July 14, 2014

Anak Patung Berhantu..?

Malas nak komen lebih². Apa yg penting sama-sama lah kita jauhkan diri dari segala perkara syirik atau menduakan Allah. Tiada daya dan upaya, tiada kuasa, melainkan semuanya dengan Izin Allah dan Milik Allah. Patung ni pun tak mampu berbuat apa-apa.

Anak Patung Berhantu Di Tanam Bawah Pokok Berjaya Di Rungkai Oleh Seorang Ustaz

Admin percaya kalau tengok gambar sahaja pasti korang rasa lain macam sahaja kan ? Jom baca kisah misteri yang berjaya di rungkai ini.


Menurut pemilik asal anak patung ini, anak patung ini akan bergerak sendiri. Bertukar kedudukan dan menunjukkan riak muka sedih atau senyum.

Ada bukti gambar yang ia tersenyum. Memang menyeramkan. Oleh itu pemilik menutup mata sebelum meninggalkan anak patung berhantu ini supaya ia tidak dapat mencari jalan pulang ke rumah. 

 Macam kes kucing yang dipotong misainya tidak dapat mencari rumah tuan. Kedudukannya akan teralih atau beralih dengan sendiri. Kerana ketakutan pemilik menutup pandangan anak patung dengan kain putih dan ikat anak patung tersebut ke pokok berkenaan.

Carian di internet mendapati insiden ini berlaku di Singapura dan bukannya di Malaysia.

Anak patung berhantu ini dikenali sebagai misteri “Hougang Doll” yang seram. Menurut sumber, seorang Ustaz telah pergi untuk mengambil anak patung tersebut dari terus menjadi bualan masyarakat setempat.

Ketika mengambil anak patung tersebut tiada kejadian aneh berlaku dan anak patung itu akan dihanyutkan untuk mengelakkan perkara syirik dari terus terjadi.

Nota : Sememangnya pekara yang dia lakukan ni dah sah-sah syirik. Memalukan betul. SIap letak kalimah Allah lagi pada dahi anak patung tersebut. Pekara ini bukan main-main ye. Apa pun harap si perlaku terima balasan yang setimpal sumber: pakmaelbercerita.blogspot.com

Copy dari : amekaw.com

Gambar yg aku google. Patung ini dibuat dan dijual oleh wanita ini.

No comments: