July 31, 2014

Abby Abadi Kini Berniqab Jawab Isu Kening

Aku tak minat pun Abby Abadi ni. Dan tak peduli pun tentang kening dia. Tentang imej baru berniqab ni, no komen. Tapi, mungkin ramai kot orang yg menyibuk tentang bulu kening si Abby Abadi ni, jadi ada baiknya dari kita pening kepala atau rungsingkan kening si Abby ni, baik fikirkan macamana nak cantikkan diri kita Zahir dan Batin, Betul tak? :-) -- "Kita" yg penulis Milokaw maksudkan itu adalah org yg suka mengutuk kening Abby. Tapi, pembaca Milokaw ni baik² orangnya....mana ada yg suka mengutuk kening orang.


KL, 25 JULAI 2014: Semenjak kes penceraian Abby Abadi dengan bekas suami Farhan beberapa bulan lalu, dia kemudian terus menyepi daripada menjadi bualan di dalam mana-mana media. Dia yang sememangnya telah lama berhijab itu khabarnya kini sudah mula dengan berniqab sejak seminggu lalu.

Keputusannya berniqab itu ternyata mengundang persoalan daripada peminat. Mereka bertanya sama ada penampilannya itu sementara, suka-suka atau akan kekal dengan imej begitu. Tetapi itu terpulanglah kepada dia kerana niqab bukanlah kewajipan yang harus dilakukan wanita Islam.

Selain isu niqab itu, isu bulu kening turut menarik minat Abby untuk membalas pertanyaan daripada peminat yang mempersoalkan bulu keningnya yang dikatakan dicukur. Ini adalah jawapan yang diberikan bekas isteri Norman Hakim ini di dalam Instagramnya.


“Assalamualaikum… Dah nak titun ka? Hehe.. Sy mata takleh lelap ni… banyak yg nk di kongsi tak kesampaian lagi… tp sblm tu, Sy dengan sukacitanya nk tunjuk kening Sy dgn lebih dekat lagi.. Inilah kening turun temurun dr Makcik Hasnah aka Mak Sy.. (rujuk la gmbr Mak Sy… tenung dalam2 k hehe.. )

“Mak Sy ni anak cina.. Org ISLAM jaga dari kecik. Jadi bila asalnya cina, yg jelas Sy nampak bulu2 nya tak berapa nk ada… lain la mamak ye tak? Hehe.. Dah ulang 888x dah, ada juga lagi yg timbulkan… Bukan kata dalam insta ni je… kt FB, dekat twitter.. kening Sy jadi igauan hehe..

“Ada yg jumpa, sembang baik2 depan mata dekat Masjid pun tanya jugak pasal kening ni.. adehhh! Siap tanya Sy hukum cukur kening lagi……… Tajuk lain buleh tak? Ataupunnnnn.. dari risaukan kening Sy… baik tolong carikan Sy jodoh… Ada gak faedahnyaaa haha… @eveusun @nurdinakamalia @leinsufyana Help! Helpppp! Hehe.. Carikan yg buleh jaga Sy & anak3 sebaiknya k.. Beriman yg paling penting, satu lagi..bertanggungjawab.. ok? Hehe.. Lupakan kening Sy. Usahakan yg ni pulakkkkk..kikiki okbaiiiii….”- Murai.com

No comments: