July 12, 2014

Bercinta Dengan Suami Orang

Suatu ketika dulu aku pernah mengenali seorang pemuda (sekarang dah tua otai), dan ketika itu dia ajak bernikah. Tapi, syukur aku tak mahu. Tidak terbuka hati untuk menerima idea tersebut.

Aku pernah kongsikan luahan hati tersebut dlm blog ini tapi aku dah deleted. Several years ago. Tiba2 ckp English. Luahan itu cuma menceritakan bagaimana aku rasa tertipu oleh seorang lelaki yang mengaku 'putus tunang'. Setelah berkawan selama lebih dua tahun berkawan barulah aku tahu dia suami orang. Aku akui tidak terlalu kecewa sebab aku bukan suka sangat atau menyimpan hasrat nak nikah dengan dia. Sebab itulah hubungan itu berlarutan sehingga bertahun....aku anggap cuma kawan/kenalan. Dia pula bagai selesa terus berkawan dengan aku.

Aku hanya kecewa kerana ditipu. Adalah kepantangan aku manusia yg menipu dan hipokrit. Kalau aku tahu atau jumpa orang macam ni agak sukar lah untuk aku nak mempercayai segala kata2nya sampai bila2 pun selagi dia tidak bertaubat nasuha. Prinsip aku "kepercayaan itu umpama gelas kaca yang baik, sekali retak sampai bila2 pun takkan elok kelihatannya". Kecuali beli yg baru, sebab tu lah kena taubat nasuha.


Berbalik kisah lelaki ini. Setelah mengetahui dia suami org, kami tetap berkawan, cuma aku tidak percayakannya saja. Kiranya kalau dia cakap apa2 pun aku akan mencebik dlm hati. Itulah yg selayaknya untuk manusia penipu. Hinggalah tak lama selepas itu dia benar2 serius nak melamar aku. Kahwin tanpa pengetahuan isterinya. Tapi aku mendiamkan diri......dan perlahan2 menjauhkan diri aku dari dia. Entah, pada ketika itu aku tak rasa untuk bernikah dengannya. Rupa2nya Allah ada perancangan yg lebih baik untukku.

Bercerita tentang lelaki ini, dia bukanlah lelaki sengkek tidak berduit. Pengurus sebuah syarikat di Selangor dan cawangan di Negeri Sembilan. Rupa-parasnya biasa2 saja. Ok, walaupun biasa tapi dia banyak duit. Kiranya aku tahu kalau nikah dengan dia ketika itu aku hanya cuci kaki....rumah pun dia ada 2-3 biji. Termasuklah yg disewakan. Taklah banyak sangat, tapi kira adalah juga dari tak ada langsung rumah.

Apa yg aku respect tentang dia selepas tahu dia suami org, melalui ceritanya aku tahu dia tak ada sebarang masalah dengan isterinya. Malah tidak pernah memburukkan isterinya. Cuma mungkin kerana dia berkemampuan disudut ekonomi maka dia berani untuk 'try' mengurat anak dara orang.

Isterinya pernah berkerja sebagai pendidik, tapi berhenti kerja kerana lelaki ini mahu isterinya menumpukan perhatian sepenuhnya kepada rumahtangga. Tentulah tidak membebankan isterinya, segala keperluan isterinya disediakan dan dicukupkan sebaik mungkin termasuk untuk anak2 dan ibu-bapa mereka. Aku tak nafikan dia lelaki yg bertanggungjawab, buktinya dia tidak sikitpun menceritakan kelemahan isterinya.

Hanya dia akui dia sunyi (Alasan) kerana isterinya tinggal dinegeri kelahiran mereka kerana menjaga orang tua mereka. Pun begitu dia kerap pulang kerumah isterinya, sebulan paling tidak pun dua kali. Tapi alasan yg paling konkrit adalah dia rasa dia mampu disudut ekonomi. Sepanjang kami berkawan tak pernah aku minta duit dia atau sesiapa kerana aku juga berkerja, walaupun tak banyak duit tapi Insyaallah cukup untuk perbelanjaan diri aku sendiri tanpa susahkan dia atau mana2 lelaki yg aku kenal. Tiada sebab untuk aku mengikis duit mereka.

'Putus tunang' yang dimaksudkan oleh dia ialah 'apabila saja akad nikah/ijab kabul berlangsung, maka terputuslah tunang. Maka sah lah menjadi suami-isteri.' Kau tak sakit hati ke bila dengar lelaki putar-belit macam ni? Aku memang sakit hati lah masa tu, rasa macam nak sumpah seranah jer. Tapi memang aku cakaplah dia bodoh. Tapi dlm hati saja. Alhamdulillah, jodohku Allah tulis dengan lelaki bujang.

Tujuan atau moral yg ingin aku sampaikan disini ialah, kepada semua suami2 diluar sana yg terbaca catatan ini, bersikap jujurlah walaupun pahit. Setiap inci perbuatan kita walaupun sebesar zarah, walaupun hanya menggerakkan jari, akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak nanti.

Jangan kerana sikap menipu dan munafik kita maka kita akan diseret keneraka jahanam yg paling terkebawah. Takutlah pada Allah SWT. Sesungguhnya isteri, anak2, dan rumahtangga anda, adalah amanah Allah yg amat besar.