July 22, 2014

Budak Lelaki 9 Tahun Kahwini Wanita 62 Tahun

Ximhungwe (Afrika Selatan): Sanele Masilela, murid berusia sembilan tahun, menjadi pengantin lelaki paling muda di dunia sekali lagi selepas berkahwin untuk kali kedua dengan wanita berusia 62 tahun minggu lalu.
Mereka pernah berkahwin kali pertama tahun lalu.

 HELEN menyarungkan cincin pada jari Sanele.

Dengan berpakaian tuxedo, Sanele menggengam tangan ibu lima anak, Helen Shabangu, ketika mereka mengulangi ikrar perkahwinan yang dibuat tahun lalu di depan 100 tetamu. Murid sekolah itu berkata, dia mengadakan majlis itu sekali lagi kerana mahu menjadikan perkahwinannya rasmi.

Bagaimanapun, sebahagian penduduk kampung di Ximhungwe, daerah di Mpumalanga, Afrika Selatan, menyifatkannya sebagai ‘meloyakan.’ Majlis itu diadakan di depan suami Helen, Alfred Shabangu, 66, yang turut hadir pada majlis yang diadakan tahun lalu.

Alfred berkata: “Anak saya gembira kerana kami tidak mempunyai masalah dengan isteri saya berkahwin dengan budak itu. Dan saya tidak peduli apa orang lain kata.” Kedua-dua keluarga mendakwa perkahwinan itu hanya satu lagi ritual selepas Sanele kononnya didatangi roh nenek moyang bapanya yang memberitahunya supaya berkahwin tahun lalu.

Ibu bapanya memberi hantaran RM2,500 kepada pengantin perempuan dan RM5,000 lagi untuk mengadakan majlis tahun lalu. - myMetro

No comments: