July 23, 2014

47 Terbunuh Pesawat Komersil Taiwan Terhempas

Nampaknya Negara Taiwan turut dikejutkan oleh berita sedih dimana sebuah pesawat komersil TransAsia Airways yang membuat pendaratan cemas ketika ribut / cuaca buruk terhempas disebuah pulau kecil di Taiwan.

47 orang terbunuh. Manakala 11 lagi cedera. Menurut menteri pengangkutan jumlah keseluruhan penumpang adalah 58 orang termasuk anak kapal. Itu sedikit berita yang aku petik dari huffingtonpost. Untuk berita lebih detail boleh click link yg aku kongsikan tersebut. Berita dari portal ini sentiasa berubah mengikut informasi terbaru yg diterima oleh mereka.







Manakala berita dibawah pula adalah dari myMetro.

Taipei (Taiwan): 51 penumpang terbunuh apabila sebuah pesawat komersil terhempas ketika cuba melakukan pendaratan kecemasan di bandar Magong, di sini, lapor Central News Agency Taiwan.

Agensi berita berkenaan memetik ketua bomba di daerah Penghu yang turut memberitahu tujuh mangsa cedera dalam nahas berkenaan.

Menurut Pentadbiran Penerbangan Awam, pesawat milik TransAsia Airways itu membawa 54 penumpang dan empat anak kapal.

No comments: