July 14, 2014

Boikot Produk Israel Berkesan Jika Satu Dunia Melakukannya

Langkawi: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan memboikot barangan yang dikaitkan dengan Israel hanya memberikan kesan jika dibuat secara besar-besaran melibatkan masyarakat dunia.

Katanya, tindakan memboikot membabitkan kelompok yang kecil tidak mendatangkan
hasil kecuali ia dibuat secara menyeluruh yang membabitkan seluruh dunia.

 Tun Dr. Mahathir bersama isterinya Tun Dr. Siti Hasmah

"Saya menyokong usaha memboikot barangan Israel supaya dapat ditingkatkan ke seluruh dunia", katanya pada sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa dan menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim anjuran Jetty Point Langkawi di Masjid Darus Salam Nyior Cabang di sini, malam tadi.

Cadangan memboikot produk berkaitan Israel itu berikutan serangan regim Zionis ke atas Palestin hingga mengakibatkan ratusan rakyatnya terkorban. - Bernama - myMetro

 Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/14


No comments: