July 10, 2014

Berjauhan Dengan Suami

Tak semua pasangan mampu berjauhan walaupun sehari. Ada yg menitiskan air mata walaupun suami hanya keluar out station, umrah, haji, dan pelbagai faktor lagi. Itupun bukanlah kerap. Mungkin sepanjang pernikahan baru sekali ditinggalkan? Atau dua kali? Atau setahun sekali? Sedihnya bagaikan terpisah selamanya. Sehari pun dirasakan bagai setahun.

Namun begitu ramai juga pasangan suami isteri yg hanya berjumpa seminggu sekali atau sebulan sekali kerana masing² bertugas di tempat yg berbeza yg tidak memungkinkan untuk tinggal bersama. Terpulang kepada jarak, jadual, dan ekonomi pasangan untuk sering atau jarang bertemu.


Sebagai seorang insan yg biasa berjauhan dengan suami, suka aku kongsikan sedikit pendapat dengan para isteri yg mungkin tidak pernah atau jarang ditinggalkan suami atas tugasan. Lalu apabila sesekali suami tiada disisi, sedihnya bagai langit menghempap? Bukanlah aku nak cakap supaya 'jangan bersedih,' tapi 'kuatkanlah semangat dan jangan terlalu menurut rasa sedih.' Berjauhan itu biasa bagi ramai orang. Dan bukan satu bencana hidup yang perlu ditangisi pun. Sebaliknya cabaran hidup.

Siti hajar ditinggalkan bersama Nabi Ismail yg masih bayi nun sendirian di tengah padang pasir yang tandus tanpa seorang pun penghuni dibumi gersang tersebut oleh Nabi Ibrahim atas perintah Allah SWT. Apakah Siti Hajar meratap menangis? Dia sebaliknya redha dan menerima dengan tenang ujian Allah tersebut. Disaat Nabi Ismail menangis kehausan, dia tetap sabar dan tabah berlari bukit ke bukit terpandang fatamorgana yg disangka air. Akhirnya bumi tandus itu menjadi makmur sebagai Mekah dan hasil tendangan kaki rasul Allah tersebut ketika menangis, keluarlah mata air yg dikenal sebagai telaga Zam-zam yg hingga kini berpusu-pusu umat Islam seluruh dunia mendapatkannya. Adakah ujian kita sehebat itu.......?

Syukurlah, setidaknya kita tetap masih dapat bersama suami apabila tugasan luar sudah selesai atau apabila setiap kali dia pulang bercuti.

Lihatlah pasangan yg terpaksa berjauhan dan hanya dapat bertemu mungkin setahun sekali? Bagaimana? Seorang di negara Malaysia, seorang lagi diluar negara.....nun mungkin jauh di seberang laut yg memakan masa berjam-jam untuk sampai. Mungkin seharian menaiki penerbangan atau bertukar-tukar flight. Cabaran mereka pasti lebih hebat. Tapi mereka tetap gembira dan bersyukur walau kekangan waktu sangat terhad untuk bertemu, dan jarak beribu-ribu batu memisahkan. Mengapa kita yg hanya berjauhan dalam satu negara (atau sejarak negara-negara jiran) pun tak dapat mengubat perasaan kita? Sedih itu normal, tapi bukan menangis seperti anak kecil.


Bagaimana pula isteri yg kehilangan atau kematian suami? Berpisah dan tidak akan bertemu lagi. Jadi, bersyukurlah....walau kita terpaksa berjauhan dgn suami, kita masih dapat kerap berjumpa. Masih dapat meluangkan masa bersama. Bagi isteri yg tidak pernah ditinggalkan suami atas tugasan atau tanggungjawab tertentu, bersyukurlah. Hargailah saat itu. Kerana anda antara isteri-isteri yg beruntung suami sentiasa disisi........hargai dengan bersikap baik dan hormat kepada pasangan anda. Bukan mengada-ngada, tidak menghormati, dan tidak menghargai suami. Bukanlah seorang isteri yg baik dan beriman jika tidak bersyukur............... :-)

No comments: