saya tetap bersabar kerana saya mengandung. Selama saya mengandung, suami saya hanya buat tidak endah sahaja kepada saya. Semua SMS dan panggilan telefon dari saya langsung dia tidak pernah balas. Alasannya terlalu sibuk sehinggakan alahan mengandung yang saya alami terpaksa ditanggung seorang diri.

Perempuan Cantik Dgn Camera 360

Hati² jika anda seorang yang mudah jatuh cinta pada gambar wanita/lelaki yg jelita atau kacak. Ramai yg kelihatan sangat cantik dan menawan, berdahi licin, malah menggoda, termasuk para artis. Hakikatnya gambar mereka dipotret dengan camera canggih 360. Atau photoshop. hasilnya, kecantikkan mereka jauh berbeza kelihatan dari paras-rupa sebenar. Hitam jadi putih, kedut jadi licin, menggerutu jadi halus-mulus.

Tiada manusia yg tidak berkedut atau dimakan usia. Usahlah tertipu. Kecuali dengan menggunakan camera teknologi tinggi ataupun sihir untuk terus kekal kelihatan cantik.

Anak Patung Berhantu..?

Malas nak komen lebih². Apa yg penting sama-sama lah kita jauhkan diri dari segala perkara syirik atau menduakan Allah. Tiada daya dan upaya, tiada kuasa, melainkan semuanya dengan Izin Allah dan Milik Allah. Patung ni pun tak mampu berbuat apa-apa.

Anak Patung Berhantu Di Tanam Bawah Pokok Berjaya Di Rungkai Oleh Seorang Ustaz

Admin percaya kalau tengok gambar sahaja pasti korang rasa lain macam sahaja kan ? Jom baca kisah misteri yang berjaya di rungkai ini.

Pakai Susuk Untuk Cantik

Kerana mahu cantik manusia sanggup melakukan apa sahaja.

Demi menghilangkan kedutan, memutihkan wajah dan melangsingkan tubuh, pengguna di Malaysia pada tahun 2010 sahaja menghabiskan sebanyak RM3.42 bilion untuk membeli produk kecantikan.

Kerana mahu cantik jugalah sejak dahulu sehinggalah pada zaman moden ini susuk masih lagi kuat berlegar dalam masyarakat Melayu.

Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, susuk merujuk kepada jarum emas dan lain-lain logam yang dimasukkan ke dalam badan supaya seseorang itu kelihatan manis atau berseri. "Jika kita lihat, susuk ini ada beberapa kategori iaitu susuk jenis logam seperti emas, perak dan raksa.

Syarikat Terkuat Sokong Israel Terletak di Negeri Sembilan

"Kenyataan dan Pendirian Rasmi PACE: Pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca Cola di Malaysia.

PACE merakamkan rasa dukacita terhadap pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca-Cola di Malaysia.

Syarikat Coca-cola akan mendirikan kilangnya di atas tanah yang dibeli daripada TH (Tabung Haji) Properties di Nilai, Negeri Sembilan dan upacara pecahtanahnya telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak pada 15 Mac 2010.

Najib bersama Barack Obama

Boikot Produk Israel Berkesan Jika Satu Dunia Melakukannya

Langkawi: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan memboikot barangan yang dikaitkan dengan Israel hanya memberikan kesan jika dibuat secara besar-besaran melibatkan masyarakat dunia.

Katanya, tindakan memboikot membabitkan kelompok yang kecil tidak mendatangkan
hasil kecuali ia dibuat secara menyeluruh yang membabitkan seluruh dunia.

 Tun Dr. Mahathir bersama isterinya Tun Dr. Siti Hasmah

"Saya menyokong usaha memboikot barangan Israel supaya dapat ditingkatkan ke seluruh dunia", katanya pada sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa dan menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim anjuran Jetty Point Langkawi di Masjid Darus Salam Nyior Cabang di sini, malam tadi.

Cadangan memboikot produk berkaitan Israel itu berikutan serangan regim Zionis ke atas Palestin hingga mengakibatkan ratusan rakyatnya terkorban. - Bernama - myMetro

 Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/14